Wednesday, 22 October 2014

Tinta Terakhir Sang Pujangga

"Mana pergi kak zu blogger HDJS eh?"
"Apsal kak Zu lama tak update eh?"


Assalamualaikum semuanya,

Ye dah sekian lama kak Zu tak update apa-apa pasal pelawak hot pujaan hati korang tu. Lama sangat ye tak? Maafkan kak Zu ye. Bukan taknak update soalnya lama sangat akak dah tak terlibat dan jumpa Jep secara langsung. Selain tuntutan tugas, kak zu memang sengaja jarakkan diri. Apa yang kak zu boleh katakan, keadaan bukan seperti dahulu lagi. Banyak berubah dan kak zu sendiri tak tahu apa sebabnya.



Tapi, percayalah masa dan keadaan memang akan berubah.





Kali terakhir pembabitan hadirkan diri untuk Jep adalah pada Anugerah Lawak Warna beberapa bulan yang lalu. Memang niat dalam hati - ini adalah kedatangan kak Zu yang terakhir. Tak sangka masuk TV sekejap kan. Kerlassss! Kak Zu kira, itulah pembabitan kak Zu yang terakhir. Untuk Maharaja Lawak Mega 2014, kak Zu tak akan terlibat. Kalau datang pun, bukan atas tugas sebagai crew Jep Sepahtu FC seperti dahulu. Kak Zu akan datang sebagai penonton biasa, walaupun sokongan kak Zu tetap pada abang yang seorang tu. 





Maksudnya kat sini, takdelah beriya nak bergambar, nak jumpa lepas event tak lah. Kak zu tahu, yang Jep tahu kak Zu sentiasa ada. Cuma, macam kak Zu cakap, masa dan keadaan yang berubah. In fact, kak Zu rasa, Jep pun tahu, keadaan dah tak sama. 





Kak Zu percaya, ada yang akan beranggapan kak Zu lepaskan tanggungjawab terhadap Jep dan Jep Sepahtu FC, berkait rapat dengan gosip (kak zu tak rasa gosip) Jep dengan Nazeera Sardi baru-baru ni. Kak Zu nak betulkan situasi, walaupun ada yang AKAN TERGELAK dan tepuk tangan macam orang gila dengan kenyataan kak zu ni. Memang ayat macam "poyo pompuan nih", 'kau memang sangap dengan Jep tu" semua ayat-ayat macam ni akan keluar. 
Pastu pertikaikan tentang status "terlalu aktif" kak Zu dengan Jep dan JFC satu ketika dahulu.





-- Salah ke kekal aktif macam tu?
-- Salah ke nak admire dengan artis yang kak Zu minat? 
-- Salah ke nak bagi maklumat tentang artis yang kita sama-sama minat?







Bagi "orang-orang" ini.... YE KAU SALAH! kau tak patut nak admire Jep sampai frust-separuh-mati konon. Dunia cyber serba canggih sekarang -- explain macam mana pun, "orang-orang" ini tetap akan terus menyampah....terus meludah dan terus menganjing.









Macam inilah, pada usia kak Zu yang bakal menghampiri 30 tahun ni, Kak Zu nak jugak cari arah hidup sendiri. Maksudnya, keluarga dan kewangan yang sangat-sangat kukuh. U olls yang bising macam anjing tu, u olls tak tahu erti masuk zon 3 series ni rasanya, bila orang keliling dah mula cakap gini "kau ni, kesana sini pasal bdk2 Maharaja Lawak je, dengan Jep je, kawin nya bila?" - Kawan-kawan seusia kak zu semua dah sibuk kendong anak sendiri, while kak Zu? Itu sebabnya kak Zu undur diri, dan beri tumpuan sepenuhnya pada karier dan life peribadi kak Zu. Sebenarnya, sejujurnya memang tiba masa kak Zu akan tinggalkan semua ini, dan inilah masanya.








Life peribadi? Selama ni takde life peribadi ke? YES. Memang 70% dah takde. Apa lagi, bila satu news pasal Jep keluar, berterabur orang dok tanya kak Zu itu ini. Orang tag kak Zu sana sini apatah lagi dekat Instagram. Eh entahlah kak Zu tak dapat nak explain semua ni. Sebab apa pun kak Zu explain memang.......ahhh memang ada yang akan bising lah. Lepas tu kata Kak Zu minta maki dengan peminat Jep sendiri. So, okaylah.......memang aku minta kena maki pun, memang aku minta perkataan macam-macam dari peminat Jep pun, but at least aku tak marah-marah orang bila aku tak dapat jumpa Jep. Yang bercakap tu kalau dia pun tak admire-tahap-nak-mampus dengan Jep, dia takkan cakap gitu. Ye dak?











Ah sudah! 











Kepada yang selama ini kenal kak Zu dari saluran ini, terima kasih tak terhingga dari hati kak zu. Mungkin ada yang nampak kak Zu jahat, ada yang nampak kak Zu baik, tergantung pandangan semua orang. Kak Zu bukan sempurna pun ye kan? Kepada yang masih follow Instagram kak Zu sampai saat ini, dan terus bagi semangat terima kasih. Kak Zu sayang u olls.
Yang terus menganjing, saya akan berhenti. Sabar ye, slow2. Nak resign kerja pun nak kena hand over sikit-sikit loe!







Untuk bekas-bekas krew dan krew terkini JFC ; anda superb!
Untuk family Jep di Kulai ; terima kasih atas semangat dan kita tetap sefamily.
Untuk rakan se-fc dari Malaysia Sepahtu FC Official ; you guys awesome!
Untuk yang kononnya haters or whatever u olls la ; TQ and you all menang :)
Untuk Jep Sepahtu : ^_^ (mampu bagi senyum aje lah...)






Thanks for everything guys. Kita tetap sahabat, selagi Allah izinkan.