Tuesday, 20 May 2014

4 hari lagi.......Anugerah Bintang Popular 2014

Assalamualaikum you olls..........

Hellooooooo apa khabar semuanya? Sihat - sihat semuanya ya. Alhamdulilah kak Zu sihat-sihat aje. Kepada sahabat-sahabat yang wish yang mendoakan kesihatan akak dan juga hero The Kulaiman you olls tu, Jep Sepahtu di chat belah kanan blog ni terima kasih banyak-banyak ye. Alhamdulilah, Jep pun sihat aja hendaknya.....berkat doa kalian semua.

Abg encem u olls sihat aje...alhamdulilah :)

Post kali ini, kita semua sudah tentunya mengira hari untuk ke Anugerah Bintang Popular 2014 yang bakal berlangsung di PICC Putrajaya pada 24 Mei ini. ABPBH tahun ini ditunda, di mana sepatutnya pada April yang lalu, sebagai memberi penghormatan peristiwa kehilangan MH370. Jadi, ABPBH si sambung pada 24 Mei akan datang ni. Yuhuuuuuuuuuu nervouss sangat ni. Beratus-ratus helai surat khabar Berita Harian beli you olls.......nak menanda nama Jep Sepahtu punya pasal. Saingan sememangnya sengit ya amat........apatah lagi dari Zizan Razak. Tetapi, semuanya adalah rezeki. Seandainya 2014 telah tertulis tahun rezeki Jep........in syaa allah Jep julang anugerah tu. Kak Zu pun agak berdebar sebab ada final kategori iaitu, Bintang Paling Popular kan. Eh........tak mustahil tau pelawak dapat title Bintang Paling Popular tu. Saiful Apek dengan Nabil pernah dapat title tu you olls...

Nabil - Bintang Paling Popular 2008

Saiful Apek - Bintang Paling Popular 2001

Mungkinkah........? Tahun ini milik Jep Sepahtu????
AMINNNNNN~


Semoga tahun ini memberikan rezeki buat Jep dan keluarga. Kami disini akan terus mendoakan agar Jep terus diberkati dan dimruahkan rezeki seadanya. Cuma......emm pesan saya, kalau dah terbang tinggi tu, jangan lupa jejak tanah balik ye. Sakit tengkuk nanti tengok awak terbang tinggi benor.....okay. Saya tahu, Jep pun nervous tu....dia takut kalah dan kecewakan u olls semua. Aiseymen my bro....menang kalah adat bertanding bro. Kalah bukan beerti karier bro berakhir disini. Kekalahan juga boleh dikatakan sebagai permulaan..............we alls tak kisah kalah menang asalkan....bro tetap JEP SEPAHTU yang dulu, yang nakal, yang sengal, yang suara petir, yang masuk air, yang comot tapi segak.....itu Jep we olls...tak gitu.

Good Luck Jep dari kami peminat luar biasa anda. Kepada anda semua, setkan alarm, diary, mobile alarm dan semuanyalah untuk ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2014 pada 24 Mei 2014, siaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya di TV3 dan radio HOT.FM. 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.