Tuesday, 28 January 2014

Hasil Nukilan & Kreativiti Si Pujangga

Assalamualaikum,

Hmmm.....hari ini saya kekurangan mood sikit. Yelah, pertamanya sebab cuti saya untuk hari Khamis ni tidak mendapat lulusan dari pejabat, gara-gara saya perlu attend satu meeting bersama ketua jabatan Khamis ni jugak. Yelah, kerja perlu diutamakan. Nak buat camne, bak kata Jep "benda pun dah jadi aku anggap ini bukan rezeki...." huhu. Dan yang keduanya, kesian seorang kawan saya, puas saya ajak dia balik Johor untuk menemani saya ke MLM. Tiket da dibeli, tak jadi pula. Itulah dinamakan kita adalah merancang, sebaik-baik penentu adalah Allah Taala. Mungkin saya takde "rezeki" ke MBJB minggu ni. Maafkan akak kepada yg nak sangat jumpa akak tu, lain masa lah ye...........

Okaylah, saya pun tak nak cakap lebih arini, saya tinggalkan anda dengan beberapa video dan gambar yang tanpa saya sedar banyaknye yang dah saya edit. Yup, saya memang suka editing. Sebenarnya, saya memang dari sekolah suka buat editing gambar, menulis dan editing video. Sebab tu saya antara yang menerajui Sidang Redaksi (Editorial Board) Majalah Sekolah dulu (eceh bangga tuuu). Selain itu, rasa kepuasan tak terhingga bila dapat menyambung bidang pengajian media di UiTM. Pergh memang hari-hari buat editing gambar dan video.....dan hasilnya walau pun 50/50 tapi saya puas. Inilah antara hasil kerja saya yang tak seberapa tu.....enjoyyyyy 


video
Jep Sepahtu - Kompilasi Muzikal (Raja Lawak, Maharaja Lawak 2011, MLM 2013)


video
Jep Sepahtu - Perjalanan Seni 2009 - 2014


Jep Sepahtu - Bintang Hati 

Jep Sepahtu - Kempen ABPBH 2012

Ini cubaan pertama dulu.......duluuuuuuuuuuuu!

video
Ini....hikhik video ni kelakar pun ye sendu pun ye...terharu nengok :)

Kalau nak tengok yang lain-lain, lawati www.youtube.com kemudian search Azura Nadzri :) 



Monday, 27 January 2014

Kisah MLM 2013 Kedah, Jep Dilamar & Shahrol Shiro.

Assalamualaikum..........

Hello...........hai semua apa khabar? Ohohoi......lama tak dapat update saya ye. Entahlah kebelakangan ini banyak pula benda yang terjadi menimpa diri saya. Lepas jatuh akibat pakai kasut tinggi tu, saya pula ditimpa kemalangan apabila kereta saya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Travers Bangsar Selasa lepas. Pecah jugaklah bumper depan dan no plat kereta, selain cermin depan retak akibat saya terkuat menghentak. Cermin depan pun retak, mungkin saya terhentam kan. Bahu kiri pun lebam, nasib tak patah. Tiga hari jugak lah MC, maunya tak tak boleh nak angkat tangan kiri. Terima kasih kepada yang wish get well soon dan segalanya untuk saya di Facebook dan Instagram. Sebab tu lama tak update. Maaflah ye kepada yang tunggu.

Remuk. Kereta ni banyak jasa kepada saya dan team JFC.
Kereta ini yang bawak saya kemana-mana untuk jadi wartawan tak profesional Jep. :)


Okay, abaikan kisah saya yang tak penting kepada siapa-siapapun...hehehe. Kita berbalik kepada Maharaja Lawak Mega 2013 Peringkat Suku Akhir yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah minggu lepas. Akibat kemalangan yang saya alami ni, saya tak dapat nak ke Kedah. Ibu saya siap warning lagi....."u better ingat apa I cakap eh, if u nak jumpa Jep lagi, better u jangan pegi Kedah!" Hehehe kadang-kadang macam nakal sangat ayat ibu saya kan? Well dia nampak macam garang tapi sangat concern. 

