Wednesday, 4 December 2013

Jep...awak good looking, awak handsome!

Assalamualaikum..........

Hah........pukul 1.00tgh dah. Followers Kak Zu semua dah makan tengahari ke? Maklumlah waktu makan tengahari ni ajelah kak Zu free. Tengah kerja kak Zu terlari sana sini. Tak sempat nak buat apa-apa. Bila stress tu la baru Kak Zu intai-intai Facebook. Balik rumah....walaupun penat kadang-kadang Kak Zu sambung keje FC di rumah. Kalau Kak Zu terlalu letih, kak Zu terus zzzzzzzzzz.......hahahaha. Okaylah, entri kali ni...........adehhhhhh sebenarnya beratnya kak Zu nak tulis entri ni. Kak Zu nak gelak tau...tapi memandangkan ada permintaan dari fans menyebabkan Kak Zu tulis jugalah. Kadang-kadang Kak Zu senyum kamben pun ye.

"Jep...awak good looking, awak handsome...." itulah pujian yang keluar dari mulut Dato Yusuf Haslam pada malam MLM 2013 minggu ke dua. Bila pujian itu keluar, gempita sekejap dewan auditorium MBSA, yang dirumah apatah lagi agaknya. Kalau boleh nak terjun masuk TV ye. Terus, (rezeki namanya) Jep ditawarkan berlakon. Wah hebatnya! Okaylah, ini pengakuan kak Zu selama setahun kak Zu handle blog ni. Selama kak Zu jumpa dan bersemuka dengan Jep, sememangnya Kak Zu tak nafikan, Jep handsome jugalah. Abaikan lah muka dia yang sememangnya banyak "lubang bulan" tu, sebab dah kena touch up pun hilang kan. Kak Zu juga tak menafikan Jep manis orangnya. (oh my...........dup dup jantung kak Zu tulis ni.....)



Pada ketinggian 186cm menambahkan lagi gaya segak Jep rasanya. Selain tu, Jep tidak terlalu fashionable. Gayanya, cukuplah sehelai jeans dan tshirt. Itulah Jep. Jarang sekali melihat dia terlalu fancy. Kadang-kadang lagi menjadi penyelamat, jaket hood biru muda kesayangannya tu. Mungkin juga, gaya Jep yang simple mudah "mematahkan" jiwa peminatnya sekarang. Amboi ayat kak Zu! Selain itu, satu kelebihan Jep yang kak Zu tak boleh nafikan....senyum. Kak Zu pernah dengar ibu kak Zu bersuara lepas tengok KKX baru-baru ini "Manis Jep ni sebenarnya, gigi lapis-lapis dia buat dia manis" terus kak Zu bagitahu ibu "Ibu, gigi dia tu yang buat orang gila tu...." - terus kak Zu senyum dan sengih sendiri.



Bagi kak Zu secara peribadi, Jep bijak berpenampilan sekarang. Dahulu, bagi kak Zu Jep nampak lebih boyish (kebudak-budakkan) dengan gaya rambut panjang ala-ala KPOP tak jadi tu. Lihat sahaja dalam Bujang Sepah musim 2 dengan Maharaja Lawak 2011. Bila kak Zu compare, mata sejuk sikit memandang Jep sekarang. Kemas tapi tetap style. Well, big applause Jep. Pernah sekali Jep tampil bermisai pulak. Haaaaa....masa tu jujurlah kak Zu pun separuh pengsan! Apsal mamat ni macam ni pulakkkk!! Kak Zu beranikan diri comment di IG nya, "tolong shave please!! serabai!" Haha. Tak lama pun gaya macam tu. Seminggu je kot. Haa......nak kena sound baru nak shave eh!! (eceh perasan)


Aksi yang sama tapi berbeza gaya & rupa.......beza 2 tahun je (2011 vs 2013)

Yes...maintain your style ya :))

Walau apapun, pada harapan Kak Zu, kak Zu suka gaya dan penampilan Jep yang lebih bersahaja sekarang. Mungkin faktor usia yang hampir menjengah 30 tahun (waaa terasa kak Zu tau!!) membuatkan Jep lebih matang memilih gaya dan personaliti. Syabas Jep. Teruskan dengan gaya bersahaja ini ya. Minimalist orang kata. Less is perfect sometime. Okaylah Kak Zu tak nak berceloteh panjang. Oh ya....kepada followers kak Zu yang nak share apa sahaja dan bersembang dengan Kak Zu, boleh singgah di ruangan Jom Sembang sebelah kanan atas ni ye. In Syaa Allah, kak Zu akan cuba luang masa untuk semua. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan dah la ye......:)




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / kak zu-







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.