Friday, 14 February 2014

Peminat Terhebat : Kecaman atau Sokongan?

Assalamualaikum wbt......

Hai semua pembaca Hanya Dia Jep Sepahtu semua. Harap anda semua dalam keadaan sihat lah ye. Saya, alhamdulilah sihat-sihat sahaja. Seminggu dah berlalu kan Maharaja Lawak Mega 2013. Masih terasa lagi kehangatan malam akhir tempoh hari, walaupun ibarat rumah siap pahat berbunyi. Kemenangan Sepahtu masih dipertikankan but well......entahlah bagi pendapat saya, susahnya nak puaskan hati semua orang. Takpelah kita letak tepi perihal malam akhir MLM aritu. 

Hari ini, saya sebenarnya nak berbicara tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Agak tak tenang juga lah saya di pejabat dan di rumah kerana dihujani sms, call, whatsapp, wechat, fb dan Instagram. Setiap sudut saya terima notifikasi. Semuanya dari peminat Jep. Masing-masing cuba memberi pendapat masing-masing berhubung Jep. Alhamdulilah, semuanya memberi sokongan yang sangat memberangsangkan. Cuma yang saya betul-betul kecewa, kecaman yang datang bertalu-talu. Tak cukup dengan Jep dikecam, kelab peminat juga turut dikecam, apatah lagi krew yang bertugas seperti saya. Bila ada isu atau perkara yang perlu kami semua bertahan di belakang Jep, di katanya kami ini pemuja fanatik. Bila di katakan memberi semangat.......entahlah saya sendiri kurang pasti. Blog saya ini juga dapat kecaman yang hebat. Contohnya seperti Instagram saya, saya panggil Jep "abang", "dear", "kamu", "saya sayang awak".....itu semua sekadar caption. Sedih sangat bila nampak yang komen "Jep hanya pandang awak sebagai peminat biasa, dan awak tak layak untuk Jep. Awak bukan pilihan dia, tolong jaga diri." Ye, saya sedar Jep pandang saya sebagai peminat biasa, dan saya tak pernah minta Jep pandang saya sebagai paling istimewa.......tapi sekurang-kurangnya Jep hargai kerja keras saya" Saya tidak pernah ambik pusing semua ni tetapi sampai tahap memang kesabaran saya sangat memuncak!! Sebab saya manusia biasa...........



Secara jujurnya dan pendapat saya secara peribadi, anda semua ada pendapat sendiri, dan itu dari hati anda, jadi terpulang kepada anda nak berkata apa-apa pun. Ada yang komen "korang tak kenal siapa dia, jangan nak puja sangatlah...." well kerana KENAL saya berani pertahankan. Kami berani pertahankan. Katakan apa sahaja anda mahu katakan......saya syok sendiri, admin JFC pun ada hati dengan Jep, apa lagi...........saya minta simpati, crew minta simpati...katakan apa sahaja. Hampir 2 tahun saya terlibat dengan kerjaya Jep dan JFC sememangnya saya tidak pernah terlepas kena sebarang kecaman. Saya manusia biasa....Jep juga manusia biasa. Kami ada hati dan perasaan juga bila dapat benda-benda macam ni. Kepada yang support saya dan team, HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA ANDA. Saya tidak mampu nak cakap terima kasih kepada setiap seorang dari anda........tapi anda tahu siapa anda kan. Saya kadang-kadang dah kehabisan ayat, tak tahu nak explain macam mana lagi dah. Dan saya tahu, entri kali ini memang turut dikecam jugaklah. Saya tidak kisah...orang cakap, saya lagi buat. Ha...............



Kadang-kadang, saya menilai dalam hati sendiri, yang memberi kecaman ni, tak dapat attention dari Jep ke sampai macam ni sekali jadinya? Atau, memang attention seekers ke sampai sanggup buat macam ni? Marah Jep tak layan, kenanya saya ke?? Kenanya crew saya ke?? Meh la saya explain. IG Jep tu, dekat 100,000 followers, sampai kadang-kadang setiap kali Jep upload gambar yang komen beratus-ratus komen! Sampai saya tak sendiri terlepas kadang-kadang. Kalau korang nak tahu, malam akhir MLM 2013 sahaja, follower Instagram Jep Sepahtu naik seramai 10,000 orang!!! Satu malam tau!! Bayangkan mana saya dalam ratusan ribu orang tu??? Jep pun tak follow saya, sesekali mentioned, itu pun di IG Jep Sepahtu FC. Tapi ada saya mengamuk tak??? Ada saya hentam peminat lain yang ada Jep like dan mentioned??? Ikutkan saya boleh mengamuk macam korang....sebab Jep kenal saya. Kenapa dia tak nak follow? Saya tak pertikaikan pun... IG saya open.....tengoklah sape nak tengok sangat apa yang saya post. So fikir la positif andai comment atau sebarang perkara dari anda tidak dilayan. Dalam ribuan comment, mesti terlepas pandang. Tolonglah kesiankan Jep sedikit....tak layan korang hentam. Tak perform pun kena hentam. Menang pun kena hentam. Dia manusia tau, ada mak abah, ada adik beradik....tak kesian dengan keluarga dia juga ke??? 

