Monday, 16 December 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 & Projek Bantu Mangsa Banjir JFC

Assalamualaikum semuanya........

Hola hola........ampun ampun ampun semua. Kak Zu baru berkesempatan nak update blog ni. Minggu ini full swing dengan macam-macam aktiviti dari Jep Sepahtu FC. Balik sahaja rumah kak Zu dah separuh pengsan. Ada masa sekejap inilah kak Zu boleh update beberapa perkara.

Okay, Maharaja Lawak Mega 2013 sudah menjengah minggu keenam. Masuk ni, sama jugalah kak Zu dah berkampung di Auditorium MBSA sepanjang hari Jumaat minggu lepas. Semuanya kerana menjaga booth merchandise bos kak Zu, Jep Sepahtu FC dan juga menemui beberapa peminat dekat sana. Terima kasih kepada yang sudi datang dan yang tegur Kak Zu (walaupun kak Zu tak kenal). Terima kasih juga kepada satu team peminat dari Brunei Darussalam yang beli banyak t-shirt Jep Sepahtu FC. Sangat terharu. 


Kata mereka, Jep sangat popular di Brunei. Syabas bos....... :)

Minggu kelima membawa tema Bebas. Hmm, kak Zu terima banyak feedback tentang persembahan Sepahtu malam tu. Kak Zu rasa sedikit kecewa bila ramai yang hentam bos kak Zu, Jep gara-gara buat Rahim dan Shuib macam tu. Tapi, sefaham kak Zu dengan sikap Jep, itulah dia. Gurauan Jep dengan rakan-rakan memang macam tu. Nampak macam Jep besor kepala tapi sebenarnya tidak. Gurauan Jep dengan rakan-rakan terdekat, apatah lagi Shuib memang macam tu. Dan, kak Zu mohon jangan samakan Sepah dan Sepahtu. In syaa allah, Sepahtu kali ini akan buat sehabis baik. Maklumlah, bila expectation orang tinggi, bila kita buat silap sikit, memang kena hentam. Itu adatlah..mana-mana pun sama. Anyway, kak Zu bangga dengan bos kak Zu, si Jep ni. Walaupun kadang-kadang kak Zu tahu dia penat...tapi masih mampu layan peminat juga lepas habis MLM tu. Walaupun kak Zu tengok kadang-kadang dah macam ada gam pulak mata dia ni. Nak bertaut je dah. Tapi, okaylah bos. Selagi namanya peminat, bos buatlah sehabis baik okay.

Okay, habis cerita MLM, kak Zu sambung pula dengan projek JEPFC Bantu Mangsa Banjir yang berlangsung Sabtu dan Ahad lepas. Pada hari Sabtu berlangsung di perkarangan tempat letak kereta, Giant Seksyen 13 Shah Alam, manakala pada hari Ahad di PETRONAS TAsik Prima, Puchong. Terima kasih kepada Team FC Boboi dan Team FC Saywho dan Kumpulan Saywho sendiri yang memeriahkan acara. Jep tak dapat turut kerana pulang ke Kulai. Tapi, Jep tetap update dengan event ni. Pesannya, terima kasih kepada semua yang bersama JFC menghulur bantuan. Alhamdulilah.......




Suasana di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Terima kasih semua ya......




Suasana di PETRONAS Tasik Prima Puchong.

My Desire. My Passion ; JEP SEPAHTU FC

Alhamdulilah, banyak sumbangan yang kami dapat untuk disalurkan. Terima kasih semuanya ya. In Syaa Allah, hujung minggu ni, Kak Zu sekali lagi bersama-sama dengan Team The Empire of Jep Sepahtu - Jep Sepahtu FC turun padang untuk projek amal ini. Lokasi kami akan kak Zu beritahu kemudian. 

Oh ya, sebelum kak Zu akhiri entri kali ini, kak Zu nak pesan sikit lah. Kak Zu ada nampak banyak entri tentang hal-hal tak berkaitan kerjaya Jep di group fan page di FB malah ada yang tanya soalan "Jep nak kawin ke?" di Instagram peribadi milik kak Zu dan Jep juga. Bagi kak Zu, lambat atau cepat, Jep akan tetap berumahtangga, begitu juga kak Zu yang mash single ni. Haha. Jadi, hal berkaitan perkahwinan ini dalam agama kita seharusnya di warwarkan untuk mengelak fitnah dan aib. Jadi, kak Zu kenal bos kak Zu. He won't make his fans dissapointed, walaupun Jep tak mampu nak puaskan hati semua orang. Ada je cakap Jep itu, Jep ini. Kadang-kadang kak Zu terima tempias yang sama. Bagi kak Zu secara peribadi, kak Zu lebih risaukan Anugerah Bintang Popular 2013 nanti sebab undian ABPBH bergantung kepada undian suratkhabar semata-mata. Termasuk kak Zu risau dengan MLM2013. MLM perform setiap minggu. Kalian nak idea dan lawak yang fresh dari Jep & team. Kalau Jep stress, mampu ke Jep nak all out?? ABPBH pula takde undian sms ni. Imaginelah kalau kalian dok sibuk canang benda belum ada kepastian ni. Abg Jep kalah nanti, sibuk kata undian tak cukuplah, juri tak ngam la apa lah! Kak Zu malas nak cakap banyak. Nanti ada yang keluar statement macam-macam. Antaranya :

Kak Zu dah sangat lali dengan perkara camni.....well, maaf ya, kak Zu tak mudah melatah ^^/

Sekali lagi kak Zu pesan, jadilah peminat yang bijak, bukan perosak, bukan pendesak! Jep juga manusia biasa. Orang akan cakap "kak zu dah banyak kali jumpa, dah faham jep boleh laaaa" well, kak Zu juga bermula seperti anda semua, dan kedudukan kak Zu masih lagi peminat biasa. Kalau kak Zu boleh, korang semua mesti boleh kan? Okay...terus support kerjaya Jep. Senyum senyum selalu....................

-hanyadiajepsepahtu / kak zu-






1 comment:

  1. Hi Kak Zu. saya baru jumpa blog ni. sekali pandangkan ingatkan Jep Sepah yg punya rupanya peminat tegar. keep it up. keep update. all the best, best of luck of SepahTu.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.