Saturday, 11 January 2014

MLM2013 Minggu 9 : BUKTI SEPAHTU BANGKIT!

Assalamualaikum......

What else I can say....tahniah Sepahtu! Kemenangan berganda malam tadi bukti anda semua bangkit dan anda semua lawan tohmahan yang datang. Memetik kata-kata Jep Sepahtu dari Instagramnya " Syukur Ya Allah...yang hebat itu Allah, yang kuat itu Allah, yang berlaku semua atas izin Allah..tiada daya upaya melainkan dgn pertolonganmu..semuanya Allah yang punya...jutaan tkasih kpd pminat2 sepahtu yg sgt luar biasa..anda buat kami bangga dan terharu ade fans seperti kamu! Semoga Allah merahmati kita semua..amin"


Instagram Jep Sepahtu - @jepsepahtu

Sememangnya kak Zu amat terharu dan kak Zu menitiskan airmata....bukan nak rasa poyo tapi, setelah apa yang melanda Sepahtu, terutamanya Jep, mereka buktikan kesungguhan mereka dan mempersembahkan sesuatu yang memang luar jangkaan! Punchline mereka bertiga tidak kira Rahim, Jep mahupun Shuib sememangnya menjadi! Bijaknya Sepahtu memberi peluang setiap anggotanya bermain dengan pentas sangat menghiburkan. Means....no more "Rahim takde function" atau "Jep masuk bakul angkat sendiri" lagi lepas ni. Kak Zu sangat2 terhibur dengan gelagat tiga orang gila ni semalam. Something different kan? Handphone kak Zu jangan cakap la...sampai pukul 3pagi masih berdering-dering dengan notification FB la, Twitter.... whatsapp & wechat jangan cakap. Apa-apapun terima kasih semuanya yang menghantar macam-macam ungkapan tahniah utk Jep. Maaf kepada yang kak Zu tak layan, bukan tak nak tapi ramai woo......!! Hehehe. Maaf okay. Ada masa kak Zu reply okay.......

Tahniah Sepahtu......(alolololo...yang paling kanan ni touching yer...sian I xde tisu la lalink...heheh)

Maharaja Lawak Mega 2013 akan kembali ke Auditorium MBSA, Shah Alam untuk minggu ke 10 Jumaat ni (17hb Januari 2013). Informasi awalnya begitulah. Jadi kepada anda yang dapatkan tiket, dapatkannya di Pondok Pengawal Pintu Masuk Utara ASTRO Bukit Jalil pada pagi Jumaat, 8-10 pagi. Cepat ye, tiket terhad sekeping seorang. Kalau korang dapat tiket, jumpa kak Zu dan team Jep Sepahtu FC kak Zu di aras 3, Auditorium MBSA itu okay. Kak Zu pun nak jugak jumpa followers kak Zu yang memang happening ni. Sebelum kak Zu tamatkan entri kali ni, kak Zu tinggalkan u olls dengan petikan artikel dari Astro Gempak tentang kebangkitan Sepahtu semalam. Enjoy.......

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Sepahtu mengekalkan penguasaan mereka sebagai kumpulan paling mendapat perhatian dan popular di kalangan peminat program komedi ini selepas memenangi sebuah kereta baru Perodua Alza dengan 65 peratus undian malam semalam.
Kemenangan mereka juga adalah bersempena pelancaran kereta Perodua Alza yang baharu berlangsung sebelum bermulanya program MLM 2013 yang diadakan di perkarangan pintu utama One Utama New Wing, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Menurut Jep Sepahtu, kemenangan mereka adalah atas sokongan padu daripada para penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus berjuang di gelanggang MLM 2013.
“Syukur ke hadrat ilahi kerana hasil usaha kami akhirnya terbalas dengan bantuan para peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Tanpa mereka tidak mungkin kami tidak mampu untuk mendapat undian tertinggi dan seterusnya memenangi kereta Perodua Alza ini,” jelas Jep kepada Astro Gempak.
Tambah Jep, mereka pada awalnya tidak menyangka nama kumpulan Sepahtu disebut sebagai pemenang untuk minggu kesembilan kerana tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kami memang tak sangka kemenangan berpihak kepada kami pada malam ini. Tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir juga para penonton di rumah.  Kami buat sehabis baik yang mungkin supaya peminat masih mempercayai kemampuan kami di atas gelanggang hebat seperti MLM 2013 ini.
“Lebih manis salah seorang kumpulan kami iaitu Rahim diumumkan “Man Of The Match” pada malam ini. Ini adalah bukti berkat usaha serta fokus kami untuk buat terbaik buat pemiant diluar sana. Apa pun ribuan terima kasih kepada para penonton dan peminat MLM 2013 juga peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Anda semua adalah kekuatan kami sejak dahulu lagi,” ujar Jep lagi.
Ditanya di antara mereka bertiga siapa bakal memiliki kereta tersebut, keputusan masih belum ditentukan namun tidak menolak menjadikan ianya kereta rasmi kumpulan Sepahtu kelak.

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

2 comments:

  1. Memg bergenang airmate tiap kl tgk persembahan sepahtu...semoga perjuangan tetap d teruskn...even mLm hbs nnt,semoga diorg terus survive...keep on smiling (",)

    ReplyDelete
  2. Sepahtu dah bangkit tapi masih ada yg mempertikaikan masalah kereta tu ,tak faham lah ,ramai yg kata bocey lebih layak serta undian tidak adil and sepahtu menang depends on populariti Jep .it is so not true .Jep sgt berbakat.kalau depends on populariti ,kenapa masa Maharaja Lawak dulu jozan tewas di tangan Sepah sedangkan Jozan sangat popular waktu tu .semua menjangkakan yang jozan akan menjadi juara tapi akhirnya Sepah .bermakna undian astro adil and not depends on popularity .sepahtu menang itu sebab ats usaha mreka juga ambil hati penonton . mreka mula dri bwh . kalau bocey nk lwn mreka . bocey kne mula dri bwh . bocey bru lagi dlm bdg seni . mreka byk mse lgi.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.