Monday, 21 October 2013

Selamat Maju Jaya, Abang!

Assalamualaikum blog & pembaca tersayang.....

Haih.....hujan malam ni di waktu entri ini ditulis. Sejuk je malam ni. Tadi sebenarnya dok mengemaskan file-file dalam laptop ni sebab nak dihantar servis Sony Vaio kesayangan saya ni. Maklumlah, berserabai. Macam-macam file ada. Tengah kemas-kemas, saya terjumpa file tertulis 'MNZA'. Buka..............wahhhhh banyaknya!!! Tak sangka sebanyak ni gambar gambar Jep. Video pun ada. Video yang saya buat, ada juga yang saya rakam sendiri. Dan, yang buat saya tersentuh hati, setiap momen terindah saya bersama Jep, dan rakan-rakan lain. Seiring dengan hujan malam ni, tanpa saya sedar air mata saya menitis. (Tunggu! Jangan muntah.....ada sebab kenapa saya sebak...huhu)

Menyingkap pertemuan awal saya dengan jejaka tinggi lampai ini, sungguh saya tidak pernah rancang. Sesiapa yang baca setiap entri saya, pasti tahu perjalanan ceritanya. 1 September 2012, di waktu saya masih dalam sedih, dalam hiba akibat ditinggalkan bekas teman lelaki (in fact masa tu bakal tunang), saya gagahi mencari sesuatu untu hiburan diri. Saya pernah berdoa dalam hati, ya Allah, tunjukkan aku sesuatu yang mampu beri aku senyum balik. Selang dua hari, saya termimpi dan termenonton semula drama Bujang Sepah Silalalitamplom (ulang tayang AstroPrima). Terus saya mencari, lelaki gigi lapis-lapis ni nama dia Jep, kan? Saya cari di google search, dan arahkan saya ke Facebook Fan Club Jep Sepah. Kebetulan, saya ternampak post "Rakaman Rancangan Betul Ke Bohong". Saya tak fikir panjang, hujung minggu tu juga saya terus cari studio itu. Dan memang dapat jumpa dengan Jep Sepah. Tinggi, kurus, segak dan murah senyuman. 


Saya terlalu gugup. Saya dalam keadaan sungguh berpeluh-peluh. Dalam keadaan letih nak balik masa tu, Jep dan Angah (selaku artis undangan BKB masa tu) sempat tumpangkan saya dan rakan-rakan ke stesen KTM terdekat. Dalam KTM, perasaan saya sungguh macam ombak. Kadang2 saya cubit diri sendiri "aku tak mimpi kan? aku tak mimpi kan?"

Sejak pertemuan itu, pertemuan seterusnya menjadi lebih kerap pula. Dari Roadtour Sepah The Movie, ke Malam Gala Sepah The Movie, Perlawanan Bola MASC, Rakaman KKX, Rakaman Program Raya.... ish macam-macam. Perlawanan Bola MASC paling saya tak lupa. Kadang2 tengah berehat2 dirumah, dapat sahaja info tentang perlawanan, terus sarung jeans, sarung tshirt, sarung tudung.....zupppppp! sampai! Tak kira lah kat mana saja perlawanan tu.


Kadang-kadang bila fikir dan diingat, mungkin takde yang buat keja gila macam saya kot. Saya tahan lapar, saya redah jem, saya redah hujan, kalau dari pejabat, saya dengan tak mandi, saya kadang2 comot giler nak berdepan dengan Jep, saya letih, saya penat, saya demam, saya sakit kepala......demi rakan-rakan peminat tersayang waktu itu, dan demi Jep juga, saya tahankan juga. Saya bukan nak raih simpati, tapi sekadar share. Balik dari berjumpa, saya akan senyum ingat apa je yang berlaku. Teringat juga time dilema nak belikan apa si Jep ni hadiah sempena hari jadi. Walaupun tak semahal mana........saya tengok selesa sungguh dia dengan tshirt belang biru, hijau dan ungu dari saya tu. Dua hari selepas pemberian hadiah tu, saya memang tak menjejak kaki ke studio KKX watu tu. Saya terlalu letih.....! Mungkin dia tahu saya dtg, tapi rupanya saya tak datang. Sampai skrg saya mcam menyesal......awak nak tunjuk kat saya ye.......? Thank you, you so nice. Maaf, sampai skrg tak kesampaian saya nak tgk awak pakai tshirt tu live. Jangan buang ok tshirt tu even kite tak dah  jumpe lepas ni...... T____T 




Saya mungkin dianggap syok sendiri. Tapi hakikatnya, sesiapa yang pernah kenal siapa Jep Sepahtu, pasti merasai setiap debaran saya. Saya sememangnya rindu setiap kenangan yang hampir kesemuanya mengusik jiwa. Itu belum cerita Air Mineral Angry Bird. Jep berhenti first half, hanya satu pertanyaan Jep kepada saya waktu tu "nak air tak?" I just like "gulpp! nak......!" Masih terdengar katanya, "Ambik gambar separuh je ye..." Mungkin segan berseluar pendek sahaja barangkali..........




