Tuesday, 19 November 2013

Kisah Cerita Sang Pujangga Azura Nadzri

Assalamualaikum wbt

Setahun sudah blog ini menemui pembaca yang rata-rata adalah Die Hard Fan Jep Sepahtu. Tidak pernah sesekali cita-cita di hati ingin menjadikan blog ini sebagai "tumpuan" utama semua peminat Jep. Setelah ianya mencecah hampir 150 followers dan menjadi top search di Google atas nama Jep Sepahtu, sungguh saya terharu. Terima kasih kepada semua yang tidah pernah henti-henti berkunjung dan terus membaca. Terima kasih juga kepada yang memberi komentar, positif mahupun negatif, sejuk mahupun panas. Sebagai satu alternatif dan saluran media sosial, saya tidak melarang sesiapa pun untuk memberi sebarang pendapat, walaupun hakikatnya segelintir komen pedihnya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui.



Setelah setahun blog ini beroperasi, jarang sekali saya menulis tentang pengalaman saya sepanjang bersama kalian followers saya Jep Sepahtu. Mungkin, pada kesempatan ini, masa mengizinkan saya menulis serba sedikit perjalanan saya sepanjang bergelar "si pujangga". Keterbukaan hati saya menulis tentang pelawak tersohor kelahiran Kulai, Johor ini pada penghujung 2012 membuatkan nama Azura Nadzri meniti bibir peminat-peminat. "Keghairahan" si pujangga ini untuk Jep Sepahtu membuatkan dia menjadi tumpuan. Bukan cerita dongeng, tapi realiti. Kerana apa? kerana Azura Nadzri itulah saya, seorang gadis berusia 27 tahun. Mengapa menulis tentang Jep? Kerana bagi saya secara peribadi, Jep mempunyai karisma tersendiri. Walaupun lelah sudah telinga ini menerima kenyataan "Jep Sepahtu sombong" tapi itu tidak menghentikan saya menjadi "pemuja" jejaka tinggi lampai ini. Setahun mengenali lelaki manis ini membuatkan saya untuk terus menulis. Saya menulis bukan diminta untuk diberi perhatian...mencari populariti jauh sama sekali. Blog ini adalah milik rasmi dan mutlak saya. Saya bebas bercerita dan berkongsi apa sahaja tentang Jep disini, kerana saya ingin membuka mata peminat di luar sana bahawa Jep bukanlah insan yang sukar didekati. Walaupun sebenarnya Jep adalah seorang yang pendiam, namun telatah dan bakat komedinya cukup menghiburkan hati saya. Good looking? Hmmm, mungkin pada ketinggian 186cm dan berbadan ala atlit menyebabkan rupa paras Jep menjadi kegilaan ramai. Pada mata saya, ibarat lagu P.Ramlee "lawa tiada, manisnya ada"


Saya berasa cukup terharu. Saya mengenali ramai kawan-kawan baru sepanjang bersama Jep Sepahtu FC. Malah, sehingga detik entri ini ditulis, rata-rata semuanya adalah BFF saya. Bermula dengan mengenali Cik Siti, Fatin Syafiqah, Naz, Fiz dan seterusnya Adila, Eyma, Nini, Shira, Sirrussabila Sabil dan tidak ketinggalan satu-satunya adik perempuan Jep, Siti Khatijah atau saya memanggil dengan gelaran Khaty, seorang demi seorang menjadi kawan dan kenalan saya. Ada yang menyenangi kehadiran saya, malah tidak ketinggalan yang merasa "tercabar" (barangkali), dan juga tidak kurang yang memusuhi saya. Saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan ada yang "gentar" dengan nama Azura Nadzri sehingga saya terima banyak tuduhan tidak berasas sama sekali. Itu tidak lagi termasuk yang awal perkenalan saya dianggap "sahabat dunia akhirat", tetapi akhirnya saya di tikam bertalu-talu. Saya akui, kesilapan saya yang terlalu ketara, saya terlalu dikenali sehingga saya lupa untuk reserve diri sendiri atau menjadi sedikit defensive. Keterujaan saya berkongsi apa sahaja tentang Jep dan kadangkala berkongsi cerita dengan mereka yang tidak sepatutnya akhirnya memakan diri sendiri. Sebab itulah, friends and followers request di Facebook dan Instagram cukup saya kawal kebelakangan ini. Bukan mahu jadi unfriendly pula, tetapi saya ingin menjaga juga ruang privasi diri. Saya tahu, ada yang stalking atau intai-intai ruang media sosial saya. Entah apa yang mahu di intai saya sendiri kurang pasti.


Saya memgakui, saya sememangnya agak mudah melenting seandainya kesabaran saya dicuit. Ya, disebabkan itu jugalah mudah benar saya jatuh. Malah, mungkin ada juga yang tidak suka saya dan sahabat JEPFC bersatu. Maklumlah, Azura Nadzri ini kuat sebenarnya pengaruh dia (bukan cerita dongeng sekali lagi.) Kerana saya sendiri menjadi terkesima apabila mengunjungi pameran M7 di Halfest Oktober lalu. Kiri dan kanan saya ada yang menegur "Ini kak Azura Nadzri ke?", "Ini kak Zura blogger ya" dan paling membuat saya segan, ketika bergambar bersama Jep dalam booth M7, saya terdengar bisikan "eh itu kak zura kan?" Disebabkan itu juga, saya mengambil keputusan "merehatkan diri" dari terbabit dengan Jep mahupun JEPFC. Tiga bulan saya menyepikan diri, ada yang mengatakan saya takut sebab buat salah. Hakikatnya, saya tidak takut, cuma saya letih. Letih dengan (maaf cakap kasar) mulut longkang sesetengah pihak. Malah baru-baru ini, saya di kejutkan dengan komentar dari pengunjung blog bergelar Anonymous mengatakan saya digugurkan dari JEPFC atas permintaan Jep sendiri, kerana saya bermasalah disiplin! Motif utama komen sebegini? Entah.......! Saya sendiri terfikir, tidak pula saya menerima sebarang arahan dari tunjang utama JEPFC samada Cik Siti, Adila mahupun Fiz, yang saya telah digugurkan. Mereka sendiri tidak tahu menahu, bagaimana orang luar pula? Hairan saya bernoktah di situ.



