Monday, 3 February 2014

Penyelamat Lawak Anda Kini di Pertarungan Akhir - SEPAHTU

Assalamualaikum.....

Hola hola......maaf la kepada yang tanya mana Azura Nadzri tak update blog ini. Ya Ampun, nak menjelang MLM 2013 Peringkat Akhir ni, saya and team terlalu banyak kerja, di tambah pula bila Jep update Instagram nya untuk tempahan tiket, dan nama-nama crew Jep macam saya, Adila dan Fiz tertera disitu. Pergh....memang sangat-sangat sibuk. Sampai pukul 2 pagi pun masih ada yang cuba call untuk tempahan tiket. Apatah lagi sekarang tak menang tangan untuk undi Jep bagi Anugerah Bintang Popular 2013 pulak. Lagilah macam nak pengsan....takpelah, demi bos saya yang best, macho dan handsome itu! ewahhhhh

Sharing is caring ye bos..... 




Mesti Jumaat lepas, peminat - peminat Sepahtu TERKEJUT dan TERPERANJAT dengan pengumuman tersingkirnya kumpulan kesayangan ini. Saya apatah lagi? Nak nangis pun ye, terkejut, terkentut semua ada. Tapi akhirnya saya nangis jugak bila mendengar ucapan Jep dan sebak tengok Jep nangis atas pentas bersama rakan pelawak yang lain. Dalam hati "ASTRO gimik...gimik!!" Sekali memang betul gimik!!! Ya Allah, Ya Rabbi......................!! 

Walau apa-apapun, kumpulan kesayangan korang, Sepahtu sekarang sudah berada di pertarungan akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Bertemakan muzikal & bebas, kita doakan Jep, Shuib dan Rahim sama-sama buat yang terbaik dan sehabis pulun dari mereka. Kalah atau menang adat bertanding, walau saya tahu ada yang "cuba" menjatuhkan Jep dalam diam! Harapan saya, bukan sekadar piala yang In Syaa Allah bakal dijulang, tetapi lebih kepada kepuasan diri saya melihat bos saya bertanding di pentas akhir. Expectation saya bukan pada takhta JUARA semata-mata, tetapi keseronokkan saya melihat lawak jenaka bos saya dan teman-teman. Saya tak sanggup nak tengok Jep nangis lagi sebenarnya. Apa-apapun, kita doakan Jep dan Sepahtu boleh buat persembahan yang terbaik dari mereka. In syaa allah ya. 

Sebelum saya akhiri entri ini, kat sini ada beberapa gambar-gambar crew Jep Sepahtu FC di Stadium Tertutup MBJB Jumaat lepas. Terima kasih kepada Fiz, Nora dan Cik Piah atas kesudian bertugas di Johor baru-baru ini. 


Terima kasih Nora (kiri) dan Piya (kanan) 

Bersama Sepahtu selepas tamat MLM Separuh Akhir
(bambamnyer muka kamu oppa!)


Alooooo......senyum sikit je die. Takpe oppa....kite faham :)

Nora bersama Shuib


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

1 comment:

  1. apesal dlm 2nd round sepahtu dgn ebby yus tu, jep mcm kena dgn team dia? depa dok sebut "kau x dtg rehearsal".. pastu jep siap sebut "sampai hati kau, ni hometown aku kot".. dorg gimik ke atau betul2 jep xde watak mlm tu?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.