Monday, 13 January 2014

BERHENTI AIBKAN SAYA! - JEP SEPAHTU

Artikel dipetik dari laman sesawang Astro Gempak

Minggu lalu Astro Gempak ada mengeluarkan artikel tentang “attitude” Jep yang dikatakan ‘masuk bakul, angkat sendiri’ oleh Utusan Online yang mendakwa pelawak itu menganggap dirinya sebagai individu yang menggerakkan kumpulan Sepahtu di Maharaja Lawak Mega 2013.

Bercakap kepada Astro Gempak, Jep menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan terkejut apabila dituduh sudah lupa diri. Jelas Jep, tuduhan tersebut cuba menjatuhkan kredibiliti dirinya terutamanya kumpulan Sepahtu sedangkan mereka bertiga berusaha untuk lakukan persembahan terbaik di MLM 2013.

“Berhenti aibkan saya! Saya agak terkejut dengan artikel tersebut yang mana saya rasakan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’. Jika benar saya ada meninggi diri sebelum ini berikan saya bukti siapa peserta MLM 2013 yang jaja cerita tersebut? Saya tidak rasa ada peserta MLM jaja cerita kerana kami sama-sama kawan baik dan tiada masalah pun.



“Rasanya kami bertiga yang sama-sama bersusah- payah mengeluarkan idea dan cuba buat sehabis baik di gelanggang MLM  setiap minggu. Tiada istilah saya sahaja yang gerakkan Sepahtu sedangkan yang lain tidak membantu. Saya anggap artikel tersebut cuba menjatuhkan dan melagakan saya dengan ahli kumpulan Sepahtu dan saya sememangnya agak terkilan dengan apa yang terjadi,” kata Jep kecewa.

Jelas Jep lagi, artikel tersebut bagaimanapun tidak sama sekali mengganggu fokus kumpulan Sepahtu untuk menghadapi program MLM 2013 kerana buktinya mereka berjaya memenangi sebuah kereta baharu Perodua Alza pada minggu kesembilan MLM.




“Artikel tersebut sama sekali tidak menganggu fokus saya serta kumpulan Sepahtu kerana buktinya Rahim berjaya dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selain Sepahtu berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Alza baharu. Ini semua atas usaha serta sokongan peminat yang tidak putus-putus dan percaya dengan kemampuan kumpulan kami.

“Para peminat banyak beri sokongan dan bantu kami sejak dahulu lagi. Tanpa mereka tidak mungkin kami mampu untuk berada dalam keadaan sekarang. Saya pun tidak mahu perkara ini diperbesarkan Cuma apa yang sama mahu adalah berhenti buat tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh," tambahnya.



Dalam pada itu, Shuib yang juga salah seorang ahli kumpulan Sepahtu terkejut dengan artikel tersebut dan menafikan Jep meninggi diri seperti yang didakwa.

“Saya kenal Jep macam mana. Dia seorang yang sangat menghormati pandangan dan kemampuan individu lain. Kami bertiga yang sama-sama berusaha naikkan nama  Sepahtu. Berhenti lempar tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Jep,” kata Shuib dengan nada kecewa.

Kepada penonton-penonton MLM2013 jangan lupa untuk terus menyokong dan mengundi kumpulan kegemaran anda di MLM 2013 untuk memastikan kumpulan yang betul-betul layak terus berada bersaing merebut gelaran juara MLM 2103. 

Program Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kak Zu : Haaaaaa itulah! Bila kak zu backing abg kak zu ni kak zu pun kene same! sape punya scammers IG pegi hentam IG kak zu bagai nak giler. Kan dah menjerit bro kak Zu ni. Lain kali fikir sebelum bertindak wahai sang wartawan! 

4 comments:

  1. hai kak zu... suke tgk blog kak zu... Ely dh follow dah blog kak zu... Kaka zu follow la blog saye ye! xD *nk promot jap

    http://theswaggerjepnzizan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dorg dpt sebiji sorg ke atau sebiji je kete tu? kalo sebiji je cmne nak bahagi2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jer..Jep ambik bahagian pemandu..Shuib ambik tpt duduk tgh...boleh naik dgn Sarah dn anak2...Rahim ambik part bonet...sbb dia besar sgt hehehe...gurau je

      Delete
  3. kak, nak taye..yang pas masuk MLM tu sorang boleh amik bape.???

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.