Monday, 27 January 2014

Kisah MLM 2013 Kedah, Jep Dilamar & Shahrol Shiro.

Assalamualaikum..........

Hello...........hai semua apa khabar? Ohohoi......lama tak dapat update saya ye. Entahlah kebelakangan ini banyak pula benda yang terjadi menimpa diri saya. Lepas jatuh akibat pakai kasut tinggi tu, saya pula ditimpa kemalangan apabila kereta saya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Travers Bangsar Selasa lepas. Pecah jugaklah bumper depan dan no plat kereta, selain cermin depan retak akibat saya terkuat menghentak. Cermin depan pun retak, mungkin saya terhentam kan. Bahu kiri pun lebam, nasib tak patah. Tiga hari jugak lah MC, maunya tak tak boleh nak angkat tangan kiri. Terima kasih kepada yang wish get well soon dan segalanya untuk saya di Facebook dan Instagram. Sebab tu lama tak update. Maaflah ye kepada yang tunggu.

Remuk. Kereta ni banyak jasa kepada saya dan team JFC.
Kereta ini yang bawak saya kemana-mana untuk jadi wartawan tak profesional Jep. :)


Okay, abaikan kisah saya yang tak penting kepada siapa-siapapun...hehehe. Kita berbalik kepada Maharaja Lawak Mega 2013 Peringkat Suku Akhir yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah minggu lepas. Akibat kemalangan yang saya alami ni, saya tak dapat nak ke Kedah. Ibu saya siap warning lagi....."u better ingat apa I cakap eh, if u nak jumpa Jep lagi, better u jangan pegi Kedah!" Hehehe kadang-kadang macam nakal sangat ayat ibu saya kan? Well dia nampak macam garang tapi sangat concern. 

Jumaat lepas, untuk pusingan pertama, emmmm persembahan yang okaylah untuk silent comedy dari Sepahtu, in fact, semua peserta, semua 50/50. Bukan nak jadi berat sebelah, tapi saya boleh katakan ada benar jugak cakap YH (Yusof Haslam), Sepahtu boleh isi lagi banyak kot.....sebab dia tahu dorang boleh buat yang lebih baik kan? Cuma satu nasihat saya, untuk semi final dan final kan, kalau boleh la, jangan ulang lagi cerita kereta tu. Bukan ape, takut jadi macam kisah si tok ketua. Ulang dua kali orang dah macam "eh, kenapa Jep repeat cerita?" Harapnya untuk Johor dan Kuala Lumpur, Sepahtu come up dengan isi yang lebih umpph. Apa-apapun, apa yang mereka persembahkan saya terhibur. Bukan senang nak develop idea.........

Sayang betul dengan ular ni.......if given to me eyuuuuuu tak mau!! :P 

Okay seterusnya.....saya faham mungkin ada yang dapat dua berita, satu yang baik dan satu yang tak baik sangat. Yang baiknya, dan yang sweetnya...Jep dilamar di laman sosial. Ewah....auwwwwww!! Maaf nak betulkan sikit bukan di wechat dan twitter, wartawan tambah sendiri, di Instagram. Auwww sweetnya. Yelah, saya akuilah akhirnya, saya tewas....dia memang handsome! Tapi Jep menolak cara baik mengatakan dia pun banyak benda nak difokuskan sekarang. Yup, sependapat dengan Jep, tekanan Maharaja Lawak kali ni memang berbeza. Sangat-sangat pressure katanya. Jadi, fahamlah bila dia tidak dapat fokus sesetangah perkara. Mesti melompat peminat-peminat tegar awak Jep. Saya tak melompat tapi masa dapat tahu tu tersedak terbahak-bahak. Hehehehe. 

Ha.....memang handsomelah. Okay ngaku :)

Berita yang kedua, emmm......ini memang macam kurang seronok. Mana wartawan dapat tahu Sepahtu & Shahrol Shiro berbalah dan tak bertegur ni? Saja nak melagakan peminat ke apa ni? Sebab saya akui, Jep & Shahrol boleh dikatakan berkongsi peminat yang sama. Rata-rata peminat yang saya temui dan ada di Facebook saya, meminati kedua-dua jejaka anak jati Johor ini. Jadi bagi saya secara peribadi, sekarang kedua-dua mereka dalam keadaan high-pressure. Semua dalam keadaan super tertekan untuk perform yang terbaik demi peminat. Ingat tak stress ke mereka tu? Jadi dengan keluar berita macam ni dah jadi tak bestkan. Dorang BFF.....so, janganlah laga-lagakan. Apa-apapun, peminat jangan cepat melatah. Saya kurang gemar nampak kalau peminat sesama peminat berbalah. Korang berbalah, undian tak jalan, artis pening......then korang rasa dapat tak apa yang korang nak utk persembahan mereka? Dorang tak perform, bottom three, korang bising! Then......? Banyak kali saya pesan kan...jadi peminat yg bijak bukan merosak!

Artikel Berita Harian Khamis lalu cukup menguris hati kedua-dua bujang Kluang & Kulai ini :(




Jadi, buatlah penilaian seadilnya. Saya sendiri suka dengan Shahrol & Jep bersama. Jadi, tak maulah kita berbalah atau buat andaian tersendiri tentang perihal ni. Saya mohon teruskan sokongan anda untuk kedua-duanya, samada ketika MLM ini atau untuk karier mereka yang selanjutnya. Oh okay, elobarate lebih ni. Sebelum saya tamatkan entri ini ingin saya war-warkan disini, teruskan undi Jep Sepahtu untuk:

a) Anugerah MeleTop ERA yang bakal berlangsung 8 Februari 2014. Bagi AME, Jep tercalon untuk Bintang TV MeleTop, Bintang Filem MeleTop (Sepah The Movie) dan Filem MeleTop (Sepah The Movie). Undian sleanjutnya anda boleh lawati www.astrogempak.com.my/meletop/anugerahmeletopera. aspx.

b) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang bakal berlangsung pada April nanti. Jep tercalon untuk top 5 kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersama Ebby Yus, Rahim, Johan dan Zizan. Untuk mengundi, anda kena beli suratkhabar Berita Harian setiap hari dan undi calon pilihan anda. Pleaseeeee you guys undi!! Saya nak tengok Jep pegang award tu tahun ni................!





Banyak tak kerja korang? Banyak jugaklah kerja saya dan team JEPFC untuk
pulun undi selain gerak gempur kempen! 


-HANYADIAJEPSEPAHTU- 




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.