Tuesday, 12 November 2013

12 November 2012 ; Sebuah Momento.

Assalamualaikum.......

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

Hai....apa khabar semua followers dan pembaca setia saya? Harap anda semua sihat-sihat belaka ye. Saya macam biasalah, sibuk dengan kerja. Maklumlah, 2014 hampir tiba. Jadi, perancangan syarikat banyak saya pikul (walaupun syarikat ini bukan saya punya..hehehe). Sudah namanya tanggungjawab, pikul sahajalah. Lagipun, kerja tu satu ibadah. (amboi..celoteh cik zura!) 

Tadi sebenarnya, terbelek kalendar kat meja ni. Baru perasan hari ini 12 November 2013. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun lepas, tarikh ini saya menghadiri Malam Gala atau Malam Pratonton Sepah The Movie. Dan pada bulan November juga, abang-abang ex Sepah, termasuk abg sayang saya tu....ehem! bukan, sorry tersalah tulis...abg sayang korang....sibuk promosi jelajah Sepah The Movie. (Kalau nak baca entri dulu, klik pada entri November 2012). Dari Batu Pahat, ke Melaka, Plaza Angsana, Kuala Lumpur, Penang dan seterusnya Kuantan. Yang paling...sumpah tak boleh lupa, road tour Penang. Sian.........die demam. Demam teruk! Kekekeke..........(manja sangatlah mamat ni!)

Opps.....sorry. Nak cerita pasal Malam Gala tu sebenarnya. Okay, tayangan pratonton tu berlangsung di E@Curve, Damansara. Buat pertama kali, saya jumpa secara penuh, kumpulan Sepah walaupun mereka dah berpecah masa tu. Pada waktu itu, saya masih bekerja di syarikat lama di Petaling Jaya. Habis kerja pukul 6ptg, saya terus bergegas ke E@Curve. Bayangkan ye dengan jem, dengan phew berpeluh-peluh. Semata-mata nak menatap abang berbaju hitam ni. 

Ingat tak poster ni? Ya Ampun...poster ini sebesar-besar alam okay!
Masa tunggu artis datang sangat kelakar. Jantung dup dap dup dap. Nak meredakan tekanan, saya bergambar dengan Shahrol, Mamat dan Jehan. Nampaknya si baju hitam ni...sebab masa tu belum kenal dan saya masih dalam kategori peminat FANATIK.....saya nak pengsan! Tak tahu kenapa!!


Alamak.....dah macam orang baru balik keje opis! Jep terlalu segak malam tu. Untuk pertama kali saya melihat dia berpakaian rasmi yang memang segak. Wah warna hitam. Nak selamat la tu. Sebenarnya, malam gala tu adalah kali ketiga saya jumpa Jep straight dalam seminggu. Tengok ye, 4 Nov 2012, saya jumpa dia di Subang Jaya, 11 Nov saya datang untuk roadtour STM di Klang dan 12 Nov untuk malam pratonton STM. Wah...............penat toqq! Tapi yelah masa tu kan "gila"! Sanggup lah buat keje gila. Yelah, balik rumah pun dah pukul 2 pagi, edit gambar dan upload di FB & Blog sampai 4 pagi, solat subuh terus pastu g keje! Agak-agak....saya cukup tido tak sepanjang pembabitan saya dengan Jep?? Hehehehehehe...............!


Tapi itu semua kenangan manis. Momen paling manis. Sememangnya setiap momen saya adalah paling terindah. Kadang-kadang, kena benda atau perkara yang saya rasa tak ada kena mengena! Dan, saya melihat pembabitan saya sepanjang menyokong kerjaya insan bernama Mohd Nadzri ini cukup terindah, sekalipun ada masa badai melanda. Bukan setakat badai, tsunami juga melanda. Cukup meruntuhkan sokongan saya yang saya bina. Setiap kali saya down, saya pujuk hati bangun semula. Well, Jep kerjanya apa? selebriti kan? Dan sebagai selebriti pasti terlibat dengan ramai orang. Bila terlibat dengan ramai orang, pasti setiap kepingan hati perlu dijaga. Pasti juga, setiap airmata perlu dikekang agar tidak tumpah. Namun, itu tidak adil rasanya bagi Jep, kan? Macam lagu Yuna...ini tidak adik tidak adil baginya!!  

