Wednesday, 14 May 2014

Azura & Jep Sepahtu FC : Sebuah Cerita

Assalamualaikum wbt.........

Hello semua....wah ramai pulak yang minta entri-entri baru. Yelah maklum, lately ni kak Zu jarang turun padang untuk jumpa jejaka pujaan u olls tu, bukan sebab kak Zu taknak, tapi yelah keadaan dan masa berubah, kerja-kerja kak Zu di pejabat pun semakin membukit kerjanya. Nak-nak pulak sekarang ni, syarikat kak Zu ada alami sedikit masalah. Jadi, kak Zu kesian dengan "bos" sebenar kak Zu. Jadi, kak Zu kena memberi sepenuh tumpuan kepada syarikat tempat kak Zu berkhidmat. Jep Sepahtu FC sekadar hobi kak Zu, jadi kak Zu terpaksa perlahankan pergerakan seketika. 

Okay, entri kali ni (alah.........suara band teruna comel ni ganggu betol la! Nak taip aku senyum, nak taip aku dok gelak. Ok, MUTE! hehehe), kak Zu terima banyak komen dan juga email bertanyakan macam mana kak Zu boleh turut serta menjadi salah satu crew, malah "orang kuat" Jep Sepahtu FC? Selalu jumpa Jep pulak tu???? Ahchaner tu? Cer citer...cer citer??


Sebenarnya, kak Zu secara peribadi memang minatlah jugak dengan Sepah ketika Raja Lawak 3 dulu, walaupun hakikatnya lawak Jep nan hado kak Zu nak suka! Tapi kerana very the village people style yang dibawakan oleh Sepah, buat kak Zu tertarik hati. Sehinggalah Sepah masuk Maharaja Lawak 2011, masa tu kak (sejujurnya cakap...) memang kak Zu tak berhenti terkebil-kebil tengok Jep waktu itu. Umangggg aiii koba oghang nogori kan, handome lak aiiiii!! Sejak tu kak Zu cuba nak cari jalan, macam mana aku nak kenal dengan mamat separuh normal ni??? (sebab dia sengal kan)


Kan muka separuh normal tu? masuk air / sengal......... :P

Waktu itu, kak Zu dah dapat contact Cik Siti, pengasas Jep Sepah FC waktu itu, sebabnya kak Zu beli tshirt Jep Sepah FC. Penghujung 2012, kak Zu ada terbaca satu announcement di page Facebook Handsome Macam Jep Sepah, tentang rakaman Betul ke Bohong musim 3. Apa lagi, memandangkan kak Zu ada contact number Cik Siti, kak Zu terus call dan ajak dia pergi sama (walaupun tak pernah kenal sebelum itu). Itu lah kali pertama kak Zu jumpa Jep Sepah yang kak Zu cari selama ni!Waktu tu kak Zu macam separuh pengsan.....again, umanggggg aiiiii tinggi bonar! Dan hasilnya seperti dibawah :

1 September 2012 (gemuk btul aku! Eh skrg tak gemuk ke??)

Nampak tak muka macam tahan pengsan? Dan kebetulan waktu balik, kak Zu berjalan menuju keluar dari studio bersama cik Siti dan Naz waktu itu, dengan hati yang sangat bunga-bunga. Dalam kepala masa tu "aku nak cari gambar Jep banyak-banyak lepas ni. Nak buat wallpaper HP, wallpaper laptop...." tengah-tengah dok berjalan tu, kak zu dan cik siti di tahan pulak oleh sebuah Honda Civic Biru berplat nombor JFN72. Katanya "nak kemana?" Waktu itu hanya Cik Siti aje yang boleh bercakap, kak Zu dah terdiam...berpeluh, terkejut........semualah. Dan hasilnya, walau kali pertama, kak Zu dah naik JFN72 u olls!!!

"Jep pandang belakang, nak ambik gambar"
Jep : "Okay bolehhhhh"


video
Inilah video 7 saat dalam JFN72 yang mampu kak Zu rakam.
Gigil faham gigil......!!

Jadi disebabkan kak Zu dah teruja tahap dewa, dan cik Siti adalah Pengasas Jep Sepah FC, ibarat mengantuk di sorong bantal, kak Zu dilantik sebagai Setiausaha JFC dan seterusnya sebagai Setiausaha Rasmi Jep Sepahtu FC setelah Jep Sepahtu FC secara rasminya berdaftar dengan Pertubuhan Persatuan Malaysia. Dan, sejak itu kak Zu jumpa Jep semua atas tugas untuk Jep Sepahtu FC (sapa-sapa yang pi fitnah aku kata syok sendiri kat Jep tu, lantakkkk lah!). Jadi di situlah bermula segalanya......

Banyak aktiviti yang kak Zu terlibat yang membabitkan Jep. Antara yang pertama, adalah Siri Jelajah Sepah The Movie pada penghujung 2012. Tapi, kak Zu ikut siri jelajah yang Kuala Lumpur ajelah. Selain Jep, kak Zu juga sempat kenal sekejap dengan Shahrol Shiro.

Ini pun kerja Shahrol. Asalnya nak selfie sendiri dengan Jep,
last-last Shahrol tolong. Hasilnya, mantap!!


Hasilnya, teruk kak Zu & kawan-kawan digangnam oleh pakcik dua orang ni!
Yang Jep tak padan demam dan batuk!!

Dari kamera HP aje.....sedaya upaya nak menyengih, tapi kesian, Jep demam!

Kata Jep "Eh laptop ni awak...awak sungguh ni????"

Gigih nak bawak banner bagaikan masa ni....!

