Wednesday, 30 October 2013

Super Spontan 2013 The Grand Finale - Itu RM100,000 kasi sebat, bro!




GOOD LUCK BRO....
SUPER SPONTAN 2013 AKHIR.




Kedudukan Undian Terkini setakat 30 Oktober 2013.
*Takyah undi dah la......itu RM100,000 lu kasi angkat bro!!! 

Monday, 28 October 2013

Pusingan Akhir Super Spontan 2013 - Good Luck, Abang!

Assalamualaikum....

Haaa......tengok tajuk pun tahu kan. Well, kita dah pun tahu siapa yang akan ke pusingan akhir Super Spontan 2013 hujung minggu ini, dan bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000! (saya dah dapat agak sape menang da.....). Wah.....tukar kereta lagi la orang tuu kalau menang lagik. Sian biru shaye terpinggir sudah...teettttt!!! Takdelah gurau-gurau je...

Anyway, best of luck untuk Jep dan juga rakan seperjuangan lain untuk Super Spontan nanti. Menang kalah adat bertanding, dan rasanya sape menang atau kalah no issue among them sebab dorang semua kawan-kawan baik. Aha, disebabkan nak memeriahkan entry kali ni, saya ada jemput beberapa sahabat saya di IG, yang peminat Jep juga untuk memberi sedikit ucapan good luck melalui hasil kreativiti masing-masing. Alhamdulilah, ramai yang hantar rupanya. Jadi, untuk pusingan pertama ni, saya letakkan yang saya pilih :

Dari Cik FayQa. Terima kasih. Cantik Sangat....

Dari Airienna Khairuddin

Dari Hajar Azalia

Dari Nurul Hanis Khairul

Dari Siti Awaddah Abd Razak

Dari Wanie Shaari.....stylo..!!

Yang ni special handmade dari Singapura, Nur Namira. 


Terima kasih semua yang hantar. Yang mengadap laptop nak create design ni pun ada ni. Wah, semangat korang masing-masing. Maklum....sayang abg ye! Kekekeke. Okay kepada yang nak hantar (anyway, saya suka-suka je....memeriahkan majlis kata orang), follow saya di IG saya, @azuranadzriofficial untuk dapatkan email address. Anyway, sekali lagi saya maklumkan, ini takde hadiah pun. Sekadar suka suki. Kepada yang dah hantar, anda semua sememangnya kreatif. Terima kasih tidak terhingga okay.

Kepada Jep, seandainya entri ini dibaca, ini sebahagian dari peminat awak. Doa saya dan mereka, mengiringi awak ke Pentas Akhir Super Spontan 2013. InsyaAllah, buat yang terbaik, lawak biar maximum tapi control okay......! Jangan nervous......! InshaAllah, RM100,000 is yours!!! All the best & good luck, abang!

-hanyadiajepsepahtu / azuranadzri - 
 
 
 
 
 
 

Monday, 21 October 2013

Selamat Maju Jaya, Abang!

Assalamualaikum blog & pembaca tersayang.....

Haih.....hujan malam ni di waktu entri ini ditulis. Sejuk je malam ni. Tadi sebenarnya dok mengemaskan file-file dalam laptop ni sebab nak dihantar servis Sony Vaio kesayangan saya ni. Maklumlah, berserabai. Macam-macam file ada. Tengah kemas-kemas, saya terjumpa file tertulis 'MNZA'. Buka..............wahhhhh banyaknya!!! Tak sangka sebanyak ni gambar gambar Jep. Video pun ada. Video yang saya buat, ada juga yang saya rakam sendiri. Dan, yang buat saya tersentuh hati, setiap momen terindah saya bersama Jep, dan rakan-rakan lain. Seiring dengan hujan malam ni, tanpa saya sedar air mata saya menitis. (Tunggu! Jangan muntah.....ada sebab kenapa saya sebak...huhu)