Jumaat lepas, untuk pusingan pertama, emmmm persembahan yang okaylah untuk silent comedy dari Sepahtu, in fact, semua peserta, semua 50/50. Bukan nak jadi berat sebelah, tapi saya boleh katakan ada benar jugak cakap YH (Yusof Haslam), Sepahtu boleh isi lagi banyak kot.....sebab dia tahu dorang boleh buat yang lebih baik kan? Cuma satu nasihat saya, untuk semi final dan final kan, kalau boleh la, jangan ulang lagi cerita kereta tu. Bukan ape, takut jadi macam kisah si tok ketua. Ulang dua kali orang dah macam "eh, kenapa Jep repeat cerita?" Harapnya untuk Johor dan Kuala Lumpur, Sepahtu come up dengan isi yang lebih umpph. Apa-apapun, apa yang mereka persembahkan saya terhibur. Bukan senang nak develop idea.........

Sayang betul dengan ular ni.......if given to me eyuuuuuu tak mau!! :P 

Okay seterusnya.....saya faham mungkin ada yang dapat dua berita, satu yang baik dan satu yang tak baik sangat. Yang baiknya, dan yang sweetnya...Jep dilamar di laman sosial. Ewah....auwwwwww!! Maaf nak betulkan sikit bukan di wechat dan twitter, wartawan tambah sendiri, di Instagram. Auwww sweetnya. Yelah, saya akuilah akhirnya, saya tewas....dia memang handsome! Tapi Jep menolak cara baik mengatakan dia pun banyak benda nak difokuskan sekarang. Yup, sependapat dengan Jep, tekanan Maharaja Lawak kali ni memang berbeza. Sangat-sangat pressure katanya. Jadi, fahamlah bila dia tidak dapat fokus sesetangah perkara. Mesti melompat peminat-peminat tegar awak Jep. Saya tak melompat tapi masa dapat tahu tu tersedak terbahak-bahak. Hehehehe. 

Ha.....memang handsomelah. Okay ngaku :)

Berita yang kedua, emmm......ini memang macam kurang seronok. Mana wartawan dapat tahu Sepahtu & Shahrol Shiro berbalah dan tak bertegur ni? Saja nak melagakan peminat ke apa ni? Sebab saya akui, Jep & Shahrol boleh dikatakan berkongsi peminat yang sama. Rata-rata peminat yang saya temui dan ada di Facebook saya, meminati kedua-dua jejaka anak jati Johor ini. Jadi bagi saya secara peribadi, sekarang kedua-dua mereka dalam keadaan high-pressure. Semua dalam keadaan super tertekan untuk perform yang terbaik demi peminat. Ingat tak stress ke mereka tu? Jadi dengan keluar berita macam ni dah jadi tak bestkan. Dorang BFF.....so, janganlah laga-lagakan. Apa-apapun, peminat jangan cepat melatah. Saya kurang gemar nampak kalau peminat sesama peminat berbalah. Korang berbalah, undian tak jalan, artis pening......then korang rasa dapat tak apa yang korang nak utk persembahan mereka? Dorang tak perform, bottom three, korang bising! Then......? Banyak kali saya pesan kan...jadi peminat yg bijak bukan merosak!

Artikel Berita Harian Khamis lalu cukup menguris hati kedua-dua bujang Kluang & Kulai ini :(




Jadi, buatlah penilaian seadilnya. Saya sendiri suka dengan Shahrol & Jep bersama. Jadi, tak maulah kita berbalah atau buat andaian tersendiri tentang perihal ni. Saya mohon teruskan sokongan anda untuk kedua-duanya, samada ketika MLM ini atau untuk karier mereka yang selanjutnya. Oh okay, elobarate lebih ni. Sebelum saya tamatkan entri ini ingin saya war-warkan disini, teruskan undi Jep Sepahtu untuk:

a) Anugerah MeleTop ERA yang bakal berlangsung 8 Februari 2014. Bagi AME, Jep tercalon untuk Bintang TV MeleTop, Bintang Filem MeleTop (Sepah The Movie) dan Filem MeleTop (Sepah The Movie). Undian sleanjutnya anda boleh lawati www.astrogempak.com.my/meletop/anugerahmeletopera. aspx.

b) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang bakal berlangsung pada April nanti. Jep tercalon untuk top 5 kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersama Ebby Yus, Rahim, Johan dan Zizan. Untuk mengundi, anda kena beli suratkhabar Berita Harian setiap hari dan undi calon pilihan anda. Pleaseeeee you guys undi!! Saya nak tengok Jep pegang award tu tahun ni................!





