Thursday, 13 March 2014

Super Lawak FC vs Astro Production Sdn Bhd - 12 Mac 2014

Holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................

Assalamualaikum, apa khabar semuanya. Ehem, sian korang lama tak dapat update ye. Maklumlah sejak isu gosip aritu, saya banyak ambik keputusan mendiamkan diri sahaja. Nak cerita lebih-lebih, nanti orang cakap saya perasan pulak, padahal orang tak tahu apa yang saya lalui. Sampai "terjarak" sekejaplah saya dengan Jep pasal hal ni. Yelah, Jep tak suka fans dia kena benda macam-macam ni. Lagilah dia tertekan ada orang kacau peminat dia. Jep nampak sahaja macam buat tak tahu gitu kan? Tapi dia sangat-sangat menjaga orang sekeliling dia, terutamanya peminat dia yang luar biasa.

Anyway, semalam berkesempatan singgah Majlis Sukan Negara menyaksikan perlawanan Super Lawak FC vs Astro Production Sdn Bhd. Tak ramai datang semalam, mungkin faktor jerebu jugak menyebabkan ramai tak dapat hadir. Saya ditemani sahabat dari JFC, Faizal dan rakan peminat Cik Ieyta Umairah. Asalnya saya tak plan nak datang pun, tiba-tiba tergerak hati sebab lama dah tak tengok Jep main bola sepak. Lama sangat...........so, saya luangkan masa sedikit. 



Bersama Cik Ieyta yang comel. Dia pun tak kerap datang event Jep. Amboihhhhh.

Perlawanan tamat pada jam 10.30 malam dan meyaksikan Super Lawak FC menang 3-1 ke atas Astro Production. Gol pertama dijaringkan oleh Jep sendiri dan dua gol oleh Dato AC Mizal. Kami keluar dari padang MSN jam 10.45 malam dan sempat bertemu Jep di tempat letak kereta. Lama rasanya tak jumpa Jep. Lama rasanya tak ambik gambar dengan Jep. Masa nak bergambar saya sempat cakap "lamanya tak bergambar dengan awak, Jep" sayup dengar Jep menyahut "aah...". Dia pun realize saya menjauhkan diri kot....hahahaha. 


Rasa macam ambik gambo pes time....ecehhhh nebes plak tak tau apsal.... :(

Saya, Faizal dan Ieyta keluar dari MSN Bukit Jalil pada pukul 11 malam dan masing-masing terus menuju ke rumah. Memandangkan saya tidak ditemani oleh mana-mana sahabat saya dari crew JFC, saya terus pulang dan makan di rumah sahaja. Hmm....tak banyak benda dapat diborakkan dengan Jep kali ni. Ye, masa berubah, kalau dulu yang tgk dia main bola, saya dan team aje. Sekarang dah ramai. So, saya beri peluang kepada yang tak penah bergambar tu untuk beramah mesra dengan abg saya ni. Feel his humbleness okay. Hahahahaha.

Okay pada kesempatan ini, akak ingin mohon dan berdoa ramar-ramai ke hadrat ALLAH supaya MH370 kita ditemui atau selesai kes kehilangan ini. Semoga semuanya dipermudahkanNya. Juga tidak ketinggalan, salam takziah dari kami semua warga JFC untuk cik Adila Zainul atas pemergian Nenda tersayang semalam, 13 Mac 2014. Semoga roh nenda tercinta dicucuri rahmat olehNya. Alfatihah~

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.