Jep yang sentiasa tersenyum. Dalam hati.........hanya Tuhan yang tahu barangkali :(

Jadi, pesanan saya, jadilah peminat yang positif seadanya. Ingat, Saya salute rakan-rakan peminat yang memang tip top support. Mana yang "kurang kasih sayang" ni....maaflah ye saya keluar dengan perkataan tu. Sebab seriously korang (yang haters / pemberi kecaman) nampak kurang kasih sayang pun. Jadi...think positif anda-anda semua. Saya rasa letih sangat-sangat dah.....kadang-kadang saya tak letih otak fikir...ape benda korang nak????? Renung-renung ye............................! 

Oh ye, sebelum saya terlupa jangan lupa saksikan Skool Of Lawak, Setiap Jumaat, 10.00 malam saluran 132 Warna dan 134 Mustika HD, dan saksikan Jep & Johan bergandingan sebagai pengacara. 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

9 comments:

  1. Sabarlah Kak Zu..manusia ni da mcm2 jenis...kita ambik sikap positif jer...kalo dilayan pun sia2 jer...nnti kita yang sakit...yg paling penting...jaga Jep dengan dan kami semua SAYANG JEP...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, kak zu..annys doakan akak n en nadzri a.k.a jep tabah n sentiasa diberikan kekuatan dalam menghdapi sgla bentuk ujian yg dtg.. Be strong ya.. Sdgkan x jd public figure pun ada sj mulut2 laser yg cuba melagakan atau,bg down kita.nikan pula setelah menjadi sebahagian public figure,berdepan dgn ratusan ribu org.manakan mungkin semua memahami kerjaya kalian.papepun be strong ea..akak dgr lagu britney- stronger.hehe.mg2 bersemangat balik k.

    ReplyDelete
  3. you go girl! i will always support you kak zura same goes to Jep.
    Lagi orang tgk kita senang, makin orang jadi xsenang.. abaikan mereka. mmg pahit kak. saya xmengalaminya seteruk ini, tapi saya juga pernah dikecam dan diperkatakan di sana sini. cumanya saya bukan lah dalam bidang artis. tapi bila kita dah betul2 berjaya dan orang xboleh buktikan yang kita salah, kita akan rasa puas untuk diri kita sendiri.. InsyaAllah, Allah ada dan Maha Adil. Doa je banyak2. mohon rezeki yang melimpah ruah dan kejayaan masa akan datang, Amiin..

    ReplyDelete
  4. kak zura bior ke deme la kak.. janji kita hepi.. bior deme sakit hati sndiri2...
    #kalau jumpe abg jep, kimslm eh

    ReplyDelete
  5. Sbar je lah Kak Zu . Kak Zu explain la mcm mna pun , diorang tk kan fhm . Sbb diorang tk ada dkt tmpat Kak Zu skrang . Cuba klau diorang ada dkt tmpat Kak Zu skrng , msti diorang pun akn rsa apa yg Kak Zu rsa . Adik fhm situasi Kak Zu skrang mcm mna , wlaupun adik bkn siapa - II tpi adik boleh fhm dn boleh fikir positif ttng Kak Zu . Kak Zu bwa brsabar erk . Smua nie ada hikmah . Jadi jgn ptus asa okay . Good luck . :)

    ReplyDelete
  6. Kak Zura,tabahkan hati mu wahai kak. Sabar bebanyak. Biasalah,mulut org. Di staple pon tetap akan mengata jgk. Think positif. Ramai yg support akk. Ramai dpt info psl Jep dr akk. Jgn putus asa. Saya berterima kasih sgt kt akk sbb update info psl Jep.

    ReplyDelete
  7. Hye.. mcm mne nk join club jep yer.. hehee.. sabar ye sis, yg kecam u tu maybe yg excited nk kahwin dgn jep kott.. hihi.. tak faham status peminat..

    ReplyDelete
  8. Salam zura..maaf ganggu...sy mgkn slh sorg pemint jep...blh sy thu mcm mna klu sy nk bg hadiah ker dkt jep..mcm mna nk pos ye..nk guna alamt apa ye...trma ksh...hrp ada balasan dr zura...

    ReplyDelete
  9. Salam zura..sy mgkn slh seorg peminat jep sepahtu...sy nk thu mcm mna sekiranya sy nk pos kn hadiah untuk jep ye....mcm mna sy nk dpt kn alamtnya...trma ksh..hrp ada balsan dr pihak zura

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.