Banyak tak kerja korang? Banyak jugaklah kerja saya dan team JEPFC untuk
pulun undi selain gerak gempur kempen! 


-HANYADIAJEPSEPAHTU- 




Saturday, 18 January 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke 10 : Sepahtu Terus Unggul!

Assalamualaikum........

Hello Mello......apa khabar semua pembaca blog kak Zu (eh lantak la, nama aku Azura so panggil la kak Zu, apa ko kisahnye). Harap semuanya sihat ye. Hmm, kak Zu sihat-sihat aje. Kaki yang cedera minggu lepas pun dah nampak ada perubahan sikit baiknya. Alhamdulilah terima kasih kepada yang doakan. 
Terima kasih juga kepada yang terus support abang-abang dan BUAH HATI kak zu (haa...highlight perkataan buah hati tu sebab ada yang ngadu macam-macam kata akak syok la admire la bla bla bla...so now aku highlight buah hati. Puas hati my dear??)

So kak Zu malas nak bercakap pasal sesetengah orang ni......even kak zu tau post tersebut dah dipadam dari pemilik FB berkenaan. Well, kak Zu banyak mata-mata, sempat simpan. Anyway, Maharaja Lawak Mega 2013 telah  sampai ke minggu ke 10 dan lagi tiga minggu melangkah ke pusingan Grand Finale. Dan, semalam merupakan minggu terakhir MLM bersiaran dar Dewan MBSA Shah Alam. Untuk minggu hadapan, MLM2013 akan bersiaran langsung dari Jitra, Kedah, diikuti Johor Bahru dan Peringkat Akhir di Stadium Melawati, Shah Alam. Utk peminat Sepahtu dan pembaca blog kak Zu di JB, tunggu kak Zu okay. In syaa Allah, takde aral melintang (dan cuti lulus....) kak Zu sampai JB okay, kita havoc havoc sesama.

Dan kak Zu memang bangga tengok persembahan Sepahtu semalam, apatah lagi all out from abg Rahim. Memang cenggini terbaik. Kalau diikutkan, masa rehearsal (kak zu sempat tengok rehearsal) kak Zu dah jadi kurang yakin dan nak nangis. Rasa macm, alamak, Sepahtu, content camne ni? Macam tak kuat je......! Tapi dalam hati, dan sebelum Sepahtu perform, kak Zu dan kawan semuanya ... bismillahirahmanirahim....come on Sepahtu......!! Memang menjadi....phew!!!! Tahniah Sepahtu....u made it guys.

Jadi kak Zu rasa sangat-sangat bangga. Kepada semua penyokong, teruskan mengundi Sepahtu, semoga Sepahtu dapat tempat di Final, in syaa Allah dan terus menrangkul JUARA. Okay, kak zu nak sambung tidur sebab semalam tdur pun pukul 3 pagi. Hehehe. Jumpa u olls di Johor.....! Eh sebelum kak Zu lupa, sesiapa yang nak jumpa barisan pelawak dalam team SuperLawak FC, mereka akan menentang ASTRO ARENA esok dalam satu perlawanan persahabatan, di STADIUM MBPJ, Kelana Jaya pukul 8:45 malam.Jom ramai-ramai. Dan oh ya, kepada sesiapa yang kirim hadiah utk Jep & Sepahtu, hadiah u olls semua da sampai ok..........kak zu tinggalkan sedikit gambar2 semalam okay. Selebihnya korang boleh tengok di IG kak Zu @azuranadzri atau FB kak Zu www.facebook.com/azurashikin. Adios~

Junior Crew JEPFC, Cik Aida (tangan kak Zu je dpt masuk)

Welcome on board Ms Aida......

Am a CREW! 

Nampak tak masing-masing mata nak bertaup da! Ye...kami mengantuk....! +_+ 

Ini best bro....masuk lagi banner ni dlm TV!
Ini tambahan....
(saje nak bagi sape2 nak bercakap kat FB lagi...sila sila, di alu-alukan. Kak Zu syok kat Jep,
Kak Zu ada hati kat Jep, Kak Zu suka tahap gila kat Jep, Kak Zu admire gile kat Jep,
sila sila tulis. Kak Zu tak marah pun, but happy. TQ sbb 24 jam teringat kat kak Zu ye :D )

hanyadiajepsepahtu.blogspot.com

Monday, 13 January 2014

BERHENTI AIBKAN SAYA! - JEP SEPAHTU

Artikel dipetik dari laman sesawang Astro Gempak

Minggu lalu Astro Gempak ada mengeluarkan artikel tentang “attitude” Jep yang dikatakan ‘masuk bakul, angkat sendiri’ oleh Utusan Online yang mendakwa pelawak itu menganggap dirinya sebagai individu yang menggerakkan kumpulan Sepahtu di Maharaja Lawak Mega 2013.

