Friday, 23 August 2013

Jep, M7 & Semut Sentap.

'Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi, beerti hanya kau dihati........................'

Lama tak start blog dengan nyanyi-nyanyi. Hai.........assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilah harap semuanya sihat-sihat belaka. Ada yang masih tak habis excited lepas Anugerah Lawak Warna aritu? Waduh........udah ya udah. Apa kata korang reserve excited tu, simpan untul ABPBH 2013 tahun depan. Potensi untuk menang Artis Komedi Lelaki Paling Popular cerah tu. Terrrrramat cerah. So simpan sikit. Takpun, simpan sikit untuk Super Spontan hujung minggu ni ye. Pilihan saya, of course Semut Sentap FC. Heeee.................

Hmm....bercakap pasal Semut Sentap FC ni, Jep akan bersama sama rakan artis yang lain untuk menentang Ketam Konfius FC dalam Super Spontan musim baru ni. Sebenarnya tak sabar juga nak tengok "kemerepekkan" Jep untuk spontan je. Hakikatnya dia memang spontaneous guy pun. 


Allahuakbar, yang duduk tengah-tengah bawah tu jangan nak SENTAP & MENCENGKAM JIWA sangat laaa~!

Selain dari itu, tahniah jugak untuk Jep sebab terpilih sebagai ahli keluarga baru untuk M7. Akhamdulilah, rezeki makan mencurah-curah abang aku sorang ni. Tergerak hati dah aritu, aik....selalu jumpa big boss M7 ni, ada apa-apa ke? Rupanya betul sangkaan saya. Alhamdulilah..................pesanan saya Jep, jaga diri ok. Jangan cepat terawang-awangan dan "terbabas" dari landasan sebenar ye. Dan, jangan lupa mereka yang selalu bantu awak. Tak ingat saya takpe...........saya ni ibarat buih tengah lautan je. Alamak...........jiwa jelly jelly! Hehehehe.



Sekali lagi tahniah yang tidak terhingga dari saya dan keseluruhan team JEPFC ya. Oh ye, 1st September ini genaplah saya bersama dengan JEP dan JEPFC. Kejap je kan? Teringat zaman sibuk dengan Sepah The Movie. Best giler sangat. Kemudian, masa tengah sibuk dengan Karoot Komedia X. Memang happening giler. Selain itu, blog hanyadiajepsepahtu.blogspot.com pun dah cecah setahun. Semua setahun..................alhamdulilah. Masih bernafas blog ni, malah semakin ramai pengikut. Terima kasih atas sokongan semua........



Zaman mula melangkah.........so so naughty!

Jep dari 2009 - 2013. Siapa sangka ye, comedian double meaning dulu ni
antara yang the most outstanding comedian 2013.

**Opss peringatan sikit : Kindly do your hair cut, please dear. Rambut macam dah boleh ikat atau cekak  




Wednesday, 21 August 2013

Persahabatan Sejati Jep & Shuib

Shuib Sangat Sabar Dengan Karenah Saya - Jep Sepahtu
(Petikan artikel dari KOSMO!)

BERHASIL menumpaskan nama-nama besar pelawak lain sehingga dinobatkan sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya, minggu lalu memberikan kenangan tersendiri buat pelawak Jep Sepahtu. Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Zainal Abidin berkata, ia merupakan anugerah pertama yang diraihnya secara solo sepanjang bergelar artis.
Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama Jep.
Kosmo: Ini merupakan kali pertama anda merangkul sebuah anugerah yang besar. Boleh ulas tentang kejayaan ini?
JEP: Sudah tentu ia satu kejutan kepada saya, apatah lagi ia kategori popular sementelah pemilihan dibuat menerusi undian peminat. Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini meskipun terpaksa bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya seperti Datuk AC Mizal, Johan, Zizan dan Yus Jambu.
Adakah kejayaan tersebut memberi tekanan kepada anda selepas ini?
Bagi saya, sama ada menang anugerah atau tidak, tekanan yang dilalui itu sama sahaja. Orang ramai melihat kerja menjadi pelawak ini senang, tetapi hakikatnya bukan mudah untuk buat orang ketawa. Bagaimanapun, saya beruntung kerana mendapat rakan gandingan iaitu Shuib dalam kumpulan lawak Sepahtu. Rasanya tanpa kehadiran dia, mungkin saya tidak berada dalam landasan sekarang.
Setelah kumpulan Sepah berpecah, anda dan Shuib telah menubuhkan Sepahtu. Apakah perkembangan Sepahtu sejak ia diwujudkan pada tahun 2011?
Secara jujurnya, saya mengakui saya seorang yang sangat cerewet. Kalau ada sesuatu yang tidak kena saya akan berterus-terang sahaja, tetapi cerewet saya itu bersebab. Sebagai contohnya, kalau kami berbincang mengenai jenis persembahan yang akan ditampilkan kepada penonton, saya akan tolak idea yang diberikan Shuib kalau saya rasa ia tidak sesuai. Namun begitu, saya bukanlah menolaknya sesuka hati sahaja, tetapi saya akan sertakan sekali dengan sebabnya. Saya rasa sikap cerewet itu perlu untuk kebaikan bersama.



