Wednesday, 27 November 2013

Azura Nadzri - Saya Sekadar Peminat Biasa!

Assalamualaikum.......

Terlintas sesuatu di hati saya untuk menulis satu cerita pada malam ni. Sebenarnya dah terlelap tadi ni akibat banyak kerja di pejabat. Tapi, bila saya dengar telefon bimbit saya berdering dan berbunyi tanpa henti, membuatkan saya ingin lihat, apakah yang penting benar? Saya terima notification Twitter, Facebook, Instagram dan Email semua dari peminat Jep. Kepada yang menyokong dan memahami saya, Ya Allah syukur tidak terhingga. Yang saya letih, kepada yang dah anggap saya "Personal Assistant" tak rasmi Jep ni. MasyaAllah............

Okaylah, sebelum saya teruskan cerita, eloklah saya kenalkan diri saya sebenarnya! Nama sebenar saya Azura Ashikin Azman, saya berusia 27 tahun, masih bujang dan belum berpunya (ehem....). Saya merupakan bekas graduan UiTM Shah Alam dalam jurusan Pengajian Media dan Komunikasi dan juga pemegang ijazah bagi bidang berkenaan. Saya sekarang merupakan seorang pembantu pengurus jabatan sebuah syarikat pengurusan acara di Taman Melawati, Gombak. Saya merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik, meminati bidang fotografi dan desigining serta amat meminati dunia komedi dan industri hiburan tanah air. Kenapa saya kenalkan diri saya? Kerana saya juga ingin anda kenali bahawa saya adalah insan biasa. Tercetusnya nama AZURA NADZRI akibat saya "terjebak" dan menjadi peminat Jep Sepahtu hujung tahun 2012 yang lalu. Kenapa Azura Nadzri? Kerana saya juga mempunyai FB peribadi saya sendiri yang tidak ada kena mengena dengan Jep mahupun JEPFC. Sebab itu terlintas nama tersebut di benak akal saya. Saya tidak sangka, sungguh tidak sangka. Nama itu melekat dan seakan sebati dalam diri saya sehingga entri ini ditulis. 

365 bersama Jep & Jep Sepahtu FC sememangnya memberi impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Siapa sangka ya, saya seorang gadis biasa, kini saya rasa dahi saya dah setepekkkkk cop nama Jep Sepahtu! Dan laman sosial saya yang rata namanya adalah Azura Nadzri dihujani permintaan yang pelbagai. Kadang-kadang saya rasa terkesima, terperanjat..........macam-macam lah! Ni saya nak ceritalah Nanti ada yang kata saya "perasan fofular" pulak! 


Yup...this is me. Abaikan la gambar combine ni. Korang boleh buat, takkan saya tak boleh??


Saya sebenarnya adalah peminat Jep yang biasa. Biasa sangat. Tiada keluarbiasaan pada saya sebenarnya. Malah ramai lagi yang lebih 'luar biasa' tindak tanduknya dari saya. Ya benar, mungkin impak blog ini maka tercetuslah pengikut Azura Nadzri yang terlalu ramai. Kadang-kadang saya nak je minta maaf dengan Jep. Jep sorry, tak terniat nak tumpang populariti awak. Hahaha. Kadang-kadang saya rasa dah macam manager pun ada, personal assistant pun ada. Pada asalnya saya faham kerana saya adalah sebahagian crew untuk Kelab Peminat Jep Sepahtu (JEPFC). Tapi, rasanya crew bersama-sama saya ramai.....kenapa saya juga?? Fahamilah wahai followers saya....saya juga seperti kalian. Saya mengenali Jep atas nama peminat. Sama seperti anda semua juga. Cuma, seperti saya katakan, nasib sedikit menyebelahi saya bila saya berpeluang jumpa dengan Jep sekerap mungkin dahulu. Saya berkenderaan, saya tinggal sekitar Kuala Lumpur, jadi accessnya mudah. Imagine kalau saya juga tidak berkenderaan seperti anda? Tinggal luar KL seperti anda? Masih bersekolah seperti anda? Sama bukan kisahnya???