Bercakap kepada Astro Gempak, Jep menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan terkejut apabila dituduh sudah lupa diri. Jelas Jep, tuduhan tersebut cuba menjatuhkan kredibiliti dirinya terutamanya kumpulan Sepahtu sedangkan mereka bertiga berusaha untuk lakukan persembahan terbaik di MLM 2013.

“Berhenti aibkan saya! Saya agak terkejut dengan artikel tersebut yang mana saya rasakan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’. Jika benar saya ada meninggi diri sebelum ini berikan saya bukti siapa peserta MLM 2013 yang jaja cerita tersebut? Saya tidak rasa ada peserta MLM jaja cerita kerana kami sama-sama kawan baik dan tiada masalah pun.



“Rasanya kami bertiga yang sama-sama bersusah- payah mengeluarkan idea dan cuba buat sehabis baik di gelanggang MLM  setiap minggu. Tiada istilah saya sahaja yang gerakkan Sepahtu sedangkan yang lain tidak membantu. Saya anggap artikel tersebut cuba menjatuhkan dan melagakan saya dengan ahli kumpulan Sepahtu dan saya sememangnya agak terkilan dengan apa yang terjadi,” kata Jep kecewa.

Jelas Jep lagi, artikel tersebut bagaimanapun tidak sama sekali mengganggu fokus kumpulan Sepahtu untuk menghadapi program MLM 2013 kerana buktinya mereka berjaya memenangi sebuah kereta baharu Perodua Alza pada minggu kesembilan MLM.




“Artikel tersebut sama sekali tidak menganggu fokus saya serta kumpulan Sepahtu kerana buktinya Rahim berjaya dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selain Sepahtu berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Alza baharu. Ini semua atas usaha serta sokongan peminat yang tidak putus-putus dan percaya dengan kemampuan kumpulan kami.

“Para peminat banyak beri sokongan dan bantu kami sejak dahulu lagi. Tanpa mereka tidak mungkin kami mampu untuk berada dalam keadaan sekarang. Saya pun tidak mahu perkara ini diperbesarkan Cuma apa yang sama mahu adalah berhenti buat tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh," tambahnya.



Dalam pada itu, Shuib yang juga salah seorang ahli kumpulan Sepahtu terkejut dengan artikel tersebut dan menafikan Jep meninggi diri seperti yang didakwa.

“Saya kenal Jep macam mana. Dia seorang yang sangat menghormati pandangan dan kemampuan individu lain. Kami bertiga yang sama-sama berusaha naikkan nama  Sepahtu. Berhenti lempar tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Jep,” kata Shuib dengan nada kecewa.

Kepada penonton-penonton MLM2013 jangan lupa untuk terus menyokong dan mengundi kumpulan kegemaran anda di MLM 2013 untuk memastikan kumpulan yang betul-betul layak terus berada bersaing merebut gelaran juara MLM 2103. 

Program Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kak Zu : Haaaaaa itulah! Bila kak zu backing abg kak zu ni kak zu pun kene same! sape punya scammers IG pegi hentam IG kak zu bagai nak giler. Kan dah menjerit bro kak Zu ni. Lain kali fikir sebelum bertindak wahai sang wartawan! 

Saturday, 11 January 2014

MLM2013 Minggu 9 : BUKTI SEPAHTU BANGKIT!

Assalamualaikum......