Menyingkap pertemuan awal saya dengan jejaka tinggi lampai ini, sungguh saya tidak pernah rancang. Sesiapa yang baca setiap entri saya, pasti tahu perjalanan ceritanya. 1 September 2012, di waktu saya masih dalam sedih, dalam hiba akibat ditinggalkan bekas teman lelaki (in fact masa tu bakal tunang), saya gagahi mencari sesuatu untu hiburan diri. Saya pernah berdoa dalam hati, ya Allah, tunjukkan aku sesuatu yang mampu beri aku senyum balik. Selang dua hari, saya termimpi dan termenonton semula drama Bujang Sepah Silalalitamplom (ulang tayang AstroPrima). Terus saya mencari, lelaki gigi lapis-lapis ni nama dia Jep, kan? Saya cari di google search, dan arahkan saya ke Facebook Fan Club Jep Sepah. Kebetulan, saya ternampak post "Rakaman Rancangan Betul Ke Bohong". Saya tak fikir panjang, hujung minggu tu juga saya terus cari studio itu. Dan memang dapat jumpa dengan Jep Sepah. Tinggi, kurus, segak dan murah senyuman. 


Saya terlalu gugup. Saya dalam keadaan sungguh berpeluh-peluh. Dalam keadaan letih nak balik masa tu, Jep dan Angah (selaku artis undangan BKB masa tu) sempat tumpangkan saya dan rakan-rakan ke stesen KTM terdekat. Dalam KTM, perasaan saya sungguh macam ombak. Kadang2 saya cubit diri sendiri "aku tak mimpi kan? aku tak mimpi kan?"

Sejak pertemuan itu, pertemuan seterusnya menjadi lebih kerap pula. Dari Roadtour Sepah The Movie, ke Malam Gala Sepah The Movie, Perlawanan Bola MASC, Rakaman KKX, Rakaman Program Raya.... ish macam-macam. Perlawanan Bola MASC paling saya tak lupa. Kadang2 tengah berehat2 dirumah, dapat sahaja info tentang perlawanan, terus sarung jeans, sarung tshirt, sarung tudung.....zupppppp! sampai! Tak kira lah kat mana saja perlawanan tu.


Kadang-kadang bila fikir dan diingat, mungkin takde yang buat keja gila macam saya kot. Saya tahan lapar, saya redah jem, saya redah hujan, kalau dari pejabat, saya dengan tak mandi, saya kadang2 comot giler nak berdepan dengan Jep, saya letih, saya penat, saya demam, saya sakit kepala......demi rakan-rakan peminat tersayang waktu itu, dan demi Jep juga, saya tahankan juga. Saya bukan nak raih simpati, tapi sekadar share. Balik dari berjumpa, saya akan senyum ingat apa je yang berlaku. Teringat juga time dilema nak belikan apa si Jep ni hadiah sempena hari jadi. Walaupun tak semahal mana........saya tengok selesa sungguh dia dengan tshirt belang biru, hijau dan ungu dari saya tu. Dua hari selepas pemberian hadiah tu, saya memang tak menjejak kaki ke studio KKX watu tu. Saya terlalu letih.....! Mungkin dia tahu saya dtg, tapi rupanya saya tak datang. Sampai skrg saya mcam menyesal......awak nak tunjuk kat saya ye.......? Thank you, you so nice. Maaf, sampai skrg tak kesampaian saya nak tgk awak pakai tshirt tu live. Jangan buang ok tshirt tu even kite tak dah  jumpe lepas ni...... T____T 




Saya mungkin dianggap syok sendiri. Tapi hakikatnya, sesiapa yang pernah kenal siapa Jep Sepahtu, pasti merasai setiap debaran saya. Saya sememangnya rindu setiap kenangan yang hampir kesemuanya mengusik jiwa. Itu belum cerita Air Mineral Angry Bird. Jep berhenti first half, hanya satu pertanyaan Jep kepada saya waktu tu "nak air tak?" I just like "gulpp! nak......!" Masih terdengar katanya, "Ambik gambar separuh je ye..." Mungkin segan berseluar pendek sahaja barangkali..........




Itu belum lagi, kali pertama saya dapat tahu Jep jenguk blog ni. Ya Rabbi, saya separuh pengsan rasanya masa tu. Cepat-cepat cari balik entri yang berbaur agak peribadi, terus delete. Dalam hati, "matilah aku! matilah aku....baca pulak mamat ni.......!!! Phewwww!"

