Tuesday, 31 December 2013

Sepahtu Kembali Kepada Konsep Asal (Harian Metro, 31/12/2013)


Assalamualaikum semua, 

Maaf kak Zu lately ni memang dah tak menang tangan melayan semua pembaca blog dan peminat Jep Sepahtu. Apatah lagi masa Sepahtu merudum bottom three aritu. Handphone kak Zu dah macam apa, berbunyi setiap masa, dengan FB, Twitter, Whatsapp, WeChat, IG (ok now siapa artis sekarang? Jep ke Kak Zu hehehe). Tambahan pula kak Zu tengah betul betul tak sihat. Seminggu dah kak Zu batuk dan selsema, sampai hilang suara. Last week Kak Zu datang MLM pun lembik giler rasa badan. Haih... Jep punya pasalkan, opps! hehehe. Maafkan Kak Zu okay. Untuk mengubat hati lara korang, ini ada artikel dari Harian Metro hari ini (31 / Disember / 2013) untuk semua.....



Persaingan minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat lalu menjadi malam yang penuh emosi buat kumpulan Sepahtu apabila mereka menitiskan air mata sebaik persembahan berakhir. 

Menduduki tangga ketiga paling bawah pada minggu sebelumnya (minggu ke-6), Sepahtu berusaha keras untuk bangkit kembali memenangi hati peminat menerusi tema muzikal yang ditampilkan. Bahkan peminat juga memberikan kata-kata semangat apabila memberikan tepukan bergemuruh sebaik saja Sepahtu keluar membuat persembahan.




Jepp memberitahu mereka bersyukur kerana apa yang dirancangkan pada malam itu dapat ditampil-kan dengan lancar.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa Sepah merosot. Sebenarnya kami ingat nak buat perubahan dari segi konsep lawak. Namun, melihatkan kepada reaksi ramai, kami akhirnya kembali kepada konsep asal lawak Sepahtu sebelum ini. 

Sepahtu menghargai peminat yang menyokong kami pada saat kami jatuh dengan menghasilkan video serta kata-kata sema-ngat menerusi laman sosial. 

“Kami akur peminat masih mahukan konsep lama yang santai dan buatkan mereka ketawa. Kelemahan kami bukan kerana berkaitan tema yang diberikan, tapi kerana penonton mahukan Sepahtu yang asal. Jadi kami turut-kan kemahuan mereka,” katanya yang menafikan mereka ‘main-main’ kerana berada di zon selesa"

Menurut Jepp, kekuatan Sepahtu bukan hanya pada dirinya seorang diri, tetapi dibantu oleh Shuib dan Rahim. Dia juga tidak mahu Rahim menjadi mangsa disalahkan oleh peminat. 



“Saya tak yakin boleh berlawak seorang diri di pentas MLM dan malam ini saya puas kerana dapat tunjukkan kualiti Rahim yang sebenar. Saya dan Shuib suka Rahim kerana dia seorang yang nak bekerja. Soal menang adalah perkara kedua kerana apa yang paling penting Sepahtu nak buat yang terbaik,” katanya. 

Mengulas berkenaan artikel di laman sosial Facebook daripada individu mengaku rakan lama mereka yang mengaitkan kemerosotan Sepahtu disebabkan tanpa Mamat, Jepp enggan melayannya kerana tidak tahu siapa dia kerana namanya tidak disertakan dalam tulisan itu. Shuib sependapat dengan Jepp kerana mengakui tulisan itu hanya rekaan dan tidak tahu maksud sebenar ia disebarkan. 

“Isu ini tak wujud dan apa yang ditulis tak betul. Saya dan Jepp tak kenal orang itu kerana dia pun tak meletakkan namanya dalam tulisan itu. Kalau boleh kami tak nak sentuh lagi mengenai Mamat. 



“Kami tak kisah orang nak cakap apa. Pada saat Sepahtu merudum, ramai yang menghentam termasuk penyebaran artikel ini. Nampak macam ada motif tertentu, tapi kami tak risau dan tak suka layan hal macam ini,” katanya. 

Rahim juga mengakui Sepahtu bercadang untuk membuat perubahan, namun sukar diterima peminat yang lebih sukakan konsep Sepah yang lama. 

“Idea kami datang daripada kerjasama semua. Saya akui sepatutnya saya masuk MLM bersama kumpulan Kucai yang turut dianggotai Mamat. Awalnya dia tak boleh terima keputusan saya, namun akhirnya dia akur juga kerana menghormati pilihan yang dibuat,” katanya. 

“Sepahtu menghargai peminat yang menyokong kami pada saat kami jatuh dengan menghasilkan video serta kata-kata semangat menerusi laman sosial."


Sumber : RAP Harian Metro, 31. Disember. 2013

2 comments:

  1. sepahtu tak perlu nak ubah cara berlawak, cukuplah dengan cara sendiri. peminat masih lagi menyukai sepahtu yang lama. anyway kak zura, semoga cepat sembuh. tak perlu nak kerja kuat sgt....

    ReplyDelete
  2. Sepahtu kena kembali kepada lawak2 yg asal...jgn ubah...korang naik pun sebab lawak2 Sepah yg dahulu...good luck untuk persembahan minggu ni!! moga jadi juara MLM 2013..amin...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.