What else I can say....tahniah Sepahtu! Kemenangan berganda malam tadi bukti anda semua bangkit dan anda semua lawan tohmahan yang datang. Memetik kata-kata Jep Sepahtu dari Instagramnya " Syukur Ya Allah...yang hebat itu Allah, yang kuat itu Allah, yang berlaku semua atas izin Allah..tiada daya upaya melainkan dgn pertolonganmu..semuanya Allah yang punya...jutaan tkasih kpd pminat2 sepahtu yg sgt luar biasa..anda buat kami bangga dan terharu ade fans seperti kamu! Semoga Allah merahmati kita semua..amin"


Instagram Jep Sepahtu - @jepsepahtu

Sememangnya kak Zu amat terharu dan kak Zu menitiskan airmata....bukan nak rasa poyo tapi, setelah apa yang melanda Sepahtu, terutamanya Jep, mereka buktikan kesungguhan mereka dan mempersembahkan sesuatu yang memang luar jangkaan! Punchline mereka bertiga tidak kira Rahim, Jep mahupun Shuib sememangnya menjadi! Bijaknya Sepahtu memberi peluang setiap anggotanya bermain dengan pentas sangat menghiburkan. Means....no more "Rahim takde function" atau "Jep masuk bakul angkat sendiri" lagi lepas ni. Kak Zu sangat2 terhibur dengan gelagat tiga orang gila ni semalam. Something different kan? Handphone kak Zu jangan cakap la...sampai pukul 3pagi masih berdering-dering dengan notification FB la, Twitter.... whatsapp & wechat jangan cakap. Apa-apapun terima kasih semuanya yang menghantar macam-macam ungkapan tahniah utk Jep. Maaf kepada yang kak Zu tak layan, bukan tak nak tapi ramai woo......!! Hehehe. Maaf okay. Ada masa kak Zu reply okay.......

Tahniah Sepahtu......(alolololo...yang paling kanan ni touching yer...sian I xde tisu la lalink...heheh)

Maharaja Lawak Mega 2013 akan kembali ke Auditorium MBSA, Shah Alam untuk minggu ke 10 Jumaat ni (17hb Januari 2013). Informasi awalnya begitulah. Jadi kepada anda yang dapatkan tiket, dapatkannya di Pondok Pengawal Pintu Masuk Utara ASTRO Bukit Jalil pada pagi Jumaat, 8-10 pagi. Cepat ye, tiket terhad sekeping seorang. Kalau korang dapat tiket, jumpa kak Zu dan team Jep Sepahtu FC kak Zu di aras 3, Auditorium MBSA itu okay. Kak Zu pun nak jugak jumpa followers kak Zu yang memang happening ni. Sebelum kak Zu tamatkan entri kali ni, kak Zu tinggalkan u olls dengan petikan artikel dari Astro Gempak tentang kebangkitan Sepahtu semalam. Enjoy.......

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kesembilan menyaksikan kumpulan Sepahtu mengekalkan penguasaan mereka sebagai kumpulan paling mendapat perhatian dan popular di kalangan peminat program komedi ini selepas memenangi sebuah kereta baru Perodua Alza dengan 65 peratus undian malam semalam.
Kemenangan mereka juga adalah bersempena pelancaran kereta Perodua Alza yang baharu berlangsung sebelum bermulanya program MLM 2013 yang diadakan di perkarangan pintu utama One Utama New Wing, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Menurut Jep Sepahtu, kemenangan mereka adalah atas sokongan padu daripada para penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus berjuang di gelanggang MLM 2013.
“Syukur ke hadrat ilahi kerana hasil usaha kami akhirnya terbalas dengan bantuan para peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Tanpa mereka tidak mungkin kami tidak mampu untuk mendapat undian tertinggi dan seterusnya memenangi kereta Perodua Alza ini,” jelas Jep kepada Astro Gempak.
Tambah Jep, mereka pada awalnya tidak menyangka nama kumpulan Sepahtu disebut sebagai pemenang untuk minggu kesembilan kerana tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kami memang tak sangka kemenangan berpihak kepada kami pada malam ini. Tujuan utama adalah untuk menghiburkan mereka yang hadir juga para penonton di rumah.  Kami buat sehabis baik yang mungkin supaya peminat masih mempercayai kemampuan kami di atas gelanggang hebat seperti MLM 2013 ini.
“Lebih manis salah seorang kumpulan kami iaitu Rahim diumumkan “Man Of The Match” pada malam ini. Ini adalah bukti berkat usaha serta fokus kami untuk buat terbaik buat pemiant diluar sana. Apa pun ribuan terima kasih kepada para penonton dan peminat MLM 2013 juga peminat dan penyokong kumpulan Sepahtu. Anda semua adalah kekuatan kami sejak dahulu lagi,” ujar Jep lagi.
Ditanya di antara mereka bertiga siapa bakal memiliki kereta tersebut, keputusan masih belum ditentukan namun tidak menolak menjadikan ianya kereta rasmi kumpulan Sepahtu kelak.