Saya akui, tak mudah saya menyandang nama Azura Nadzri ini. Seandainya nama ini adalah jawatan, saya dah lama serahkan kepada orang lain. Tidak cukup dengan terjahan yang saya terima sepanjang hari, saya juga terima tuduhan yang pelbagai. Ada yang kata saya ada hati dekat Jep la, ada kata saya suka cintan cintun terhadap Jep la, saya syok sendiri lah, bla bla bla......!!! Kadang-kadang memang sumpah nak nangis sungguh!! Tapi alhamdulilah....saya kuat. Kerana saya ada ramai yang rapat dengan saya yang kuat juga. Cik Siti, Adila, Fiz,   Naz, Sirrussabila Sabil antara yang bersama saya memberi semangat juga. Itu tak termasuk rakan-rakan kami yang lain yang sememangnya sangat memahami. Thanks guys.......love u deep deep! 



Kadang-kadang saya jadi letih.......tak diapprove friends di FB, IG dan Twitter dikata saya sombong. Bila saya layan, ada yang pijak kepala saya. Seandainya anda di tempat saya.....rasa larat lagi ke tidak?? Saya dah rasa macam artis sungguh.............cuma tak masuk TV aje lagi. Saya bukannya sombong. Dahulu saya memang rajin approve. Bagi saya nak share tentang Jep. Tapi disebabkan saya ni bodoh jugak kadang-kadang dan share perihal Jep dengan individu tak sepatutnya, saya mengambil langkah untuk lebih berhati-hati untuk approve sebarangan orang. Yang kena setepekknya muka saya! Saya yang tanggung!  Ini belum masuk cerita Jep pakai hadiah pemberian saya berulang kali, terutamanya tshirt putih belang-belang dan snapback merah 2PM tu. (tapi masa tu memang sebak la. Tak sangka orang tua ni pakai plak! Nak tunjuk kat aku lak tu!)



Hakikatnya, saya letih. Letih sangat.......! 3 bulan saya menyepikan diri, asalnya nak cuci tangan dah dari terlibat dengan JEP. Tapi, demi rakan-rakan JEPFC tersayang dan Jep bertanding pulak untuk Maharaja Lawak Mega 2013, saya gagahkan juga walaupun saya tak dapat apa kelebihan pun. Saya disini demi memperbaiki semula ukhwah dan persahabatan kami semua. Jadi, kepada semua yang membaca, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga. Saya bukan tak boleh bantu anda semua dekat dengan mereka di sekeliling Jep, contohnya kirimkan hadiah dan sebagainya, boleh. Tapi tolonglah stop jadikan saya "artis"! Sekali lagi saya ingatkan saya manusia biasa sayang semua! (siapa yang nak muntah tolong muntah sekarang!)



Gelagat followers saya di Twitter

374 followers......hanya kerana dia Jep Sepahtu! Phewww!


Setiap hari memang saya terima friend request. Setiap hari...Ya Allah terharu sungguh!

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Monday, 25 November 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Dua : Sepahtu Cuba Permainan Selamat!

Assalamualaikum.........

Aiyoooo sorry followers lambat update. Selain dari internet slow tahap baaaa......sorry selembab siput, balik dari MLM Jumaat lepas sampai rumah dah pukul 2.30 pagi. Woaaa......ngantok! Bawak kereta dari Shah Alam ke rumah pun mamai mamai tupai. (kerana dia...kerana dia...semuanya hanyalah kerna dia...ewah)

Untuk minggu ni, The Empire of Jep Sepahtu - Jep Sepahtu FC buka booth jualan merchandise untuk hari pertama. T-Shirt rasmi JEPFC sempena MLM2013 mula dijual di tingkat 3 Auditorium MBSA seawal 8 malam. TShirt terdapat dalam 3 warna, hitam, putih dan limited edition merah. Terima kasih kepada crew JEPFC yang kita sama-sama bertungkus lumus untuk booth jualan kita - Ji Sung Fiz & Adila. Seawal 8 malam juga artis dan peserta MLM mula masuk ke dewan untuk persiapan akhir. 

Fiz bersama Mamat Sepah

Booth Merchandise & Tshirt 


Lipat tshirt untuk jualan

Stylo tak booth The Empire Jep Sepahtu - JepFC? Merah Makngah..........

Dari kanan ; Adila, Fiz dan saya.

Crew dan Sub Crew yang bertugas.