Dalam banyak2 kenangan, sewaktu menyambut belated birthdaynya adalah paling terindah. Walaupun saya dah sumpah cakap, maximum letih.......tapi saya puas hati. Saya tengok Jep tak henti-henti cakap terima kasih. Jep seorang yang sangat menghargai. Walaupun dalam keadaan basah kuyup akibat kena siram ramai-ramai (dalam hati saya memang cakap "padan muka...padan muka"), senyum di bibir tak pernah lekang. Saya ketawa tambah sakit hati pula waktu saya suruh Jep potong kek untuk diberi kepada rakan-rakan pasukan MASC. Katanya "eh, awak potongla...saya potong bersegi2 nanti jadinya!" Ya Rabbi, Ya Tuhan sabar je la aku!!!



Kalau nak diceritakan setiap saat, setiap detik...................ianya cukup terindah. Paling terindah. Kadang-kadang dari senyumnya sahaja saya tahu, ada yang tak kena. Saya cukup kenal dengan senyuman pelawak idaman ramai ini. Saya akan sentiasa ingat setiap lambaian dia dari atas pentas KKX bila nampak saya dan rakan-rakan lain, saya akan ingat setiap panggilan "zura...." setiap kali nampak saya untuk menyaksikan dia beraksi di atas padang, saya akan rindu sebutan "ok jom..." atau "ok bolehhhh" setiap kali nak bergambar, saya akan rindu ayat "tak payah susah-susah zura...malu nak terima hadiah selalu.....'' dan saya akan sebak setiap kali teringat " terima kasih zura....", "tq zura", "susah aje awak ni, saya terhutang budi dengan awak" "awak dah byk susah,zura....". Dan yang paling saya tersentuh......saya pernah nasihatkan dia minum banyak air sebab musim jerebu dan jawabnya "baekk zura...awak juga ye...."oh d*** how I miss all this!!


Saya tutup semua file-file MNZA yang saya buka tadi dengan sebak dalam hati. Andai setiap detik itu saya mampu ulang, saya akan jaga setiap darinya. Kini, saya hanya mampu senyum bangga dari jauh. Saya menonton dia di Super Spontan 2013, saya lihat dia julang anugerah, saya lihat dia segak bergaya bersama M7 Drive & M7 Prooil...saya tumpang bangga. Well, saya pernah cakap awak akan jadi duta...awak tak caya...see!! Masin tak mulut saya??? :) Saya tunggu kalau rezeki awak jadi Garnier For Men ke, Kitkat ke, apa-apalah...............!

Sungguhpun begitu, satu sahaja yang masih berterusan dari saya.....doa yang tak pernah berhenti. Semoga kehidupannya diberkati oleh Allah SWT. Dan, saya berharap semua peminat mendoakan juga kesejahteraan jejaka yang dah banyak buat saya ketawa dan ketawa......! Untuk Jep seandainya coretan ini dibaca, apapun terjadi, saya mohon sesangat awak jangan lupa diri ya. Harapan peminat awak semua di bahu awak. Saya tahu kadang2 awak tak terlayan, tapi saya tahu awak dah buat sebaik mungkin. Percayalah, semua sayang awak. Cukup memadai awak di Instagram. Saya geli hati melihat peminat awak disana........tersengih saya baca komen2 yang lain. Saya faham perasaan mereka, Jep. Ada yg bagitahu saya, mungkin mereka pengsan atau separuh sedar bila berdepan dengan awak. Well, saya yang sedia tegap ini pun kadang2 rapuh, apatah lagi mereka. Permintaan saya, jangan hampakan mereka semua ya. Dan saya minta maaf, JDT kalah 6-1 dengan Kelantan hari tu...ok larikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! ^__^

Selamat maju jaya, abang! May Allah bless you. InshaAllah.

-Azura Nadzri-

Monday, 14 October 2013

Blog Sokongan & Wallpaper Editing :)

Assalamualaikum semua....