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Thursday, 9 January 2014

Gosip Over & Masuk Bakul Angkat Sendiri - Jep Tetap Teguh

Assalamualaikum semuanya

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Kak Zu? Hmm cedera di kaki kanan masih belum pulih sepenuhnya dan Kak Zu masih belum ke pejabat lagi. Masih berbalut dan masih bertongkat. Gaya yang macam ni, Kak Zu tak dapat nak jumpa dengan pembaca blog kak Zu yang juga peminat tegar Jep Sepahtu di Perkarangan Pintu Utama New Wing One Utama esok untuk Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke 9. Keadaan sangat-sangat tak mengizinkan. Ibu kak Zu siap warning "u better jangan pergi MLM tomorrow. If I spot u dekat OU esok, u better watch out or u will never meet Jep u tu for your entire life. So mana nak?" Ok mummy....I tak pergi sebab sangat takut dengan ugutan yang terakhir tuu. Hehehehe.

Okay sebelum kak Zu lanjutkan cerita tentang MLM Minggu ke 9 dekat One Utama ni, kak Zu sebenarnya lebih tertarik untuk menulis tentang isu yang melanda Jep kebelakangan ini. OVER & MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI......pedihnya kak Zu baca tajuk artikel dari Utusan Ahad (Pancaindera) dan laman web Astro Gempak baru-baru ini. Kak Zu kadang-kadang hairan ya....sebelum mulanya MLM sehinggalah Sepahtu bottom 3, takde pun sebarang pertikaian mengenai apa yang Jep buat. Tapi, lepas Jep dah down gila-gila, peminat semua support dan tiup semangat balik......Jep kembali buat yang happening, katanya over dan konon berlagak dia yang gerakkan Sepahtu. Kak Zu hairan......apa yang mereka nak dari Jep dan Sepahtu ya?

Bro kak Zu yang selalu senyum...dalam hati, Allah & keluarga sahaja yang tahu.

Pada pendapat kak Zu secara peribadi ya, dalam sesebuah kumpulan, kena ada yang menggerakkan dan kena ada yang feed kumpulan tersebut dengan idea. Tak boleh semua bergerak dan tak boleh semua yang feeding. Kena balance. Bagi kak Zu, Sepahtu dah cukup blend kombinasi tersebut. Dan, dan......penonton kena ingat, bukan mudah untuk gerakkan kumpulan yang anggotanya angka ganjil. Bertiga contohnya. Kalau berdua mudah sedikit rasanya. Tak kau, aku yang cakap. Bagi kak Zu, dari Sepah dulu Jep memang menyerlah. Tak bermakna dia overshadow Mamat & Shuib. Begitu juga sekarang. Tapi, yang paling penting la....bukan mudah nak buat komedi sebenarnya. Susah nak bagi orang ketawa......! 13 minggu perah idea... dan lawak bukan boleh di ulang-ulang. Kepada yang beri komentar tu, cuba korang buat lawak sekarang? Mampu ke tidak??

Peace ye bro....rilex. Ini semua perkara biasa......

Kak Zu sejujurnya tak suka nak merungkai perkara sebegini lebih-lebih. Sebab, kak Zu akan terkena tempias yang sama. Baru-baru ini, kak Zu ada terima comment di Instagram kak Zu yang sememangnya buat kak Zu mengalirkan airmata. Belum sempat kak Zu print screen comment tu, comment tu dah di buang. Antara yang kak Zu ingat pengkomen tu tulis gini "ko kenapa gedik sangat? ko ingat jep pandang perempuan macam kau? kau ingat kau bagus la. tolong jgn gedik okay. ape ko buat jep x pandang sebenarnya pun" lebih kurang macam tu...panjang lagi kak Zu tak ingat. Itu belum lagi yang mengatakan kak Zu pemuja setia, over minat dan terlalu protective. Helooooo......don't judge me on what I'm doing ok. Tapi apa yang kak Zu ingat memang kak Zu nangis. Rasa nak nangis kat bahu..........hehehehe. 