Kami semua masuk ke dalam dewan seawal 9.45 malam. Alhamdulilah, kali ini dapat seat bawah. Cuma terpisah dengan crew yang lain. Persembahan bertemakan Cerita Rakyat kali ini kurang menyengat bagi saya untuk Sepahtu. Jep rasanya cuba memberi "permainan selamat" kerana membawa kembali watak tok ketua minggu lalu. Saya akui, fan based Sepahtu sangat kuat, tetapi persembahan yang biasa-biasa boleh membuatkan undian jatuh. Nah sememangnya tekaan saya benar. Esoknya, kedudukan Sepahtu jatuh ke tangga ketiga. Hmmmm kan dah cakap! Terus saya letak di IG, dan tag bro Rahim dan Jep supaya tidak ulang lawak Tok ketua dan bulu ayam tu. Minggu ini temanya Cinta. Hmmm....kita tengok nanti okay. Apa-apapun saya sangat enjoy persembahan cemerlang dari Nabil. Memang mantap!!



Selesai MLM 2013, kami crew kembali ke booth jualan memandangkan ramai yang datang untuk membeli. Alhamdulilah, walaupun waktu ketika itu sudah menghampiri 1 pagi. Terima kasih kepada Siti Sarah, Jep dan bro Rahim yang sudi singgah ke booth The Empire of Jep Sepahtu - Jep Sepahtu FC dan memberi tandatangan sebagai pembukaan rasmi booth tersebut. Rasa macam ting!!! terkesima sekejap bila Jep dah mula dikerumuni peminat sebaik melangkah keluar dari dewan MBSA. Maklumlah....good looking katanya!! (dalam hati ............... choi!! )





 Waktu puncak selesai siaran langsung MLM 2013 ; walaupun dah hampir 1 pagi masa ni.

Crew JFC bersama Siti Sarah.....terima kasih Sarah.



Bro Rahim juga sempat singgah. Terima kasih bro......


Ini kasi besar sikit naa....TQ JEP @ tok ketua JEPFC sebab singgah ye walaupun kena serbu. 
(nampak tak muka tak cuci muka lagi...sian die ye....)

Memandang saya sudah banyak koleksi, now my bro punya turn. :)

Saya curang sekejap ye.....kejap je. Bersama Shahrol Shiro.

Jadi, itulah serba sedikit kisah pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013 Jumaat yang lalu. Kesudahannya, saya sampai rumah pukul 2 pagi. Kali ini, sekali lagi saya buat kerja gila. Dari pejabat di Taman Melawati, ke Dewan MBSA Shah Alam dan kemudian balik rumah di Petaling Jaya. Hakikatnya sangat meletihkan. Tetapi tidak mengapa....demi crew JEPFC yang juga sahabat saya, saya sudi hulurkan bantuan. In Syaa Allah, kita jumpa di Minggu ketiga ya. Kepada yang singgah Booth Merchandise The Empire of Jep Sepahtu - Jep Sepahtu FC terima kasih banyak-banyak. Oh ya, pembelian t-shirt masih dibuka ya. Sila sms / call / whatsapp nombor 0137190348 untuk tempahan dan cara pembayaran ya. 

Shah Alam......see ya...............!

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azuranadzri-







Tuesday, 19 November 2013

Kisah Cerita Sang Pujangga Azura Nadzri

Assalamualaikum wbt

Setahun sudah blog ini menemui pembaca yang rata-rata adalah Die Hard Fan Jep Sepahtu. Tidak pernah sesekali cita-cita di hati ingin menjadikan blog ini sebagai "tumpuan" utama semua peminat Jep. Setelah ianya mencecah hampir 150 followers dan menjadi top search di Google atas nama Jep Sepahtu, sungguh saya terharu. Terima kasih kepada semua yang tidah pernah henti-henti berkunjung dan terus membaca. Terima kasih juga kepada yang memberi komentar, positif mahupun negatif, sejuk mahupun panas. Sebagai satu alternatif dan saluran media sosial, saya tidak melarang sesiapa pun untuk memberi sebarang pendapat, walaupun hakikatnya segelintir komen pedihnya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui.