Sihat semuanya kakak-kakak, adik-adik dan bro-bro saya ni? Harap semuanya sihat lah ye. Saya alhamdulilah sihat sahaja. Maklumlah, kat pejabat hari ini (waktu entri ini ditulis sehari sebelum Aidiladha) tak byk sangat tugas, jadi curi masa sikit. (even dah taknak sambung da blog ni sbrnya, tapi difikirkan balik, blog ni dah macam nyawa saya....sayang sangat)

Okaylah straight forward, tadi saya google search beberapa blog lain selain blog saya yang menulis tentang Jep. Walaupun tidak sepenuhnya, tapi mereka gigih menulis. Ini yang saya jumpa. Sekalung syabas buat adik Sarah, Ain Nuramsya, Zaihan Hazwani, Syahirah Manap dan Cik Aliesha Kirana. Tabah kalian terus menulis, walaupun saya tengok ada yang entri lama. Takpe....sebagai sokongan tu. Saya rasa banyak lagi tapi yang saya jumpa ini semua. Jadi, kpd anda yg sayang blog saya ni, apa kata jenguk-jenguk dan tengok - tengok blog mereka juga ye :

Sara Jeppers : http://saraaandjep.blogspot.com
Ain Nuramsya : http://ainnadzriyzhar.blogspot.com
Zaihan Hazwani : htpp://zaihanhazwani.blogspot.com
Aliesha Kirana : http://akulahjeppers.blogspot.com

Ini antara yang saya jumpe. Saya tabik dengan kesungguhan mereka, terutama adik Ain Nuramsya dari Kedah tak silap saya. Sebenarnya banyak nama-nama peminat Jep yang saya sangat respect ke'hyperactive' mereka, contohnya yang macam Syahirah Jep, Ain Ainie, Adik Ain Nuramsya tu jugak, Nazifa, ish ramai tak tersebut. Kepada yang saya tak sebut maaplah bebanyak ye.....! Ramai sangat. Yelah bayangkan, Facebook Kelab Peminat Rasmi je dah 20,000, IG Jep sendiri dan 60,000 followers. Tu tak termasuk yang tak lekat dengan sosial media. Tenggelam saya agaknya kalau semua ni berkumpul. Warghhhhhhhhhhhhhh -_______-''

Okaylah sebelum undur diri, saya tahu ramai pengikut setia Jep disini suka sangat dengan wallpaper editing kan. I mean, edit gambor pakcik tu then buat wallpaper tab ke, PC ke, HP ke kan??? Haaaa jangan mohong!! Sebab hakak pun suke!! tettttt!! Dulula....skrg under kawalan. Okay here u go :





Selain itu, saya jugak letak gambar saya dengan Jep...yang saya dah crop. Saya tahu korang nak gambar Jep je sebab banyak pose saya dgn Jep sangat superb! (choiii berangan!!)  Dan sebab sangat sesuai plak dijadikan wallpaper HP anda....(ye saya faham anda semua ada yang pakai HP screennye besar....so nak tatap senang le kan? theeeehehehehe malu-malu ayam plok koranggg!! Hey ni kak Azura Nadzri ok.....! Korang nyer malu malu tu dlm poket akak je tau!! hehehe)
















Okay happy dok?? sebelum korang buang gambar hakak, hakak crop dulu. Takpelah.....akak faham minat korang camne......faham sesangat. So demi menepati citarasa ramai, kekekeke ini sahaja yg termampu okay......anyway, kepada yang terus support blog ni supaya terus "bernyawa", terima kasih banyak-banyak. Doakan blog ini terus bernafas ya....adios~

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com / azura nadzri -



Thursday, 10 October 2013

M7, Instagram, Hadiah & Pertemuan.

Assalamualaikum semua......