Latest kak Zu dengan Jep minggu lepas...anyway TQ sebab belanja makan :)

Ni masa baru-baru jumpe...nampak tak muke malu-malu. Hikhik...

Kak Zu pun hairan....Allahuakbar, awatnya kak Zu pun kena ni? Tapi kak Zu wat chill wat rilex la kan. Sebab lama-lama diamlah dorang ni. So ramai yang nasihat kak Zu, terutama orang-orang penting sekeliling Jep nasihatkan kak Zu untuk jangan betah dengan benda-benda macam ni. Kerana semuanya kak Zu kuat. Kak Zu kuat sebab Jep kuat. Dan, kak Zu harap kak Zu mampu salurkan kekuatan kak Zu dan team JepFc kepada Jep seadanya. Bukan mudah woooooo.....ikutkan jiwa amarah, memang semua blast kena dengan kak Zu. 

Abg, wake up. Here my hand....wake up!!

I know u strong abg.

Baiklah, sebelum kak Zu melalut panjang, kak Zu nak ucapkan....have fun kepada semua pembaca blog kak Zu yang akan turun padang ke Perkarangan Pintu Utama New Wing One Utama esok untuk Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 ye. Untuk siapa-siapa yang nak havoc dengan team JEPFC kesayangan kak Zu macam minggu lepas, korang boleh follow Instagram Jep Sepahtu FC (@jepsepahtufc) dan dapatkan informasi dengan siapa yang korang akan jumpa disana. Korang jugak boleh havoc havoc...dan havoc. Cepat-cepat, Jep dan Sepahtu tunggu korang tau....itu janji kak Zu. Sebelum kak Zu tamatkan entri ni... :

ML 3/5/10/20 Sepahtu ke 32777
(takde ML 50 la...kalau ada lama kak Zu vote da)

-hanyadiajepsepahtu.blogpot.com-





Saturday, 4 January 2014

Jep Sepahtu - Man Of The Match Maharaja Lawak Mega 2013 (Minggu 8)

Assalamualaikum.......

Hye semua......amacam persembahan Sepahtu minggu ni? Terbaekkkkkkkkkk kan? Finally Jep keluarkan semua lawak-lawak yang kak Zu rasa sebelum ni Jep macam simpan. Itulah Jep sebenarnya.....sekadar berguling meniarap atas stage tu biasa. Barulah kak Zu boleh tarik nafas lega tengok Jep beraksi. Sebelum ni macam sekat nafas kak zu.....erkkk Jep come on...keluar lagi...keluar lagi. Anyway, untuk minggu kelapan ini, Jep merangkul sekaligus Man Of The Match Maharaja Lawak Mega 2013. Syabas Jep. You deserve it.


Sebenarnya kak Zu tak sedar pun yang Jep menang sebab masa pengumuma MOTM, Kak Zu dah keluar dari auditorium untuk ke booth merchadise JEPFC. Bila dengar apa hal menjerit-jerit dalam auditorium ni....rupanya Jep menang Man of The Match. Tahniah, dan selamat tambah koleksi anugerah kat rumah Kulai ye. Hehehehe. Anyway, kak Zu sempat jumpa Jep tadi. Kata Jep, anugerah ini semua untuk anda katanya.

Man of The Match Kak Zu....eh, tak. Man of The Match MLM 2013.
Takde senyum lagi manis dari ni, Jep? :)

My Hero.......My Man of The Match.

Terima kasih eh Jep bagi pegang jap......... :)

Sejujurnya kak Zu bangga dengan Jep malam ni. Barulah nampak seri muka sikit ni. Barulah senyum barulah dengar gelak, lepas apa yang dah jadi, orang hentam sana sini dan macam-macam lagi. Jep, Zura dah cakapkan biar seribu orang tak suka kita, we all kan ada...JEPFC kan ada. Peminat-peminat sentiasa ada di belakang menyokong. Teruskan perjuangan....yang penting jangan lupa diri je. Okay. Baiklah, dah hampir pukul 4.00 pagi ni (waktu entri ini di tulis). Kak Zu tired sangat. Nak-nak pulak, kaki kak Zu belah kanan terseliuh ni....tadi nak masuk kereta terkelecoh, tinggi sangat kasut agaknya. Assalamualaikum...

Saje nak promote Drive M7...k bye.