Setelah setahun blog ini beroperasi, jarang sekali saya menulis tentang pengalaman saya sepanjang bersama kalian followers saya Jep Sepahtu. Mungkin, pada kesempatan ini, masa mengizinkan saya menulis serba sedikit perjalanan saya sepanjang bergelar "si pujangga". Keterbukaan hati saya menulis tentang pelawak tersohor kelahiran Kulai, Johor ini pada penghujung 2012 membuatkan nama Azura Nadzri meniti bibir peminat-peminat. "Keghairahan" si pujangga ini untuk Jep Sepahtu membuatkan dia menjadi tumpuan. Bukan cerita dongeng, tapi realiti. Kerana apa? kerana Azura Nadzri itulah saya, seorang gadis berusia 27 tahun. Mengapa menulis tentang Jep? Kerana bagi saya secara peribadi, Jep mempunyai karisma tersendiri. Walaupun lelah sudah telinga ini menerima kenyataan "Jep Sepahtu sombong" tapi itu tidak menghentikan saya menjadi "pemuja" jejaka tinggi lampai ini. Setahun mengenali lelaki manis ini membuatkan saya untuk terus menulis. Saya menulis bukan diminta untuk diberi perhatian...mencari populariti jauh sama sekali. Blog ini adalah milik rasmi dan mutlak saya. Saya bebas bercerita dan berkongsi apa sahaja tentang Jep disini, kerana saya ingin membuka mata peminat di luar sana bahawa Jep bukanlah insan yang sukar didekati. Walaupun sebenarnya Jep adalah seorang yang pendiam, namun telatah dan bakat komedinya cukup menghiburkan hati saya. Good looking? Hmmm, mungkin pada ketinggian 186cm dan berbadan ala atlit menyebabkan rupa paras Jep menjadi kegilaan ramai. Pada mata saya, ibarat lagu P.Ramlee "lawa tiada, manisnya ada"


Saya berasa cukup terharu. Saya mengenali ramai kawan-kawan baru sepanjang bersama Jep Sepahtu FC. Malah, sehingga detik entri ini ditulis, rata-rata semuanya adalah BFF saya. Bermula dengan mengenali Cik Siti, Fatin Syafiqah, Naz, Fiz dan seterusnya Adila, Eyma, Nini, Shira, Sirrussabila Sabil dan tidak ketinggalan satu-satunya adik perempuan Jep, Siti Khatijah atau saya memanggil dengan gelaran Khaty, seorang demi seorang menjadi kawan dan kenalan saya. Ada yang menyenangi kehadiran saya, malah tidak ketinggalan yang merasa "tercabar" (barangkali), dan juga tidak kurang yang memusuhi saya. Saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan ada yang "gentar" dengan nama Azura Nadzri sehingga saya terima banyak tuduhan tidak berasas sama sekali. Itu tidak lagi termasuk yang awal perkenalan saya dianggap "sahabat dunia akhirat", tetapi akhirnya saya di tikam bertalu-talu. Saya akui, kesilapan saya yang terlalu ketara, saya terlalu dikenali sehingga saya lupa untuk reserve diri sendiri atau menjadi sedikit defensive. Keterujaan saya berkongsi apa sahaja tentang Jep dan kadangkala berkongsi cerita dengan mereka yang tidak sepatutnya akhirnya memakan diri sendiri. Sebab itulah, friends and followers request di Facebook dan Instagram cukup saya kawal kebelakangan ini. Bukan mahu jadi unfriendly pula, tetapi saya ingin menjaga juga ruang privasi diri. Saya tahu, ada yang stalking atau intai-intai ruang media sosial saya. Entah apa yang mahu di intai saya sendiri kurang pasti.


Saya memgakui, saya sememangnya agak mudah melenting seandainya kesabaran saya dicuit. Ya, disebabkan itu jugalah mudah benar saya jatuh. Malah, mungkin ada juga yang tidak suka saya dan sahabat JEPFC bersatu. Maklumlah, Azura Nadzri ini kuat sebenarnya pengaruh dia (bukan cerita dongeng sekali lagi.) Kerana saya sendiri menjadi terkesima apabila mengunjungi pameran M7 di Halfest Oktober lalu. Kiri dan kanan saya ada yang menegur "Ini kak Azura Nadzri ke?", "Ini kak Zura blogger ya" dan paling membuat saya segan, ketika bergambar bersama Jep dalam booth M7, saya terdengar bisikan "eh itu kak zura kan?" Disebabkan itu juga, saya mengambil keputusan "merehatkan diri" dari terbabit dengan Jep mahupun JEPFC. Tiga bulan saya menyepikan diri, ada yang mengatakan saya takut sebab buat salah. Hakikatnya, saya tidak takut, cuma saya letih. Letih dengan (maaf cakap kasar) mulut longkang sesetengah pihak. Malah baru-baru ini, saya di kejutkan dengan komentar dari pengunjung blog bergelar Anonymous mengatakan saya digugurkan dari JEPFC atas permintaan Jep sendiri, kerana saya bermasalah disiplin! Motif utama komen sebegini? Entah.......! Saya sendiri terfikir, tidak pula saya menerima sebarang arahan dari tunjang utama JEPFC samada Cik Siti, Adila mahupun Fiz, yang saya telah digugurkan. Mereka sendiri tidak tahu menahu, bagaimana orang luar pula? Hairan saya bernoktah di situ.