Hai....rindunya kepada semua pembaca saya. Maaf saya menyepikan diri. Pertama, banyak kerja di pejabat perlu diselesaikan, memandangkan syarikat ada usaha sama dengan partner di Brunei. Memandangkan saya antara yang bujang di syarikat ini, sayalah yang ditugaskan untuk ke Brunei, inshaAllah bulan November nanti. Saya harap tak pergi sebenarnya, saya tak suka berjauhan dengan keluarga. Hehehe. Yang keduanya, besar kemungkinan balik dari Brunei, saya akan sambung pula pengajian ke peringkat Master yang dah lama saya tangguh. InshaAllah, semua dalam perancangan. Hal yang ketiga.......emmmmmmm biarlah rahsia ye. Kadang-kadang life kena jadi defensive sikit, tak semua benda boleh dicerita.

Okay, apa nak dicerita kali ni...? Oh ya.......tempoh hari saya berkesempatan menjengah HalFest di Mines Resort City, 4 Oktober lalu. Asalnya saya kesana untuk melihat perjalanan HalFest, kebetulan M7 Drive membuat promosi bersama dutanya, JEP. Jadi, saya redahkan juga melawat beliau disana. Alhamdulilah, lega hati. Sekian lama tak jumpa, saya tengok Jep sihat walafiat walaupun sibuk dengan program Super Sponta 2013, dan sebagai Duta M7 Drive & M7 Prooil. Hebat mempromosikan barangan M7 di Instagramnya. Saya juga kadang-kadang tidak ketinggalan. Bantulah apa yang sepatutnya sungguhpun di belakang tabir.



Selain itu,  Jep juga sibuk dengan program Super Spontan 2013 sekarang, walaupun tempoh hari ada lawak spontannya mengusik senstitiviti isu Mat Yo sekejap. Alahai rilexlah...namanya comedian. Suka nak cari isu kan depa ni. Selama saya tengok Instagram Jep, ada satu yang menarik betul perhatian saya. Rasa nak nangis pun ada. Jep luangkan masa bermain takraw di rumah Mawi baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian saya, baju yang dipakainya. Sesiapa yang follow saya di IG dan FB dulu, sudah tentu kenal tshirt pemberian saya tu. 


Tiga situasi berbeza, di pakai ketika malam rakaman KKX 19 April lalu, menyambut peminat beraya di Kulai dan bermain Takraw. Sungguh betul dijadikan basahan tshirt saya tu. Terima kasihlah ye. Kalau selesa, cari dan beli sendiri di butik 2PM, Sunway Pyramid lah ye. Hehehehe........! Sebelum saya tamatkan post, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat saya di Instagram saya, @azuranadzriofficial kerana terus menyokong kerjaya Jep dan menjadi peminat paling teguh. Percayalah kata-kata saya, Jep sangat-sangat memerlukan anda semua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang "berani" memujuk saya menulis semula untuk blog ini. Demi permintaan semua, saya tunaikan....walaupun gambar semua "import" dari IG tuan punya nama. Hehe. 

Kepada yang terus bertanya macam mana nak kirimkan hadiah, surat ke, (kirimkan hadiah dan surat ye, kirimkan cinta, peluk, sayang, cium muah muah xdapek la....bukan muhrim oii!) anda semua boleh cari Presiden JEPFC, Cik Adila Zainul di Instagram @adilazainul atau di Facebook, search Adila Zainul. Cari beliau, dan InshaAllah, beliau akan membantu anda. Saya juga boleh bantu, tapi saya risau saya tak berkesempatan jumpa Jep gara-gara tugas yang melambak sekarang. Nanti hadiah tak sampai, saya juga jadi mangsa nanti.

Saya tinggalkan anda semua dengan gambar-gambar paling latest dari Jep. Semua "diimport" khas dari IG Jepsepahtu. Hehehehe. Oh ya, kepada yang mungkin ingin follow & menjadi sahabat saya di IG, (berkawan dengan saya dengan niat Lillahitaala, bukan sebab Jep ok), anda boleh follow saya di IG, @azuranadzriofficial. Nak borak2 dekat wechat juga boleh. ID saya ada di IG ye. Facebook Azura Nadzri saya rehatkan seketika. InshaAllah nanti saya kembali.

Jumpa anda semua di Instagram..................bye!








-azuranadzri / hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi, bererti hanya kau dihati, walau kau tiada disini, ku tetap ingat semua pesanmu.....................