Tuesday, 22 April 2014

Rindu Menulis : Jep Sepahtu Sana Sini

Assalamualaikum...........................

Helloooooo semua......(group hug reramai). Wah....ramai rindu kak Zu ni. Eceh, korang tak rindu kak Zu korang rindu entri Jep sebenarnya. Membongak korang ni tau. Hahahaha. Apa khabar semuanya.... sihat ya? Kak Zu sihat alhamdulilah. Hai.....berhabuk blog ni dah. Lama kak Zu tak intai. Maafkan Kak Zu okay. Kak Zu banyak urusan peribadi kebelakangan ni yang perlu kak Zu uruskan. Tapi kak Zu tetap kat sini, ada je kak Zura tu bak kata salah satu fans Jep. Ye kak Zu ada je deknon. Cuma kak Zu busy. Macam bos kak Zu jugak....busy ya amat...hehehe.

Hmmm....apa nak diupdate kali ni. Hahahaha banyak benda nak update sebenanrya ni. Okay, 9 April lepas ketika berlangsung perlawanan Super Lawak FC menentang The Band, kak Zu dan rakan-rakan Jep Sepahtu FC sempat hadir dan memberi kejutan sempena ulang tahun Jep ke 29. Banyak gila kek Jep dapat tahun ni. Hadiah jangan cakap....tak putus-putus orang pos ke rumah kak Zu (in syaa allah hadiah u olls semua sampai). Terima kasih kepada cik Nora yang buat kek coklat yang simply delicious you all. Jep cakap "Jep bawak balik ok....nak bagi Angah rasa juga" auwwwwww so sweet Jep sayang housemate.

*Video Jep tiup dan potong kek u olls boleh tengok di Instagram Jep Sepahtu FC ya @jepsepahtufc_official*

Fuhhhhhh...kak Zu yang pegang kek tu rasa nak tumbang.
Hahahahah (lagi video di IG Jep Sepahtu FC)

Terima kasih kepada artis yang ada. Sebenarnya ramai lagi, 
kak Zu sempat dengan depa bertiga je. Berat jugak kek Jep tu... -_-''


Dan Jep juga kini sibuk dengan Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha yang telah pun berlangsung di Sungai Petani dan Mydin UTC Melaka. Dengar cerita di Melaka havoc. Jep keluar pentas semua gadis gadis Melaka yang ada kat situ menjerit bagai nak gila u olls....Jeppppp!! Jepppp!!! Dengarnya juga ada yang terjatuh sebab nak kejar Velfire Jep. Astagfirullahalzim...sabor adik-adik. Sian bos hakak.....ketara sungguh basah kemeja putih yang dipakai sebab berpeluh. (Dahlah pakai putih, berpeluh pulak tu, abg look sexy u ollss......auwwwww! hahahaha). Selain Jelajah Komedi Sinar, Jep pun sibuk dengan menjadi pengacara untuk Skool Of Lawak yang akan bersiaran peringkat Akhir Jumaat ini.


Haaa....tak caya cakap kak Zu.....kena bawak lari u olls. 


Alahai bos hakakkk ni....Mydin UTC tu panas tau. Bos pakai white shirt pasaipaaa?
Kan dah peluh peluh......kan dah sexy gituwwww! Aiyakkkkk 0_0



Jep nampak cik cik cik ke boom boom tembam sekarang kan?
Tapi badan slim ya amat. Please kongsi rahsia.....heheheheh


Haaa....itulah antara gambar-gambar yang sempat fans kak Zu...ehh fans kak Zu pulak fans Jep hantar ke Kak Zu. Kadang-kadang terganggu u olls tido kak Zu malam-malam sebab u olls antar abg gorgeous ni. Alahaiiiiiiiii nak hantar pun jgnlah memalam. Masuk mimpi u olls muka abg encem ni. Hahaha. Okay...untuk info korang semua juga :

1. 25 - 26 April ini akan berlangsung Siaran Komedi Tanpa Henti 24 Jam di ASTRO Warna dan akan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record sebagai Rancangan Komedi Tanpa Henti. Jadi, sepanjang 24 jam itu, korang bolehlah tengok ulangan Maharaja Lawak 2011, Maharaja Lawak Mega 2013, Betul Ke Bohong, Super Spontan 2013, Karoot Komedia, Karoot Komedia X, Karoot Komedia X 2....aishhhh semualah program Komedi di ASTRO Warna. Erti kata lain, tengok abg Jep korang sampai lebam!! Ingat tarikh ini 25 - 26 April 2014.

2. Jelajah Komedi Sinar FM bersama Kawan Paratha akan menamatkan sesi Jelajah pada 26 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Temui Jep & rakan-rakan di sana ok.....26 April 2014, 8.00 malam, Stadium Putra Bukit Jalil.

3. Rakaman Karoot Komedia X musim 3 bakal menemui anda bermula 5 Mei 2014. Rakaman bakal berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Sebarang perubahan tarikh, akan kak Zu maklumkan kemudian melalui admin Instagram JFC okay.



Selaku pemilik blog Hanya Dia Jep Sepahtu, Kak Zu mohon jutaan maaf seandainya sangat-sangat lewat entry kali ini. Terima kasih kepada semua yang concern dengan kak Zu. Mana kak Zu pergi? Kenapa blog senyap? Hahaha Kak Zu ada aje. Kak Zu masih yang dulu di belakang Jep Sepahtu yang sentiasa update tentang kerja beliau setiap masa. Cuma, kak Zu kurang pergerakan sikit memandangkan kak Zu ada urusan peribadi kak Zu perlu uruskan. Kak Zu sekarang lebih kepada memantau pergerakan krew JFC dan Jep sekarang. Kepada u olls yang rindu nak follow kak Zu, meh follow IG kak Zu @shikinzura. Ha.....most welcome ye. Tapi kalau ada yang tah ape2 punya komen, kak Zu block aje nanti. Malas nak fikir orang-orang yang xde hadap (adap) dekat IG orang lain ni u olls! Buang masa!

Bye........Assalamualaikum~~

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.