Wednesday, 28 May 2014

Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2013 Jep Sepahtu - SYUKUR ALHAMDULILAH

Assalamualaikum...............

Holaaaaaaaaaaa............ok got it kak Zu tahu korang excited tahap dewa. Maklum hero u olls tu dinobatkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2013 you alls, dan menumpaskan pencapaian Zizan Razak! Yeayyyyy!! Dan yang paling penting, nama Jep juga antara yang disebut-sebut untuk julang Bintang Paling Popular 2013. Pheww..........! Takpe itu besar sangat tu. Menang kategori pun dah cukup baik. 


Bangga tengok yang kat screen belakang tu.

Haaa...mesti u all nak tahu kan cerita apa, seronok tak seronok nya berada di PICC malam Sabtu kelmarin. Dan....betapa dummm dedakkk dum dedakkkknya hati sepanjang hari Sabtu tu sementara nak menjelang ABPBH tu. Kalau u olls pun dummm dedakkk kak Zu lagi lah. Macam nak pecah jantung. Nak makan pun serba tak melekat dalam perut apa yang dimakan. Agenda kak Zu dah mula dari pagi lagi. Memandangkan cik Dila tak pergi, jadi banyak arahan dari beliau kak Zu jalankan sahaja. Di samping itu, ada dua krew JFC kak Zu yang tiba dari Johor pada hari yang sama, cik Piya dan cik Ain. Disebabkan masalah "tiket" yang sangat terhad (maklumlah PICC kecik nokkk!) jadi kehadiran krew terpaksa dihadkan juga. Sobss sobss.....

 
Abaikan baju yang meleweh ni.
Simple je pergi ABPBH. Bukan lalu redcarpet pun kan......

Kak Zu dan krew yang tiga orang ini, tiba di PICC dalam pukul 4.00 petang. Sementara menunggu untuk masuk dewan besar, Kak Zu terserempaklah juga dengan Achey dan Tegar, penyanyi dari seberang tu. Comel aje Achey katanya baru tiba dari Festival Belia...terus datang ke PICC. Dedikasikan Achey! No wonder dia dapat Artis Baharu Lelaki Popular.

Matilahhhhhhhhh nak kata Achey

Semua penonton masuk ke dewan besar PICC pada pukul 7.30 malam dan selepas Maghrib. Kak Zu dan kawan-kawan duduk di Aras 3. Alhamdulilah, walaupun kecik, selesa dalam PICC ni kalau nak dibandingkan dengan Stadium Putra Bukit Jalil. Jelas pun ye tengok artis dari pentas. Kalau Stadium Putra tu nampak semutttttt aje la. Huhuhuhu. Satu demi satu kategori diumumkan......dan kategori yang paling kak Zu nantikan agak hujung diumumkan. Cheh!!! 

Alhamdulilah, Jep diumumkan sebagai pemenang. Dan selaku krew, kami bagi standing aviation untuk Jep. Maknanya, diri hormat la. Dan paling kak Zu tak sangka, berderai air mata kak Zu dan cik Piya melihat Jep julang award tu. Kami berpelukan dalam dewan tu sambil nangis. Huaaaaa tak kisahlah u olls nak cakap kami poyo ke ape, tetapi, ketabahan kami menanda lebih dari 5,000 kepingan undian haritu berbalas. Ingat tak letih ke 5000 nak tanda? 

Terima kasih crew......hanya Allah sahaja dapat balas jasa kamu.

Keluar dari dewan menuju ke kereta (masa tu dah pukul 12.00 tgh malam), kami berempat tersentak nampak Velfire Jep tak jauh dari kereta kak Zu. Semua masing-masing dok pakat tunggu, termasuk team Sepahtu FC Official juga. Tapi disebabkan esoknya pada hari Ahad, Jep ada tugas di JB, dia terpaksa rush, sebab beliau berada di post party dan PC ABPBH dekat sejam lebih. Yelah, Jep antara yang menang so wartawan dan kamera perlu dapatkan beliau untuk komen tentang kemenangan. Dan akibatnya..........................

zzzzzzzzzz (mana bos ni......??)

Hahahahahah........rare tak tidur kat parking lot! Ngantuk, lapar semua ada. Tapi demi Jep semua tahan. Memandangkan dah dekat sejam........kami decide untuk pulang sahaja. Kak Zu tiba dirumah sekitar jam 3.00pagi. Tapi, kak Zu rasa bangga sangat-sangat dengan pencapaian Jep.

Terima kasih Hatta Dolmat untuk baju yang smart giler.
Nasib baik cantik.

Di kesempatan ini, kak Zu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pertamanya untuk family Jep di Kulai, dari Abg Fadzli sampai Dikwan, begitu juga Mak Nab & Pak Enal yang sangat-sangat support kami Jep Sepahtu FC seadanya. Buat sahabat JFC yang turut bertungkus lumus sepanjang sesi pengundian.... Adila, Aida, Fiz, Saidatul, Mimie, Piya, Naz, Ain, Nia, Nora, Faizal dan semuanya, buat sahabat dan adik adik yang sentiasa support seperti Cik Shira, Cek Nini, Syahirah Azidar, Syafira Aida, Cik Ieyta, woiiii terlalu ramai tak tersebut, terima kasih sebab terus support Jep. Untuk rakan seperjuangan dari Sepahtu FC Official juga terima kasih. Anda juga antara yang menyokong sekuat-kuatnya perjalanan Jep dalam arena ini. Untuk ibu, ayah dan adik kak Zu yang sentiasa memberi sokongan untuk Jep dan tolong mengundi juga, terima kasih (wah siapa yang menang ni?). UNTUK JEP, TERIMA KASIH ATAS SEGALA KEPERCAYAAN.



Sepanjang dua tahun bersama Jep Sepahtu FC sangat sangat mengajar kak Zu erti persahabatan dan keikhlasan seadanya. Jatuh, bangun balik, gurau, mesra, sentap, marah, gaduh....macam-macam sangat. Hakikatnya, itu mengajar kami semua mengenali diri masing-masing. Tak tido malam, tahan lapar dan yang pasti tahan penat, sakit dan demam semata-mata untuk Jep, sesuatu yang kak Zu tak terfikir kak Zu dan rakan-rakan mampu buat. Semangat apa yang menghembus jiwa kami sampai kami sanggup buat semua itu, kami pun kurang pasti. Disebabkan Jep dah julang 'gelaran' apa yang kak Zu impikan untuk beliau selama ini, kak Zu rasa tiba masa kak Zu undur diri kot. Rasanya la. Bukanlah bermaksud tak sokong Jep da.......ehhh taklah sampai camtu sekali. Sokong tetap sokong. Cuma mungkin kurangkan aktif. Kak Zu perlu fokus sesuatu yang lebih besar, kerjaya kak Zu, private life kak Zu dan juga Kak Zu nak sambung belajar hujung tahun ini. Buat tiga empat benda satu masa, tak termampu rasanya, apatah lagi bila kak Zu futher master nanti kan. Tapi, boleh aje u olls nak follow kak Zu di Instagram @azurashikin dan Facebook Azura Nadzri.

Untuk itu, tahniah sekali lagi untuk Jep dan terima kasih semuanya. Harapan saya, Jep, teruskan humble dan merendah diri seperti dahulu, layanlah peminat anda seadanya, dan janganlah terbang tinggi sangat. Nanti jatuh sakit tau. Hehehehehe. 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-













No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.