Adakah hanya kelibat Azura Nadzri yang sangat "terkenal" ini (kononnya) dilihat hadir pada malam Maharaja Lawak Mega 2013 Jumaat lalu menyebabkan ada suara sumbang mengatakan saya kembali hadir ke pangkuan JEPFC? Ataupun ada yang "gentar" kerana saya kembali semula bersama sahabat-sahabat JEPFC? Bak kata Shamsul Yusuf dalam KL Gangster "Leng Chai Sudah Mari Ma....!" Oh, cukup membuatkan diri saya seumpama selebriti yang banyak gosipnya. Cukup perhatikan langkah dan pergerakan saya. 



Ingatan kepada sesiapa yang cuba "gempur" saya dan pasukan JEPFC sekarang, maafkan saya, saya tak layan ugutan kalian. Saya dan sahabat juga manusia biasa. Jep Sepahtu yang saya kenali, dia bukan mudah membuang peminat rasanya. Wah, diva sungguh Jep kalau bertindak sedemikian ya. Seandainya saya Jep mampu buang, peminat lain yang bermacam karenah dan perangai macam mana agaknya ya? Jep buang juga lah agaknya? LOGIKKAH? Jadi, mengapa tumpuan banyak ke arah saya? Kalau saya cakap Jep sayang saya lebih, ada yang muntah hijau pula....!

Itu belum masuk kisah kononnya saya jatuh hati cintan cintan debak debuk dengan Jep gara-gara selalu bertemu. Belum masuk lagi kisah gambar-gambar "so the romantic" saya dengan Jep, walaupun aksi itu bukan disengajakan! Dahsyat ke tidak gosip yang saya terima? Tidak cukup dengan itu, nama Jep pula di mentionedkan di Instagram saya. Ya Tuhan!! Baiklah, secara logik dan jujurlah, siapa yang tidak pernah "crush" dengan artis pujaan hati sendiri? Tanyalah peminat jejaka terhangat Malaya macam Anuar Zain, Aizat, Aaron Aziz, Adi Putra dan Zizan Razak....siapa sahaja yang tidak jatuh cinta kepada mereka ini? Oh, bagaimana pula yang menulis "please marry me!" di IG artis kesayangannya?? Oh.....maaflah kalau setakat Jep, saya pernah admire Zahid AF2 lebih dari saya so admire dengan Jep ye! Tetapi, geng dari Zahid FC tidak pernah pula kata Zahid boyfriend fantasy saya. Hmmmmm....






Setahu saya, Jep banyak lagi perkara perlu difikir, banyak lagi kerja belum selesai dan banyak lagi idea perlu diperah untuk malam MLM nanti. Secara bijak akal, dia tidak punyai masa memikirkan soal saya. Peminat dia bukan saya seorang, bukan JEPFC sahaja malah mungkin berjuta orang. Yalah.....dari Perlis ke Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei...mustahil cecah jutaan orangkah?

Saya tahu, ketika entri ini mula dibaca, saya bakal menerima pelbagai provokasi lagi. Tapi, saya malas mahu melayan setiap dari provokasi itu. Penatlah. Terima kasih sahajalah. Kepulangan saya bersama sahabat di JEPFC bukan sekadar "pulang" tetapi pulang bersama kekuatan. In syaa Allah, saya disini adalah demi persahabatan yang saya bina bersama semua yang hargai kehadiran saya. Kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan email, status di IG, Wechat dan Whatsapp yang memberi kata-kata semangat,  hanya Allah sahaja yang membalas jasa kalian dan semoga dipelihara olehNya. Kepada Jep Sepahtu yang saya hargai dan sayangi, satu sahaja ingin saya katakan.......janji saya tetap janji. Sungguhpun mungkin saya tidak lagi "seligat" dahulu, kehadiran saya akan di belakang awak, Adila dan Fiz selamanya. Saya tetap pelihara ukhwah yang terbina dari awak ini. Untuk sesiapa sahaja, lagi di bawah untuk kalian....


