Wednesday, 11 December 2013

Jadilah peminat yang bijak, bukan yang merosak!

Assalamualaikum.................

Hai pembaca semua merangkap peminat Jep tersayang. Apa khabar anda semua? Maaflah Kak Zu lama tak online kan? Melayan korang kat ruangan Jom Sembang ni. Sorry kak zu sangat-sangat sibuk. Dengan tugasan pejabat lagi, kerja-kerja JEPFC lagi............phew! Tu yang kadang-kadang kak Zu tak berapa nak sihat kebelakangan ni. Penat. Hehe. Okay, hari ni kak Zu cuti. Maklumlah keje di Selangor. Cuti umum hari ni bagi Selangor. Kak Zu sekadar nak mengupdate tentang beberapa perkara di sini. Tengok tajuk pun dah tahu kan? 

Jujur kak Zu cakap, selaku sebahagian dari crew JEP SEPAHTU FC kak Zu tak pernah lelah dan penat melayan semua peminat Jep yang mengenali kak Zu. Yang datang booth JEPFC masa MLM 2013 pun kak Zu melayan sebaiknya. Bukan kak Zu kata disini, Kak Zu gila glamour dan kak Zu nak tumpang famous abg Jep kesayangan korang tu. Tidak sekali kali. Kak Zu juga masih ada presiden yang lebih rapat dengan abg Jep (selaku presiden kelab). Presiden JEPFC jugalah tempat kak Zu melapor segala perkara berkaitan peminat. Kak Zu buat semua yang you all nampak bukan suka-suka, pergerakan kak Zu dan crew lain sentiasa dipantau. Kerana apa? Kak Zu membawa nama JEP SEPAHTU FC, terang-terang nama JEP ada disitu. Kalau kak Zu bertindak luar jangkaan, nama Jep akan terusik, betul tak? Tak mudah. Menjadi sebahagian dari crew JFC bukan sekadar berjumpa dengan Jep dan gelak-gelak macam orang tak betul, tapi peminat dan karier Jep menjadi fokus utama kak Zu dan crew. 

Kak Zu yang always happy go lucky. Dalam hati.........Tuhan aje yang tahu :(

Jadi, bila timbul isu sana sini kata Kak Zu itu, kak Zu ini, perkataan macam perasan lah, bini retis la, menunjuk-nunjuklah, kak Zu jadi sedih. Mungkin kepada yang melempar perkataan macam tu tidak memahami tugasan crew sebuah kelab peminat agaknya. Kak Zu nak je cakap, ambik tempat kak Zu sekarang dan buat apa yang kak Zu dah buat. Kalau mampu, alhamdulilah. Sebab untuk pengetahuan pembaca semua, kak Zu jadi serba salah. Kalau kak Zu layan peminat, dikatakan kak Zu gila glamour, bila Kak Zu macam melenting sikit, katanya Kak Zu dari JFC garang, bila Kak Zu update tentang Jep katanya kak Zu perasan, bila kak Zu undur diri, ada yang request minta kak Zu kembali ke JFC. Jadi, apa perasaan kak Zu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan ye?

Sabar bang.... Zura pun sedih. Sabar la ye :'(

Kalian semua kenal kak Zu sebagai peminat juga kan? Kak Zu tiada yang istimewa. Kak Zu takde yang special. Ya, kak Zu akui, kak Zu memang menjadi sebutan setelah blog ini jadi ikutan dan bualan ramai, terutamanya peminat JEP sendiri. Ikutkan hati, kak Zu nak bantai je orang-orang macam ni kat blog kak Zu ni. Tapi, cuba fikir, nama blog kak Zu pun dah Hanya Dia Jep Sepahtu. Terang-terang nama JEP kat address blog kak Zu. Jep bukan tak nampak ragam peminat dia tau, dia nampak. Sebagai peminat, apa korang rasa kalau abg Jep serabut eh? Mampu tak dia nak all out untuk MLM2013 nanti? Hmmmmm.......?

Entahlah....saya pun serabut jugak!

Jadi, nasihat kak Zu disini, siapa pun artis yang anda minat dan menjadi pujaan hati, jadilah peminat yang bijak dan cerdik. Tak kira berapa pun umur anda, siapa pun anda dan di mana pun anda berada. Kak Zu ada peminat Jep yang berusia 15 tahun tapi dia cerdik menilai. Kak Zu juga ada mengenali peminat Jep yang sebaya kak Zu, sebaya Jep malah lebih tua dari kami, tapi gagal menilai. 