Itu siri Jelajah Sepah The Movie. Yang banyak kali sangat kak Zu hadap buah hati u olls ni adalah disebabkan Malaysian Artist Sports Club. Ha....tak taukan? Dulu, sebelum adanya Super Lawak FC, Jep antara pemain midfield dan stricker untuk Malaysian Artist Sports Club (MASC). Kerap jugak perlawanan bola MASC ni, tapi tak sekerap SLFC sekarang la. Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap Rabu ada perlawanan kan, dulu, nak tunggu admin MASC update barisan sebelas pemain yang akan main untuk perlawanan seterusnya, sampai kak Zu always standby baju dalam kereta. Pernah sekali, kak Zu rehat kat rumah, buka facebook, ada perlawanan di Bukit Kiara, pukul 5ptg. Tengok jam "hah....kul 4!!"
Solat Asar, start kereta..........zooooommmmmmmmmmm ke Bukit Kiara dan hasilnya :

Comot nak mam***!

So kebanyakkan gambar-gambar kak Zu bersama Jep adalah ketika habisnya perlawanan MASC. Kadang-kadang, disebabkan selalu sangat datang dan muka inilah yang jadi penyokong tetapnya, Jep selalu pesan "Zura datang lagi ok" sampaikan, ada satu ketika perlawanan MASC di Bangi kak Zu dan kawan-kawan tak turut serta, Jep tanya "korang xde eh semalam?" Wahhhh sangat tajam mata anda Jep! Sebab tu gambar Kak Zu banyak......kenangan pun banyak! Nak tau cerita setiap perlawanan tu, u olls boleh klik pada entri 2013, bermula Januari sampailah hujung tahun. Termasuklah kisah birthday boy disimbah air......


"Zura mana? Pakai hadiah dia, dia tak datang plak" 
Kata Jep waktu rakaman KKX musim 2 tahun lepas.


Dulu selalu tengok Jep daam keadaan sangat cecomot!!
Comot kan???

Kak Zu juga sempat berbuka puasa bersama Jep dan Angah pada tahun lepas. Kak Zu rasa dalam banyak-banyak kenangan, kenangan berbuka puasa yang tak boleh kak Zu lupa. Sangat-sangat kak Zu tak boleh lupa. Antaranya, Jep buat kak Zu tak boleh makan sebab dia duduk makan sebelah kak Zu!!! Tengok gambar ni pun korang tau hakak nebes dek non....nebes!!!

Makan cam tak makan aje aku? Padahal buka puasa hokay!!


Lepas raya, kak Zu rehat sekejap dari Jep Sepahtu FC sebelum sambung bertugas sepanjang Maharaja Lawak Mega 2013. Di Maharaja Lawak Mega 2013, kak Zu kenal ramai lagi krew-krew junior JFC yang baru termasuklah buat pertama kali bertemu dengan hampir keseluruhan keluarga Jep dari Kulai atau The Kulai Family. Semua abang, kakak dan adik Jep akak dah jumpa....dan mereka juga macam Jep, sangat penyayang dan peramah, nak-nak pula abg sulung Jep, Abg Fadzli. Kuat membahannya macam adiknya juga. Abg Hakim juga kuat mengusik, dan Kak Norida sangat-sangat penyayang dan lovely lady, dan Khaty, kawan yang sangat selamba. Bonda Jep juga sangat pleasant lady, kak Zu masih tak lupa pelukan Mak Nab sambil kata "terima kasih nak sebab support Jep. Terima kasih nakk ye" Allahuakbar Mak Nab.....isk...isk... sebak hakak u olls.... :'(

THE KULAI FAMILY....

Jadi, itulah cerita kak Zu sepanjang hampir 2 tahun bersama Jep dan Jep Sepahtu FC. Sepanjang tempoh dua tahun itu juga, macam-macam cerita yang berlaku ; pahit manis masam kelat semuanya. Kak Zu tak pernah salahkan sesiapa kalau mereka berkata kak Zu admire ke, syok sendiri ke, terhegeh-hegeh ke dengan Jep, disebabkan hanya kak Zu menyerlah dengan brand kak Zu "AZURA NADZRI" dan juga kekerapan akak jumpa dengan Jep. If I was others, akak maybe berfikiran yang sama. Dulu, akak memang kuat melenting dengan komen-komen tah apa-apa ni, tapi hari ni, kak Zu tenang aje. Sebab well, mereka sekadar nak kak Zu diam aje. Diam kak Zu, maka diamlah mereka. Biasalah tu kan. Asalkan, peranan kak Zu selaku crew JFC bertugas, ada yang lebih memahami. Kak Zu tak marah pun, infact kak Zu maafkan aja..sebab mereka mungkin kurang mengerti...........

Jadi kepada semua yang masih baru dengan blog kak Zu ni selamat datang semuanya...kepada pembaca tegar, terima kasih atas sokongan dan kepada sang stalker, teruskan stalker ye. Kak Zu alu-alukan sebarang komen, dan chitchat yang membina di bahagian kanan blog ini. Harapnya segala persoalan anda tentang macam mana kak Zu terlibat dengan Jep dan Jep FC terjawab sudah ya. Sehingga kita ketemu lagi di entri seterusnya. Kepada yang nak follow kak zu di Instagram, account kak Zu @azurashikin. Untuk FB, emm maaf kak Zu dah tak approve friends dan sebab terlalu ramai sangat.


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

















1 comment:

  1. best nya dapat selalu jumpa jep...sy tgk dri tv jelah...mcm org sllu ckp tk dapt jumpa orgnya pun takpelah dapat tgk bumbung umah pun jadilah...tak dapat jumpa jep pun tak pelah dapat tgk no flat pun ok hehehehe...kirim salam pada dia dari Syahliza Bdr Sunway

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.