Saya mungkin tidak akan bersama lagi, (mungkin........cerita Allah saya tidak pasti) untuk menyokong dan berada di mana sahaja Jep berada seperti sebelum ini. Saya dah tak kuat berdepan dengan Jep yang semakin mendaki ke puncak sekarang. Namun, apa yang akan berterusan dari saya, adalah doa ke hadrat Allah, semoga dijaga hatinya berbolak balik, dimurahkan rezeki dan menjaga perjalannya supaya tidak diletak bersama orang-orang yang sombong dan riak. Juga, jauh dari gossip yang bukan-bukan. Saya pasti, In Sha Allah, Jep mampu menjaganya.


Kepada semua yang selama ini menjadi pembaca setia, yang mengikut perkembangan blog ini dari awal sehingga hari ini, terima kasih seadanya. Saya tak kenal anda semua, tapi bila saya pergi Halfest di booth M7 hari tu tiba-tiba ada yang tegur "ini kak zura blog ke?" aduhai......terharu sangat. Malah permintaan untuk setiap entri baru membuatkan saya fikir panjang untuk berhenti menulis. Terima kasih ye. Kepada yang memberi saya kata kata semangat di IG juga terima kasih. (yang asyik dok bertanya....akak suka abg Jep ke? akak ni bla bla bla....jawapan saya TAK! harap maklum!)

Kepada Jep........nak cakap apa eh? Tak tahu awak masih baca ke tak? emm..kalau baca, good luck je lah untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Do the best...maximum best. Actually rindu sangat nak dapat pesanan dari awak supaya datang program rakaman yang melibatkan awak, Jep!! Macam dulu awak ajak datang rakaman KKX dengan Warna Raya 2013. "Zura datang ye...ajak kawan-kawan yang lain"..... Ya Allah Ya Latiff.....rindunya!! :'( . Takpelah....masa berlalu. Tak kisahlah tu. Anyway, selamat maju jaya, selamat segalanya. In Sha Allah. 

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azuranadzri-

8 comments:

  1. salam,,,hai kak zura....act,sy suke bace blog akk nih...byk info tentang jep...tp sy nk tye nape akk tetibe hanye nak menyokong die dr jauh jer??

    ReplyDelete
  2. mmgla tak slah...tp sleme nih akk betol2 menyokong die.tetibe jer nak berenti nape kak???

    ReplyDelete
  3. kenapa tulisan kak zura mcm sedih je..kak zura nak berhenti tulis entri ke? saya suka apa yang akak tulis tentang jep..bkn saya je tapi ramai lagi. akaklah yang menghubungkan kami yg jaoh ni dengan jep walaupun kami tak pernah berpeluang berjumpa beliau..tapi apapon keputusan akak, saya tetap akan sokong sbb cuma akak je yg tau apa yg terbaik utk akak....:)

    ReplyDelete
  4. Your blog always make me happy!! ^^, Thank you! :*
    Assalamualaikum...
    Kpd Kak Zura yg terchenta *Eceeeh~
    Terima kasih sbb tulis blog ni.. Blog ni lah yg menaikkan semangat sy! :)
    And sy nk ckp, walaupon Akk Support Abg Jep dr jauh (mcm sy) tapi sy tau yg Akk Support 'die' sepenuh hati akk! :') sy yakin tnpa ragu ragu..
    Sejujurnya, sy jeles ngan Akk sbb akk dh bnyak kali jumpa Abg Jep.. Sy sekali pon tk berkesempatan :( hmmm
    Abg Jep penah ckp ngan akk! Awwww jeleslah! >_< :p
    Pape pape pon.. Always Happy! :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,kak...nape kak???sedih pulak saya baca entry akak ni...setiap dugaan terimalah dengan redha kak...jgnlah mcm ni....

    ReplyDelete
  6. Kak , (nak keluar topik jap) tengah2 baca entry ni kan , tetiba saya terfikir . Macam mana orang2 boleh suka tulis blog ni eh . Memang idea datang on the spot eh ? Saya terfikir , macam mana pulak nak 'membebel' semua ni . Even saya suka 'membebel' , tapi tak tahu pulak macam mana nak transfer dalam penulisan , hanya sebab saya cepat bosan lah kot . Huhu . Ok lah kak . Saya pulak dah membebel . Out of topic betul . Kan ?

    Anyway , keep calm and be strong ya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymous, please email me at azuranadzri86@gmail.com.Thanks

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.