Kosong - Najwa Latiff



Kau melihat diriku

Seperti sesuatu

Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong....Kosong...Kosong....
SETIAP DETIK DIPERHATIKAN
KAU CARI CARA PUTAR BELITKAN
Kau jadikan diriku Kosong....Kosong...Kosong....
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azura nadzri-






Saturday, 16 November 2013

MLM2013 Minggu Pertama : Sepahtu Tunjuk Sengat!

Assalamualaikum........

Baru sangat-sangat sampai rumah dari menyaksikan MLM2013 kat Auditorium MBSA, Shah Alam. Terima kasih dengan penuh rasa sayang untuk Cik Adila dan Fiz yang berjaya memujuk saya untuk datang. Hahaha. Anyway, sampai auditorium lewat juga. 8.30 malam baru sampai.Alah, lagipun show mula pukul 10.00mlm. Alhamdulilah minggu pertama menyaksikan perjalanan MLM2013 yang cukup flow. Tahniah untuk semua peserta MLM yang ada kekuatan lawak tersendiri.

Untuk Sepahtu.....well lawak Jep sememangnya sudah saya jangka. Memang buat orang ketawa sangat. Sepanjang dalam dewan, rata-rata penonton menantikan Sepahtu untuk beraksi. Ternyata, minggu pertama Sepahtu tunjuk taring!! Tapi pada pendapat saya secara peribadi, mungkin baru minggu pertama, Jep, Shuib mahupun Mamat  sorry, Rahim seakan macam simpan, tak keluar habis lawak mereka. Bukan Sepahtu sahaja malah yang lain turut macam "reserve" lawak masing-masing. Maklumlah belum dapat momentum! tapi boleh diterima. 


Saya pula secara peribadi...........3 bulan tidak menyaksikan Jep beraksi di hadapan mata membuatkan saya senyum sendiri. (emmm saya taknak ulas lebih tentang lama dah saya tak jumpa Jep. Kang ada yang kata saya gedik. Emm malaslah. Biarla....) Saya boleh jerit, saya boleh tempik nama JEPPPPPP dari arena atas auditorium. Malangnya saya ni rabun jauh, tak nampak dia melambai ke arah mana. Terima sahajalah. hahaha. Anyway tak banyak gambar saya dapat utk minggu ini sebab saya sendiri tak dapat jumpa dengan Jep tadi, hanya sempat berbual sebentar dengan abg Rahim. Okaylah saya da super ngantok! Lama sungguh saya tak buat keje gila saya ni. In sha Allah, akan kelapangan.....minggu kedua saya datang lagi......


Abaikan jerawat tepi bibir tu...! 

Thursday, 14 November 2013

T-Shirt Jep Sepahtu FC sempena MLM 2013

Assalamualaikum......

Pon pon pon!!! Promo timeeeeeeeeeee!!

Maharaja Lawak Mega 2013 akan bermula esok, bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam. Jadi, kepada sesiapa yang nak beli dan dapatkan T-shirt Jep Sepahtu FC sempena Maharaja Lawak Mega 2013, harganya RM40.00 sahaja. Jadi kepada yang nak dapatkan, sila hubungi/sms/whatsapp sahabat saya dari JEPSEPAHTUFC Rasmi, Fiz di 013-7190348.

Cara mengundi SEPAHTU untuk Maharaja Lawak Mega 2013 :
SMS ML <jarak> SEPAHTU ke 32777 atau ML <3/5/10><jarak>SEPAHTU ke 32777




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azuranadzri-

Trivia JEP SEPAHTU



1. Pernah bermain bola sepak bersama Johor FC bawah 20 tahun.

 2. Selain handal bermain bola sepak, Jep sangat handal bermain pingpong.

 3. Pernah mewakili SK Kulai dalam sukan Bola Tampar pada tahun 1994

 4. Jep sangat rapat dengan ibunya. Pernah menghadiahkan ibu tersayang sekalung rantai mutiara bernilai RM500 hasil gaji pertama ketika bertugas di NSTP, Senai, Johor.

