Monday, 5 May 2014

Jadual Rakaman Karoot Komedia X Musim Ketiga & Hadiah Jep Sepahtu

Assalamualaikum.....................



Sesi rakaman KKX3 telah pun bermula semalam (sorry, kak zu tak sempat pergi sebab bertugas untuk PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR yang berakhir semalam). Ramai juga yang hadir untuk menyaksikan rakaman program diminati ramai tu. Okay, kepada u olls yang nak turut serta menyaksikan rakaman KKX3 ni, berikut adalah jadual dan masa rakaman :

Lokasi : De Showroom Studio, No 8, Persiaran Dagang, Bandar Sri Damansara.
Tarikh : 4 - 11 Mei 2014
Masa   : 1.00 tgh & 5.00ptg
              2.00 ptg & 8.00mlm (hari Jumaat)

Syarat-syarat masuk studio rakaman KKX musim 3 

U olls boleh pilih samaada nak datang pukul 1.00 tgh atau 5.00 ptg. U olls kena datang sejam awal dari masa rakaman. Sebabnya? Pihak produksi akan brief u olls apa yang boleh dan tak boleh buat dalam studio ketika rakaman berlangsung. U olls tak dibenarkan memakai selipar. Kenapa? Sebab dalam studio tu banyak wayar-wayar kamera yang bersirat. Kot tergolek kang??? Lagipun tak cantik la masuk TV dengan berselipar.Kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN MASUK! ada yang tanya kak zu, kalau tepat 12 tahun? Persoalan dan jawapannya adalah 12 tahun kebawah! Sila fahamkan kenyataan. TIDAK BOLEH MENGAMBIL GAMBAR ketika sesi rakaman, jika tidak HP anda akan dirampas. Sesi bertemu peminat akan berlangsung selepas rakaman. So kalau ada rezeki u olls jumpa semua pelakon KKX, in syaa allah jumpalah. Kalau tak, takyah lah tengah2 malam whatsapp kak Zu menangis-nangis cakap "kak zu tak jumpa abg Jep" maaplah dik, tak dapek hakak nak tolong. 

Kepada yang ada pos hadiah kepada kak Zu untuk diberikan kepada hero pujaan u olls itu, hikhik, kak Zu harapkan kerjasama ye, seandainya u olls ada post hadiah, tolong simpan slip consignment u olls (alah yang ada tracking number tu la EF343...... tu). Seandainya hadiah tidak sampai, u olls boleh minta pihak pejabat pos resend balik. So far, kak Zu terima banyak mesej mengatakan u olls dah hantar hadiah tapi kak Zu tak terima. Perhaps, rumah kak Zu takde orang masa tu, tetapi pihak posmen tak tinggalkan slip mengatakan ada barang (posmen sekarang ni buat keje mudah aje). So sila pastikan ye. Seandainya u olls resend masih tak sampai, alamat alternatif seterusnya yang u olls boleh send alamat office kak Zu.

Azura Ashikin Azman
CERT Events Sdn Bhd,
No 277, Jalan Bandar 11,
Metro Melawati, Taman Melawati,
57100 Kuala Lumpur

Kalau dah hantar, sila sms (SMS SAHAJA) butiran hadiah u olls seperti berikut :

Nama :
Tarikh hadiah di pos :
No telefon :

Tolong SMS aje okay. Kak Zu hanya terima SMS tentang hadiah sahaja. Sebarang sms tentang hal-hal peribadi Jep, maaf kak Zu takkan, kak Zu ulang......TAKKAN LAYAN!

____________________________________________________________________

Okay habis tentang KKX 3 dan tentang hadiah. Kak Zu juga ingin menyeru dan memohon kerjasama anda semua peminat - peminat JEP SEPAHTU agar terus memberi sokongan membina dan dorongan terbaik untuk Jep sepanjang karier beliau sebagai pelawak berkaliber tanah air. Ini adalah periuk nasi beliau, dan inilah sumber beliau mencari rezeki. Jep juga manusia biasa, ada masanya Jep pun turut rasa down dan terpukul dengan gosip-gosip yang melanda dirinya, berturut-turut pulak tu. U olls jangan bimbang, pegang cakap kak Zu. Kak Zu kenal abg Jep macam mana. Seboleh2 dia akan puaskan hati semua peminat dan jep perlukan semua peminat dia dari Utara ke Selatan...cuma dia tak mampu nak cakap TERIMA KASIH untuk setiap orang yang menyokong. Pengsan dik kalau dia nak saya TQ one by one..silap2 makin keding bro hakak tu nak menjawab TQ u olls. Hahahaha. 


Dan kepada yang nak jadi follower kak Zu & Jep Sepahtu FC di Instagram, kak Zu alu-alukan sebab kak Zu suka berkawan dengan u olls semua. Tapi maafkan kak Zu kalau ada akaun yang kak Zu block. Sebab, kak Zu sendiri tak faham kenapa ada yang follow semata-mata nak intai. Ape kejadah la keje u olls yang dok ngintai aje. Tak puas ati lettew..........!! Apa yang u olls tak puas hati pun kak Zu tak tahu. Lantak ko situ! Memanjang tak puas hati......apasal tah! Macam Jep cakap, tak payah susah payah nak buat kerja Tuhan, nak letak orang tu kat bawah, satu hari akan turun dengan sendiri. Kak Zu kat sini pun atas izin Allah jua. Kak Zu kenal u olls pun atas izin Allah, dan kak Zu kenal Jep pun atas izin Allah. Semua kerana Allah.......! Harap u olls faham keadaan kak Zu. Harap korang faham keadaan abg Jep juga.

\

Okay, itu sahaja untuk setakat ini. In syaa allah, panjang umur kak Zu update lagi ok. Adios......

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.