Sunday, 22 December 2013

Doa Untuk Jep, Doa Untuk Sepahtu

Assalamualaikum semua pembaca kak Zu..........

Hmmm....kak Zu taknak la cerita tentang apa yang berlaku. Semua dah tahu apa abang-abang Sepahtu terima akibat persembahan MLM minggu lepas, kan? Jadi, kak Zu taknak ulang ceritalah. Apa-apapun kak Zu cukup terasa tempias yang bro-bro kak Zu kena, terutamanya Jep. Expectation terhadap Jep terlalu tinggi, sampai ada orang lupa, Jep, Shuib & Rahim juga adalah manusia biasa. Ingat senang nak buat lawak ke? Kak Zu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Jep di Twitter, Instagram dan Facebook yang terus memberi kata-kata semangat kepada Jep dan Sepahtu. Terima kasih bagi pihak Jep dan Jep Sepahtu FC. Untuk itu, jom kita terus bagi semangat kepada trio Sepahtu kita. Jom semua trending #doauntuksepahtu #doauntukjep. Tukar semua profile picture anda di FB, Twitter, Instagram, dan mana-mana lah, WhatsApp dan WeChat juga dengan gambar di bawah :

Hero Kak Zu dan semua..........ayuhhh Southern Tiger ayuh!!!!!

Teruskan mengundi okay.

Kak Zu dah tak peduli orang nak cakap ape. Kak Zu ada terima email mengatakan Kak Zu adalah "pemuja" Jep. Well, terpulang, kalau Kak Zu pemuja, Kak Zu tak nampak salah Jep, padahal, kak Zu always nampak salah silap Jep, if Jep buat salah. Jep manusia biasa, ada perasaan juga. Ingat dia pelawak dia takde feeling ke? Kak Zu nak je tibai orang yang cakap Jep bukan-bukan ni. Tapi........biarlah. Okay semua, kak Zu tinggalkan semua dengan lagu Gemuruh dari Faizal Tahir. Semoga semangat kita semua sampai kepada bro-bro kita Jep, Shuib dan Rahim.................

*Rasa nak nyanyi ramai-ramai je lagu ni kat MBSA nanti..............hehehehe :))





10 comments:

  1. yeahh kita sbgai penyokong jeppers , sepahtu harus semangat ! beri kata2 semangat & sy doakan yg terbaik untuk abg jep , sepahtu :) chaiyokk chaiyokk sepahtu ! kami jeppers , sepahturious akan sentiasa di belakang sepahtu , walaupun dlm keadaan susah @ senang :) Insyaallah ...amin

    ReplyDelete
  2. yeahh kita sbgai penyokong jeppers , sepahtu harus semangat ! beri kata2 semangat & sy doakan yg terbaik untuk abg jep , sepahtu :) chaiyokk chaiyokk sepahtu ! kami jeppers , sepahturious akan sentiasa di belakang sepahtu , walaupun dlm keadaan susah @ senang :) Insyaallah ...amin

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hope sepahtu dapat buat yang terBAEKK.. !! and untuk JEP, teruskan perjuangan dan gandakan usaha anda..

    ReplyDelete
  5. Sangat kecewa dengan orang yang selalu kutuk sepahtu. Apatah lagi yang selalu kutuk Jep. Padahal masa macam nilah diorang perlukan Sepahturious. Akak, tiket untuk maharaja lawak boleh ambil secara online tak ? Saya duduk kat terengganu dan saya teringin nak tengok maharaja lawak kat Dewan MBSA.

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Saya juga merupakan salah seorang penyokong Sepah sejak dulu lagi.. Saya juga merasa sedikit hampa dengan persembahan sepahtu dari minggu ke minggu sedangkan kumpulan-kumpulan lain berlumba-lumba memberikan persembahan yang terbaik saban minggu. Walaubagaimanapun, saya percaya Sepahtu boleh memberikan lebih dari itu memandangkan Sepahtu dan Rahim pernah bergabung dan membuat persembahan tentang Kisah Tuah dan Rakan2 ketika Anugerah Lawak Warna suatu ketika dahulu. Bagi saya, persembahan berkenaan berjaya menambat hati semua orang dan kita dapat lihat usaha mereka untuk melakukan yang terbaik. Justeru, saya berharap Sepahtu dapat melakukan sesuatu demi peminat yang mengundi @ yang menyokong secara tidak langsung. Andai kata Sepahtu menang MLM 2013, biarlah persembahan yang diberikan adalah yang terbaik dan setimpal dengan jumlah undian. Ini luahan dari hati saya sendiri.. Di harap tidak berasa hati :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kita bukan sokong jep seorang sahaja, tapi kesemua ahli sepahtu..rahim dan shuib. harap dapat doakan kejayaan mereka sekali. jep pon tentu nak rakan2nya berjaya sekali....

    ReplyDelete
  9. jom ramai2 vote sepahtu...naikkan peratus undian sepahtu!!sepahtu dah jatuh ke tempat ketiga,,, tak syok kalau sepahtu tak jadi juara..

    ReplyDelete
  10. undi3..hehe.. kak zu sy bru follow blog nie..suke ngat~~ hehe.. cne nak bagi adiah kat jep eak??

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.