Friday, 3 January 2014

Jep Sepahtu FC Official - Sokongan Padu Kekuatan Nadzri

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2014 semua. Sorrylah kak Zu lambat wish. Kire belated lah kiranya ni kan. Hahaha. Pada kesempatan ini, kak Zu dan seluruh crew Jep Sepahtu FC ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua peminat Jep, sekaligus penyokong JFC ya. Kepada adik-adik yang menyambung persekolahan, belajar baik-baik ye. Jangan pandang dinding sekolah je ye. Kepada yang berjaya menyambung pelajaran samada ke tingkatan 6 atau pengajian tinggi, syabas dari kak Zu dan team JFC. Kepada yang ehem.....bakal menamatkan zaman bujang tahun ini, macam kak Zu, hehehe, semoga jodohnya berkekalan ke akhir hayat. Barakallah.........

Hari ini kak Zu nak bercerita tentang......Fanclub kesayangan kak Zu, Jep Sepahtu FC Official. Memang kesayangan sangat. Dengan JFC kak Zu kenal orang, kenal sikap orang sekeliling FC, mengenali hati budi orang, mengenali sejauh mana keikhlasan orang, dan yang paling penting, disini kak Zu belajar erti kerja berpasukan. Sesuatu yang amat kak Zu bangga dengan team kak Zu, kerjasama yang paling erat. Di waktu kak Zu kena sesuatu yang membuat kak Zu down gile, sahabat kak Zu di JFC tarik semula dan semangat kak Zu. Walaupun ada masa, kak Zu dapat cerita, kak Zu di gugurkan dari JEPFC atas permintaan Jep sendiri. Wah...............sapelah yang bagi provokasi tu memang nak kena cili dengan kak Zu.


Tapi sekarang, alhamdulilah. Berkat kesabaran semua, bertahannya akar kekuatan JFC sekuatnya, semua crew JFC berjaya tepis semua dugaan yang mendatang. Terima kasih team. Kite banyak jatuh bangun sama-sama. Dalam pada jatuh bangun tu mengajar kita erti kekuatan dan semangat berpasukan yang tinggi. Semua demi ukhwah dari Allah ni, dan kerjaya Jep Sepahtu seadanya. 

Logo Rasmi JEPFC melambangkan segala kekuatan dan sokongan buat Jep Sepahtu.


Oh ya sebelum kak Zu terlupa. Selain Facebook dan Twitter, anda semua dah boleh follow IG Jep Sepahtu FC Official di Instagram! Follow @jepsepahtufc dan in sya allah semua info terbaru akan turut di paparkan di sana. Selain itu, kepada yang ingin berkirim-kirim hadiah untuk Jep Sepahtu, sila email kepada pengurusan Jep Sepahtu FC di jepsepahtufc@gmail.com. Semua soalan, pertanyaan atau apa sahaja boleh email di alamat berkenaan ye. In syaa Allah, email anda akan berbalas. Kalau tak berbalas tu, sabor sabor la ye. 

The J CREWS
Azura (Setiausaha), Naz (Bendahari), 
Eyma (AJK), Cik Siti (Advisor), Adila (Presiden)

Dalam JFC ada kumbang tau ; Mr Fiz (kanan) selaku AJK Khas & Jurufoto Rasmi. 

Inilah bos kesayangan kami.....Mr Mohd Nadzri Zainal Abidin @ Jep Sepahtu.

Ha....kepada yang belum like like Facebook Fanpage JFC tu, rajinkan jari anda untuk like okay. Senang sahaja, www.facebook.com/jepsepah.fc.1. Semua perkembangan terbaru tentang Jep akan diletakkan disitu, dan juga blog kesayangan ramai ni. Opps kesayangan ke?? Last but not least, kepada yang akan pergi ke Maharaja Lawak Mega 2013 yang tinggal lagi 5 minggu nak ke Grand Finale ini, boleh jumpa kak Zu, Kak Dila dan krew lain di Aras 3, Bangunan MBSA, Shah Alam ye. Selain berkenalan, boleh dapatkan merchadise JEPFC disana. Datang ya.........

Akhir sekali, kepada yang terus menyokong kami di JFC dan bos kami, Jep Sepahtu terima kasih tidak terhingga. Teruskan bersama kami..............


-hanyadiajepsepahtu-





4 comments:

  1. bgs btl awk....hehe...jep pn single kan? ekekekeke

    ReplyDelete
  2. hye kak zura.. nak tanye boleh??
    macam mana nk join JepFC ye?
    okay itu saje..:):)

    ReplyDelete
  3. hye kak zu. sy pon nk tanye. cmne nk join JepFC?
    lg pe hubungan kak zu dgn Abg Jep? jgn mrh r......

    ReplyDelete
  4. Kaka Zu dah nk kawen ke? :D wah tahniah klo betul ^_^

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.