Thursday, 9 January 2014

Gosip Over & Masuk Bakul Angkat Sendiri - Jep Tetap Teguh

Assalamualaikum semuanya

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Kak Zu? Hmm cedera di kaki kanan masih belum pulih sepenuhnya dan Kak Zu masih belum ke pejabat lagi. Masih berbalut dan masih bertongkat. Gaya yang macam ni, Kak Zu tak dapat nak jumpa dengan pembaca blog kak Zu yang juga peminat tegar Jep Sepahtu di Perkarangan Pintu Utama New Wing One Utama esok untuk Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke 9. Keadaan sangat-sangat tak mengizinkan. Ibu kak Zu siap warning "u better jangan pergi MLM tomorrow. If I spot u dekat OU esok, u better watch out or u will never meet Jep u tu for your entire life. So mana nak?" Ok mummy....I tak pergi sebab sangat takut dengan ugutan yang terakhir tuu. Hehehehe.

Okay sebelum kak Zu lanjutkan cerita tentang MLM Minggu ke 9 dekat One Utama ni, kak Zu sebenarnya lebih tertarik untuk menulis tentang isu yang melanda Jep kebelakangan ini. OVER & MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI......pedihnya kak Zu baca tajuk artikel dari Utusan Ahad (Pancaindera) dan laman web Astro Gempak baru-baru ini. Kak Zu kadang-kadang hairan ya....sebelum mulanya MLM sehinggalah Sepahtu bottom 3, takde pun sebarang pertikaian mengenai apa yang Jep buat. Tapi, lepas Jep dah down gila-gila, peminat semua support dan tiup semangat balik......Jep kembali buat yang happening, katanya over dan konon berlagak dia yang gerakkan Sepahtu. Kak Zu hairan......apa yang mereka nak dari Jep dan Sepahtu ya?

Bro kak Zu yang selalu senyum...dalam hati, Allah & keluarga sahaja yang tahu.

Pada pendapat kak Zu secara peribadi ya, dalam sesebuah kumpulan, kena ada yang menggerakkan dan kena ada yang feed kumpulan tersebut dengan idea. Tak boleh semua bergerak dan tak boleh semua yang feeding. Kena balance. Bagi kak Zu, Sepahtu dah cukup blend kombinasi tersebut. Dan, dan......penonton kena ingat, bukan mudah untuk gerakkan kumpulan yang anggotanya angka ganjil. Bertiga contohnya. Kalau berdua mudah sedikit rasanya. Tak kau, aku yang cakap. Bagi kak Zu, dari Sepah dulu Jep memang menyerlah. Tak bermakna dia overshadow Mamat & Shuib. Begitu juga sekarang. Tapi, yang paling penting la....bukan mudah nak buat komedi sebenarnya. Susah nak bagi orang ketawa......! 13 minggu perah idea... dan lawak bukan boleh di ulang-ulang. Kepada yang beri komentar tu, cuba korang buat lawak sekarang? Mampu ke tidak??

Peace ye bro....rilex. Ini semua perkara biasa......

Kak Zu sejujurnya tak suka nak merungkai perkara sebegini lebih-lebih. Sebab, kak Zu akan terkena tempias yang sama. Baru-baru ini, kak Zu ada terima comment di Instagram kak Zu yang sememangnya buat kak Zu mengalirkan airmata. Belum sempat kak Zu print screen comment tu, comment tu dah di buang. Antara yang kak Zu ingat pengkomen tu tulis gini "ko kenapa gedik sangat? ko ingat jep pandang perempuan macam kau? kau ingat kau bagus la. tolong jgn gedik okay. ape ko buat jep x pandang sebenarnya pun" lebih kurang macam tu...panjang lagi kak Zu tak ingat. Itu belum lagi yang mengatakan kak Zu pemuja setia, over minat dan terlalu protective. Helooooo......don't judge me on what I'm doing ok. Tapi apa yang kak Zu ingat memang kak Zu nangis. Rasa nak nangis kat bahu..........hehehehe. 

Latest kak Zu dengan Jep minggu lepas...anyway TQ sebab belanja makan :)

Ni masa baru-baru jumpe...nampak tak muke malu-malu. Hikhik...

Kak Zu pun hairan....Allahuakbar, awatnya kak Zu pun kena ni? Tapi kak Zu wat chill wat rilex la kan. Sebab lama-lama diamlah dorang ni. So ramai yang nasihat kak Zu, terutama orang-orang penting sekeliling Jep nasihatkan kak Zu untuk jangan betah dengan benda-benda macam ni. Kerana semuanya kak Zu kuat. Kak Zu kuat sebab Jep kuat. Dan, kak Zu harap kak Zu mampu salurkan kekuatan kak Zu dan team JepFc kepada Jep seadanya. Bukan mudah woooooo.....ikutkan jiwa amarah, memang semua blast kena dengan kak Zu. 

Abg, wake up. Here my hand....wake up!!

I know u strong abg.

Baiklah, sebelum kak Zu melalut panjang, kak Zu nak ucapkan....have fun kepada semua pembaca blog kak Zu yang akan turun padang ke Perkarangan Pintu Utama New Wing One Utama esok untuk Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 ye. Untuk siapa-siapa yang nak havoc dengan team JEPFC kesayangan kak Zu macam minggu lepas, korang boleh follow Instagram Jep Sepahtu FC (@jepsepahtufc) dan dapatkan informasi dengan siapa yang korang akan jumpa disana. Korang jugak boleh havoc havoc...dan havoc. Cepat-cepat, Jep dan Sepahtu tunggu korang tau....itu janji kak Zu. Sebelum kak Zu tamatkan entri ni... :

ML 3/5/10/20 Sepahtu ke 32777
(takde ML 50 la...kalau ada lama kak Zu vote da)

-hanyadiajepsepahtu.blogpot.com-





3 comments:

  1. untung jep ad peminat mcm sis.hehehe

    ReplyDelete
  2. Cedeh nye tex kzu.... btw jeles la pat take pic ngn abg jep ni... nk gak bole ^_____^

    ReplyDelete
  3. slm kak Zu....hmm...saye nak tanye ckit blh????cam mane nak jumpe abg jep yek atau mcm mane nak sampaikan hadiah utk abg jep???klu saye pos kat kak Zu, pastu nnt kak Zu bg kat abg jep blh ke???tp saye ade satu masalah...x tau nak bg ape???akak ade cadangan x??klu ikutkan ati nak bg cap...tp mcm dah ramai jek yg bg cap kat dier....mesti die bosan asyik cap jeee...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.