Sunday, 9 February 2014

KEMENANGAN BERGANDA....SYABAS JEP & SEPAHTU

Assalamualaikum semua.........

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas kemenangan buat kumpulah Sepahtu di Malam Final Maharaja Lawak Mega 2013 yang lalu. Saya sendiri menitiskan air mata di saat nama Sepahtu di umumkan sebagai juara. Bukan saya seorang, malah kesemua crew dari Jep Sepahtu FC turun menangis gembira, dan kami berpelukan (group hug). Malah saya bertambah sebak memeluk ahli keluarga Jep, kak Norida dan Khaty  termasuk juga emaknya. Tak dapat tahan sebak. Mana tidaknya, 13 minggu MLM bersiaran langsung, jatuh bangun Jep & Sepahtu kami turut terima tempiasnya. Komentar juri-juri yang agak menganggu emosi, komen dari "pengkritik tidak profesional" di setiap laman sosial sememangnya menguris jiwa. Tapi kami Jep Sepahtu FC tidak mudah patah semangat. Kata-kata perangsang terus kami berikan untuk Sepahtu. 

Di hari final, saya dan team sememangnya tidak menang tangan. Bermula seawal jam 7 pagi menguruskan hal tiket sehinggalah 2 pagi keesokkannya sehingga selesai semua urusan berkaitan MLM 2013 Final. Apa yang saya respect, rakan-rakan crew Jep Sepahtu FC yang sangat dedikasi dan committed. Kerjasama yang sangat kuat mengatasi kepenatan kami walaupun penatnya Allah sahaja yang tahu. Bermula jam 7 pagi, saya dan Cik Aida menguruskan baki tiket peminat di Stadium Melawati Shah Alam, kemudian sambung dengan jualan merchandise Jep Sepahtu FC, menguruskan redeemtion tiket peminat, settlekan pergerakan fans sepahtu masuk dewan sampailah Sepahtu diumumkan juara........phewwww!! Tapi saya rasa sangat seronok.Kebanyakkan peminat yang datang semuanya berpuas hati. Malah, ada yang berbual dengan crew kami seakan dah kawan lama, padahal selama ini hanya di Instagram dan facebook sahaja. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong Sepahtu.


Presiden JFC yang sentiasa sibuk......

Suasana sekitar booth merchadise JFC di Stadium Melawati

Vice Presiden JFC berbincang sesuatu dengan kakitangan ASTRO untuk 
pergerakan masuk peminat Sepahtu kedalam stadium.

Nampak letihkan sampai duduk-duduk dah?? 
Ini antara sesi menguruskan lebih 300 keping tiket untuk peminat Sepahtu.

Sibukkk sibukkkk.....




Tunjang Utama Jep Sepahtu FC 
Dari belakang kiri : Piya, Adila
Kedua bawah : Saidatul, Zura
Ketiga bawah : Ain, Aida Emira
Bawah : Fiz

JUARA MILIK KAMI!!!!!! Syukur Ya Allah..

Bersama keluarga Jep dari Kulai, Johor.
Terima kasih, sayang kalian semuanya....

Tamat dengan MLM 2014 Akhir, keesokkannya kami ke Stadium Putra Bukit Jalil pula untuk Anugerah MeleTop Era, untuk menyokong Jep yang tercalon untuk 3 kategori, Bintang TV MeleTop, Bintang Filem MeleTop dan Filem MeleTop. Rezeki Jep sememangnya murah tahun ini apabila di nobatkan sebagai Bintang TV MeleTop. Bersorak lagi kami malam tu. Padahal masing-masing suara dah nak hilang dan tekak dah naik sakit sebenarnya. Hahaha. Malah, penat kami tak hilang lagi malam tu. Takpe, demi bro Jep.

Tahniah Encik Handsome, anda gorgeous malam tadi....

Jep Sepahtu FC yang hadir malam tadi.
Merah menyala semuanya......

Kepuasan yang tidak terhingga, dan saya rasa maximum. 13 minggu bersama Maharaja Lawak Mega 2013 pelbagai kisah gembira dan sedih saya dan team lalui. Bermacam dugaan juga turut kami rasai. Tetapi semangat juang kami, sokongan keluarga Jep dari Kulai serta eratnya persahabatan kami mengatasi segalanya. Terima kasih Mak Nab & Pak Jenal, Abg Fadzli, Abg Akim,  Kak Norida, Khaty, Lokman, Wawan, Kak Mimi, Kak Suhaili, Ariff, Azam.....semuanya yang menyokong. Buat team Jep Sepahtu FC, Adila dan Fiz selaku pengurusan utama bersama saya, juniors, Aida, Ain, Piya dan Saidatul serta team yang tidak dapat hadir, Nadia dan Haida, serta JFC yang lain yang tidak dapat turun padang, Naz, Eyma dan Cik Siti. Sokongan dekat dan jauh kalian sangat amazing okay....!!

Untuk semua, Jep akan bersama Skool of Lawak bersama Johan dan Syuk sebagai pengacara bermula 14 Februari ini. Selain itu, teruskan mengundi Jep untuk Anugerah Bintang Popular 2013 Berita Harian dalam kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular. Untuk itu, dari saya, selamat mengundi dan menonton Skool of Lawak.....

Opps....ini bukan PU Nadzri ye.
Saksikan Jep selaku pengacara dalam Skool Of Lawak.

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

5 comments:

  1. Tahniah Sepahtu. Tahniah Jep. Tahniah JSFC. Tahniah semua. Tahniah tahniah dan tahniah. Ole! Ole! Ole! Ole! Kita juara. Kitalah juara! Tabik hormat! Haipp!!! d (^___^) b

    ReplyDelete
  2. sy kgum melihat semngt sepahtu yg tak pernh putus asa..mereka bgun dri jtuh dan kerana usaha yg gigih alhmduillah kejyaan milik mereka..respect jep shuib dgn rahim yg sgt down to earth..yg pling pnting sgt bangga dgn JFC dan fans yg lain..sgt ohsem!! :D ske tgk korang!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki Sepahtu.. Tahniah2!! semoga sntiasa diberkati, makin maju & sukses hendaknya..aminnn..
    suka baca entry2 di bLog anda..disini La sy habeskn masa sbeLom tido & get to know updated news & aktiviti2 en.Jep serta JFC.. gumbira & tersenyum jew biLa baca.. good job kak Azura.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 184
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.