Artis ini juga manusia biasa. Mereka ada keluarga dan hal peribadi sendiri yang menjadi keutamaan. Menjadi peminat yang memahami adalah satu perkara yang menjadi KESYUKURAN buat artis tersebut. Bukan Jep sahaja, malah semua artis. Tak keluar jumpa peminat bukan beerti sombong, bukan beerti diva bukan beerti besar kepala. Dalam kes Jep, lihat sahaja gelagat segelintir peminatnya. Cukup saya dapat serangan dari laman sosial media, tak cukup dengan itu, blog saya juga diberi komen tah apa-apa. Semua ni terjadi bila saya KEMBALI KE JEP SEPAHTU FC setelah 4 bulan saya merehatkan diri. Ye, saya bukan tak tahu ketika entri ini ditulis, macam-macam perkara sedang bercakap-cakap di belakang saya. Sedangkan Jep juga kadang-kadang terima benda yang sama, apatah lagi saya. 

Buat yang terbaik utk MLM2013 okay. Dah, takmo serabut gini.

Saya selalu pegang apa yang Jep selalu pesan kepada kami seluruh warga JFC "jaga nama baik JFC ya" dan "terima kasih kerana korang sangat memahami". Kata-kata itu buat saya kuat, walaupun kadang-kadang saya hampir rebah. Saya tak boleh mengharap apa-apa dari Jep selaku selebriti, even layanan istimewa, kerana saya tahu kedudukan dan situasi Jep. Bukan sahaja Jep, siapa pun juga tidak suka keadaan sangat serabut. Cukup sudah saya dapat perhatian dari Jep sebelum ini. Itupun saya tidak pernah datang atas nama sendiri, semua atas nama JEPFC. Kalau kami boleh jaga Jep seadanya, anda juga kan? Kami juga peminat, anda juga peminat bukan?? Jadi, jadilah peminat yang bijak, bukan peminat yang merosak!

Kepada yang membaca entri ini melalui laptop atau komputer, saya harap anda dengarlah lagu dibawah. Lagu ini membuat saya menitis air mata. Kalau sapa-sapa tak dapat dengar, cuba cari lagi Wajah nyanyian Aishah. Liriknya tersimpan seribu makna. Anak itik tepi paya, saya juga peminat biasa ya! Hantu Gigi hantu Kumkum, assalamualaikum...........................

Wajah - Aishah

Setenang air di kolam begitu wajahmu 
Gelora hati di dalam tiada yang tahu
Sentiasa terukir senyum di bibir 
Lindungi perasaan di balik gurauan

Namun dari riak mata  kudapat membaca 
Ada garis keresahan jiwa antara kita

Dalam gelak dan tawa hati terluka 
Di dalam keriuhan engkau kesepian 

Seperti engkau jua Ku tahu erti duka
Peritnya keyakinan dipersiakan
Seperti kau alami kutahu erti sepi 
Mengharung kepahitan ini 
Ohh sendiri

Setenang-tenang wajahku 
Tidak setenangmu 
Tidak berdaya ku lindungi kehampaan ini 
Dalam senyum tawaku mereka tahu 
Diriku kecundang dalam percintaan

3 comments:

  1. alhamdulillah..kak zu..biar sume clean and clear...tapi lau ada yang xreti bahasa uh kita kena guna bhsa alien agaknye kot...manusia2...mcm2..sabar yek kak zu..JFC jugak..abg jep jugk..adat resam dunia...asalkn kita kuat..yakin..Allah sentiasa bersama hambaNya...jangan lupa...apa yang jadi...ada hikmahnya...mungkin skrg hujan ribut badai segala macam..pas nie pelangi indah akan muncul kan..cewahh..who knows right??? peace!!! (っ◕‿◕)っ

    ReplyDelete
  2. sabar je lah kak..manusia ni macam2 ragam..sesetengah orang yang maybe terlalu fanatik tu lah yang membuatkan keadaan jadi cam ni..apa2 pun, akak kena kuat dan terus berusaha menjadi yang terbaik untuk JEPFC ea..you're the best..teruskan perjuangan..by the way, i wish good luck to SEPAHTU for tonight performance..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak. Akak banyakkn bersabar ye :) saya akan tetap sokong JFC walau ape pun yang terjadi .Biasalah manusia mcm2 perangai yg kita boleh jumpe ...apa2 pn saya akan terus memberikan sokongan utk akak dan JFC..:)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.