 5. Sangat meminati pasukan MU & Kelantan FC

 6. Pernah menangis ketika masih dalam Raja Lawak 2009 akibat tidak pernah berjauhan dari keluarga

6. Minuman kegemaran Teh O Panas & makanan kegemaran Asam Pedas

7. Hampir di hantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka akibat terlalu nakal di sekolah.

8. Memiliki lima orang anak buah yang masih kecil dan membawa gelaran pakteh di rumah.

9. Jep adalah bekas pelajar SK Kulai & SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Bersekolah di sekolah menengah yang sama bersama Mamat Sepah.

10. Memiliki Honda Civic Type R berwarna putih sebagai kereta pertama setelah menjadi artis.

11. Membintangi drama Tok Ketua sebagai penampilan pertama SEPAH selepas juara Raja Lawak 2009. 

12. Pernah melakonkan watak seorang buta dalam drama Biar Betul Bendul bersama Mamat & Shuib. Untuk pertama kali nama sebenar Jep, Mohd Nadzri Zainal Abidin di papar penuh dalam drama tersebut.

13. Selain berlawak, Jep sangat cekap bermain gitar, malah pandai menyanyi.

14. Jep seorang yang tidak suka kepada benda yang remeh temeh. 

15. Mewakili Malaysian Artist Sports Club (MASC) dan sering bermain utk posisi penyerang (stricker)

15. Walaupun peminat menggelarkannya seorang yang mempunyai suara "petir", namun Jep juga seorang yang sangat penyayang. 

16. Sangat menjaga dan mengambil berat tentang keluarga & sahabat rapat.

17. Suka kepada kanak-kanak dan suka mengusik.
(ini yang buat peminat dia gilo ni!!)

18. Jep memiliki ketinggian pada 186cm 

19. Selain bakat, rata-rata peminat Jep sangat menggilai senyum dan gayanya yang simple.

20.  Sangat menghormati peminat wanita. Tangan akan dibelakang setiap kali bergambar

21. Tidak memiliki akaun Twitter dan FB, hanya tumpuan sepenuhnya kepada Instagram.

 




 

Tuesday, 12 November 2013

12 November 2012 ; Sebuah Momento.

Assalamualaikum.......

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

Hai....apa khabar semua followers dan pembaca setia saya? Harap anda semua sihat-sihat belaka ye. Saya macam biasalah, sibuk dengan kerja. Maklumlah, 2014 hampir tiba. Jadi, perancangan syarikat banyak saya pikul (walaupun syarikat ini bukan saya punya..hehehe). Sudah namanya tanggungjawab, pikul sahajalah. Lagipun, kerja tu satu ibadah. (amboi..celoteh cik zura!) 

Tadi sebenarnya, terbelek kalendar kat meja ni. Baru perasan hari ini 12 November 2013. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun lepas, tarikh ini saya menghadiri Malam Gala atau Malam Pratonton Sepah The Movie. Dan pada bulan November juga, abang-abang ex Sepah, termasuk abg sayang saya tu....ehem! bukan, sorry tersalah tulis...abg sayang korang....sibuk promosi jelajah Sepah The Movie. (Kalau nak baca entri dulu, klik pada entri November 2012). Dari Batu Pahat, ke Melaka, Plaza Angsana, Kuala Lumpur, Penang dan seterusnya Kuantan. Yang paling...sumpah tak boleh lupa, road tour Penang. Sian.........die demam. Demam teruk! Kekekeke..........(manja sangatlah mamat ni!)

Opps.....sorry. Nak cerita pasal Malam Gala tu sebenarnya. Okay, tayangan pratonton tu berlangsung di E@Curve, Damansara. Buat pertama kali, saya jumpa secara penuh, kumpulan Sepah walaupun mereka dah berpecah masa tu. Pada waktu itu, saya masih bekerja di syarikat lama di Petaling Jaya. Habis kerja pukul 6ptg, saya terus bergegas ke E@Curve. Bayangkan ye dengan jem, dengan phew berpeluh-peluh. Semata-mata nak menatap abang berbaju hitam ni. 