Adakah hanya kelibat Azura Nadzri yang sangat "terkenal" ini (kononnya) dilihat hadir pada malam Maharaja Lawak Mega 2013 Jumaat lalu menyebabkan ada suara sumbang mengatakan saya kembali hadir ke pangkuan JEPFC? Ataupun ada yang "gentar" kerana saya kembali semula bersama sahabat-sahabat JEPFC? Bak kata Shamsul Yusuf dalam KL Gangster "Leng Chai Sudah Mari Ma....!" Oh, cukup membuatkan diri saya seumpama selebriti yang banyak gosipnya. Cukup perhatikan langkah dan pergerakan saya. 



Ingatan kepada sesiapa yang cuba "gempur" saya dan pasukan JEPFC sekarang, maafkan saya, saya tak layan ugutan kalian. Saya dan sahabat juga manusia biasa. Jep Sepahtu yang saya kenali, dia bukan mudah membuang peminat rasanya. Wah, diva sungguh Jep kalau bertindak sedemikian ya. Seandainya saya Jep mampu buang, peminat lain yang bermacam karenah dan perangai macam mana agaknya ya? Jep buang juga lah agaknya? LOGIKKAH? Jadi, mengapa tumpuan banyak ke arah saya? Kalau saya cakap Jep sayang saya lebih, ada yang muntah hijau pula....!

Itu belum masuk kisah kononnya saya jatuh hati cintan cintan debak debuk dengan Jep gara-gara selalu bertemu. Belum masuk lagi kisah gambar-gambar "so the romantic" saya dengan Jep, walaupun aksi itu bukan disengajakan! Dahsyat ke tidak gosip yang saya terima? Tidak cukup dengan itu, nama Jep pula di mentionedkan di Instagram saya. Ya Tuhan!! Baiklah, secara logik dan jujurlah, siapa yang tidak pernah "crush" dengan artis pujaan hati sendiri? Tanyalah peminat jejaka terhangat Malaya macam Anuar Zain, Aizat, Aaron Aziz, Adi Putra dan Zizan Razak....siapa sahaja yang tidak jatuh cinta kepada mereka ini? Oh, bagaimana pula yang menulis "please marry me!" di IG artis kesayangannya?? Oh.....maaflah kalau setakat Jep, saya pernah admire Zahid AF2 lebih dari saya so admire dengan Jep ye! Tetapi, geng dari Zahid FC tidak pernah pula kata Zahid boyfriend fantasy saya. Hmmmmm....






Setahu saya, Jep banyak lagi perkara perlu difikir, banyak lagi kerja belum selesai dan banyak lagi idea perlu diperah untuk malam MLM nanti. Secara bijak akal, dia tidak punyai masa memikirkan soal saya. Peminat dia bukan saya seorang, bukan JEPFC sahaja malah mungkin berjuta orang. Yalah.....dari Perlis ke Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei...mustahil cecah jutaan orangkah?

Saya tahu, ketika entri ini mula dibaca, saya bakal menerima pelbagai provokasi lagi. Tapi, saya malas mahu melayan setiap dari provokasi itu. Penatlah. Terima kasih sahajalah. Kepulangan saya bersama sahabat di JEPFC bukan sekadar "pulang" tetapi pulang bersama kekuatan. In syaa Allah, saya disini adalah demi persahabatan yang saya bina bersama semua yang hargai kehadiran saya. Kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan email, status di IG, Wechat dan Whatsapp yang memberi kata-kata semangat,  hanya Allah sahaja yang membalas jasa kalian dan semoga dipelihara olehNya. Kepada Jep Sepahtu yang saya hargai dan sayangi, satu sahaja ingin saya katakan.......janji saya tetap janji. Sungguhpun mungkin saya tidak lagi "seligat" dahulu, kehadiran saya akan di belakang awak, Adila dan Fiz selamanya. Saya tetap pelihara ukhwah yang terbina dari awak ini. Untuk sesiapa sahaja, lagi di bawah untuk kalian....


Kosong - Najwa Latiff



Kau melihat diriku

Seperti sesuatu

Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong....Kosong...Kosong....
SETIAP DETIK DIPERHATIKAN
KAU CARI CARA PUTAR BELITKAN
Kau jadikan diriku Kosong....Kosong...Kosong....
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azura nadzri-






1 comment:

  1. sis, biase lah (mgkn kdengaran agak clishe di situ..),, mulot org.. kite xleh nk tutop.. stay calm,, sabar,, harungi dgn tabah.. ni semua ujian buat akak.. Allah bg ujian ni,, sbb Dia syg akak sbgai hmba Nya.. He will not place a burden greater than it can bear. stay strong!.. and smile =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.