Itu belum lagi, kali pertama saya dapat tahu Jep jenguk blog ni. Ya Rabbi, saya separuh pengsan rasanya masa tu. Cepat-cepat cari balik entri yang berbaur agak peribadi, terus delete. Dalam hati, "matilah aku! matilah aku....baca pulak mamat ni.......!!! Phewwww!"

Dalam banyak2 kenangan, sewaktu menyambut belated birthdaynya adalah paling terindah. Walaupun saya dah sumpah cakap, maximum letih.......tapi saya puas hati. Saya tengok Jep tak henti-henti cakap terima kasih. Jep seorang yang sangat menghargai. Walaupun dalam keadaan basah kuyup akibat kena siram ramai-ramai (dalam hati saya memang cakap "padan muka...padan muka"), senyum di bibir tak pernah lekang. Saya ketawa tambah sakit hati pula waktu saya suruh Jep potong kek untuk diberi kepada rakan-rakan pasukan MASC. Katanya "eh, awak potongla...saya potong bersegi2 nanti jadinya!" Ya Rabbi, Ya Tuhan sabar je la aku!!!



Kalau nak diceritakan setiap saat, setiap detik...................ianya cukup terindah. Paling terindah. Kadang-kadang dari senyumnya sahaja saya tahu, ada yang tak kena. Saya cukup kenal dengan senyuman pelawak idaman ramai ini. Saya akan sentiasa ingat setiap lambaian dia dari atas pentas KKX bila nampak saya dan rakan-rakan lain, saya akan ingat setiap panggilan "zura...." setiap kali nampak saya untuk menyaksikan dia beraksi di atas padang, saya akan rindu sebutan "ok jom..." atau "ok bolehhhh" setiap kali nak bergambar, saya akan rindu ayat "tak payah susah-susah zura...malu nak terima hadiah selalu.....'' dan saya akan sebak setiap kali teringat " terima kasih zura....", "tq zura", "susah aje awak ni, saya terhutang budi dengan awak" "awak dah byk susah,zura....". Dan yang paling saya tersentuh......saya pernah nasihatkan dia minum banyak air sebab musim jerebu dan jawabnya "baekk zura...awak juga ye...."oh d*** how I miss all this!!


Saya tutup semua file-file MNZA yang saya buka tadi dengan sebak dalam hati. Andai setiap detik itu saya mampu ulang, saya akan jaga setiap darinya. Kini, saya hanya mampu senyum bangga dari jauh. Saya menonton dia di Super Spontan 2013, saya lihat dia julang anugerah, saya lihat dia segak bergaya bersama M7 Drive & M7 Prooil...saya tumpang bangga. Well, saya pernah cakap awak akan jadi duta...awak tak caya...see!! Masin tak mulut saya??? :) Saya tunggu kalau rezeki awak jadi Garnier For Men ke, Kitkat ke, apa-apalah...............!

Sungguhpun begitu, satu sahaja yang masih berterusan dari saya.....doa yang tak pernah berhenti. Semoga kehidupannya diberkati oleh Allah SWT. Dan, saya berharap semua peminat mendoakan juga kesejahteraan jejaka yang dah banyak buat saya ketawa dan ketawa......! Untuk Jep seandainya coretan ini dibaca, apapun terjadi, saya mohon sesangat awak jangan lupa diri ya. Harapan peminat awak semua di bahu awak. Saya tahu kadang2 awak tak terlayan, tapi saya tahu awak dah buat sebaik mungkin. Percayalah, semua sayang awak. Cukup memadai awak di Instagram. Saya geli hati melihat peminat awak disana........tersengih saya baca komen2 yang lain. Saya faham perasaan mereka, Jep. Ada yg bagitahu saya, mungkin mereka pengsan atau separuh sedar bila berdepan dengan awak. Well, saya yang sedia tegap ini pun kadang2 rapuh, apatah lagi mereka. Permintaan saya, jangan hampakan mereka semua ya. Dan saya minta maaf, JDT kalah 6-1 dengan Kelantan hari tu...ok larikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! ^__^

Selamat maju jaya, abang! May Allah bless you. InshaAllah.

-Azura Nadzri-

4 comments:

  1. assalamualaikum kak zura :) post akk yg ni seriously , menyayat hati . sebak jgk hti sy bila bca . and sy tgk jgk gmbr2 yg akk post kt ig . tgk senyuman jep tu . huuu cntik ! so , keep updating your blog yea ? :)

    ReplyDelete
  2. Ni kenapa mcm org berjauh hati je ni ? Dia de wat hal ke kat u ?

    ReplyDelete
  3. Hehe, suka baca blog kak Zura :) best! Haih bila laa dpt jumpa akk n abg jep ni ..huhu keep updating all about jep ye :) hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Zura... saya tersenyum2 baca post awak ni. Semua post2 yang saya baca, saya nampak Jep ni memang baik orangnya, yang menghargai peminat2 dia... saya rasa bangga sgt.
    Saya peminatnya dari Singapura... saya disini selalu berharap satu hari nanti saya nak sangat jumpa Jep face to face. Tapi biler saya baca blog ni... buat saya rasa seperti Jep dekat di hati walaupun jauh di mata... Terima kasih Zura sebab sudi kongsi segala kenangan atau info tentang Jep di sini. Terus kan blogging ye. :)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.