-hanyadiajepsepahtu-



Friday, 3 January 2014

Jep Sepahtu FC Official - Sokongan Padu Kekuatan Nadzri

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2014 semua. Sorrylah kak Zu lambat wish. Kire belated lah kiranya ni kan. Hahaha. Pada kesempatan ini, kak Zu dan seluruh crew Jep Sepahtu FC ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua peminat Jep, sekaligus penyokong JFC ya. Kepada adik-adik yang menyambung persekolahan, belajar baik-baik ye. Jangan pandang dinding sekolah je ye. Kepada yang berjaya menyambung pelajaran samada ke tingkatan 6 atau pengajian tinggi, syabas dari kak Zu dan team JFC. Kepada yang ehem.....bakal menamatkan zaman bujang tahun ini, macam kak Zu, hehehe, semoga jodohnya berkekalan ke akhir hayat. Barakallah.........

Hari ini kak Zu nak bercerita tentang......Fanclub kesayangan kak Zu, Jep Sepahtu FC Official. Memang kesayangan sangat. Dengan JFC kak Zu kenal orang, kenal sikap orang sekeliling FC, mengenali hati budi orang, mengenali sejauh mana keikhlasan orang, dan yang paling penting, disini kak Zu belajar erti kerja berpasukan. Sesuatu yang amat kak Zu bangga dengan team kak Zu, kerjasama yang paling erat. Di waktu kak Zu kena sesuatu yang membuat kak Zu down gile, sahabat kak Zu di JFC tarik semula dan semangat kak Zu. Walaupun ada masa, kak Zu dapat cerita, kak Zu di gugurkan dari JEPFC atas permintaan Jep sendiri. Wah...............sapelah yang bagi provokasi tu memang nak kena cili dengan kak Zu.


Tapi sekarang, alhamdulilah. Berkat kesabaran semua, bertahannya akar kekuatan JFC sekuatnya, semua crew JFC berjaya tepis semua dugaan yang mendatang. Terima kasih team. Kite banyak jatuh bangun sama-sama. Dalam pada jatuh bangun tu mengajar kita erti kekuatan dan semangat berpasukan yang tinggi. Semua demi ukhwah dari Allah ni, dan kerjaya Jep Sepahtu seadanya. 

Logo Rasmi JEPFC melambangkan segala kekuatan dan sokongan buat Jep Sepahtu.


Oh ya sebelum kak Zu terlupa. Selain Facebook dan Twitter, anda semua dah boleh follow IG Jep Sepahtu FC Official di Instagram! Follow @jepsepahtufc dan in sya allah semua info terbaru akan turut di paparkan di sana. Selain itu, kepada yang ingin berkirim-kirim hadiah untuk Jep Sepahtu, sila email kepada pengurusan Jep Sepahtu FC di jepsepahtufc@gmail.com. Semua soalan, pertanyaan atau apa sahaja boleh email di alamat berkenaan ye. In syaa Allah, email anda akan berbalas. Kalau tak berbalas tu, sabor sabor la ye. 

The J CREWS
Azura (Setiausaha), Naz (Bendahari), 
Eyma (AJK), Cik Siti (Advisor), Adila (Presiden)

Dalam JFC ada kumbang tau ; Mr Fiz (kanan) selaku AJK Khas & Jurufoto Rasmi. 

Inilah bos kesayangan kami.....Mr Mohd Nadzri Zainal Abidin @ Jep Sepahtu.

Ha....kepada yang belum like like Facebook Fanpage JFC tu, rajinkan jari anda untuk like okay. Senang sahaja, www.facebook.com/jepsepah.fc.1. Semua perkembangan terbaru tentang Jep akan diletakkan disitu, dan juga blog kesayangan ramai ni. Opps kesayangan ke?? Last but not least, kepada yang akan pergi ke Maharaja Lawak Mega 2013 yang tinggal lagi 5 minggu nak ke Grand Finale ini, boleh jumpa kak Zu, Kak Dila dan krew lain di Aras 3, Bangunan MBSA, Shah Alam ye. Selain berkenalan, boleh dapatkan merchadise JEPFC disana. Datang ya.........

Akhir sekali, kepada yang terus menyokong kami di JFC dan bos kami, Jep Sepahtu terima kasih tidak terhingga. Teruskan bersama kami..............


-hanyadiajepsepahtu-