Ingat tak poster ni? Ya Ampun...poster ini sebesar-besar alam okay!
Masa tunggu artis datang sangat kelakar. Jantung dup dap dup dap. Nak meredakan tekanan, saya bergambar dengan Shahrol, Mamat dan Jehan. Nampaknya si baju hitam ni...sebab masa tu belum kenal dan saya masih dalam kategori peminat FANATIK.....saya nak pengsan! Tak tahu kenapa!!


Alamak.....dah macam orang baru balik keje opis! Jep terlalu segak malam tu. Untuk pertama kali saya melihat dia berpakaian rasmi yang memang segak. Wah warna hitam. Nak selamat la tu. Sebenarnya, malam gala tu adalah kali ketiga saya jumpa Jep straight dalam seminggu. Tengok ye, 4 Nov 2012, saya jumpa dia di Subang Jaya, 11 Nov saya datang untuk roadtour STM di Klang dan 12 Nov untuk malam pratonton STM. Wah...............penat toqq! Tapi yelah masa tu kan "gila"! Sanggup lah buat keje gila. Yelah, balik rumah pun dah pukul 2 pagi, edit gambar dan upload di FB & Blog sampai 4 pagi, solat subuh terus pastu g keje! Agak-agak....saya cukup tido tak sepanjang pembabitan saya dengan Jep?? Hehehehehehe...............!


Tapi itu semua kenangan manis. Momen paling manis. Sememangnya setiap momen saya adalah paling terindah. Kadang-kadang, kena benda atau perkara yang saya rasa tak ada kena mengena! Dan, saya melihat pembabitan saya sepanjang menyokong kerjaya insan bernama Mohd Nadzri ini cukup terindah, sekalipun ada masa badai melanda. Bukan setakat badai, tsunami juga melanda. Cukup meruntuhkan sokongan saya yang saya bina. Setiap kali saya down, saya pujuk hati bangun semula. Well, Jep kerjanya apa? selebriti kan? Dan sebagai selebriti pasti terlibat dengan ramai orang. Bila terlibat dengan ramai orang, pasti setiap kepingan hati perlu dijaga. Pasti juga, setiap airmata perlu dikekang agar tidak tumpah. Namun, itu tidak adil rasanya bagi Jep, kan? Macam lagu Yuna...ini tidak adik tidak adil baginya!!  

Saya mungkin tidak akan bersama lagi, (mungkin........cerita Allah saya tidak pasti) untuk menyokong dan berada di mana sahaja Jep berada seperti sebelum ini. Saya dah tak kuat berdepan dengan Jep yang semakin mendaki ke puncak sekarang. Namun, apa yang akan berterusan dari saya, adalah doa ke hadrat Allah, semoga dijaga hatinya berbolak balik, dimurahkan rezeki dan menjaga perjalannya supaya tidak diletak bersama orang-orang yang sombong dan riak. Juga, jauh dari gossip yang bukan-bukan. Saya pasti, In Sha Allah, Jep mampu menjaganya.


Kepada semua yang selama ini menjadi pembaca setia, yang mengikut perkembangan blog ini dari awal sehingga hari ini, terima kasih seadanya. Saya tak kenal anda semua, tapi bila saya pergi Halfest di booth M7 hari tu tiba-tiba ada yang tegur "ini kak zura blog ke?" aduhai......terharu sangat. Malah permintaan untuk setiap entri baru membuatkan saya fikir panjang untuk berhenti menulis. Terima kasih ye. Kepada yang memberi saya kata kata semangat di IG juga terima kasih. (yang asyik dok bertanya....akak suka abg Jep ke? akak ni bla bla bla....jawapan saya TAK! harap maklum!)

Kepada Jep........nak cakap apa eh? Tak tahu awak masih baca ke tak? emm..kalau baca, good luck je lah untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Do the best...maximum best. Actually rindu sangat nak dapat pesanan dari awak supaya datang program rakaman yang melibatkan awak, Jep!! Macam dulu awak ajak datang rakaman KKX dengan Warna Raya 2013. "Zura datang ye...ajak kawan-kawan yang lain"..... Ya Allah Ya Latiff.....rindunya!! :'( . Takpelah....masa berlalu. Tak kisahlah tu. Anyway, selamat maju jaya, selamat segalanya. In Sha Allah. 

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azuranadzri-