Adakah sikap berkenaan pernah menimbulkan pergeseran dengan Shuib?

Kalau pergeseran kecil itu memang selalu berlaku, tetapi masing-masing tidak pernah ambil hati. Lagipun Shuib juga berhak menolak idea saya sekiranya tidak sesuai untuk dipersembahkan. Sebenarnya Shuib seorang yang sangat sabar dengan kerenah saya. Ia menjadi faktor paling utama kami dapat terus bertahan sehingga sekarang.


Apakah pandangan anda terhadap Anugerah Lawak Warna yang buat kali pertama dianjurkan?
Pertama sekali saya cukup berbangga dengan pihak Astro kerana menganjurkan anugerah ini. Ia telah meletakkan dunia komedi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi.
Ceritakan perkembangan aktiviti seni anda selepas cuti Aidilfitri?
Dalam tempoh terdekat ini saya akan menyertai rancangan Super Spontan untuk musim kedua. Bersama Sepahtu pula kami akan terbabit dalam sebuah pertandingan realiti, namun belum boleh diumumkan lagi. Tentang tawaran lain pula memang banyak yang diterima, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana faktor masa. Kalau boleh saya tidak mahu bersikap tamak dengan mengambil apa sahaja tawaran kerana ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon dan pelawak.

Artikel Hak Cipta Terpelihara : KOSMO! 21 Ogos 2013


Monday, 19 August 2013

Jep Di Tesco Rawang (18 Ogos 2013)

Assalamualaikum....

Auuwww! sakit kepala sebenarnya ni. Penat kot tadi tetamu datang umah beraya. Penat mengemas lepas mereka balik. Tengahari tadi sempat singgah TESCO Rawang, well....my bos kat sana. Jenguklah. Saya kan Setiausaha berkaliber katanya! Ditemani cik Presiden, Cik Adila, kami bertolak dari Klang menuju ke TESCO Rawang. Agak lama x ketemu cik Dila, banyak perkara kami bualkan. Naik ke tingkat atas, sudahpun sesi autograf. Jep nampak sedikit letih........masih terkejut kot dengan award dia menang malam Jumaat aritu.......! Nak balik just say selamat hari raya kepada saya dan dila. 

Okay, saya tak nak celoteh panjang.....ini ada beberapa gambar yang sempat saya capture. Enjoy.............













Friday, 16 August 2013

Syukur Alhamdulilah...........Tahniah Jep (Mode : Sebak)

Assalamualaikum.....

Kejap...nak lap air mata! Ni serius nangis nie....! Mujur Jep lelaki, kalau perempuan memang I want hug you!!!!! Tahniah Jep....tak sia-sia undi lebih haritu. Jujur nak habaq mai, memang pulun habis undian kali ini. Sebab.....frust jugaklah ABPBH aritu. Ternyata rezeki berpihak kepada awak malam ni. Sian HP Sony I tercampak dari tangan tadi. Sorry my dear Sony :)

Alhamdulilah Jep, kemenangan di pihak awak malam ini. Saya cukup percaya, rezeki akan bersama awak walau apa pun sebenarnya. Kerana, awak dah berusaha paling gigih. Dari lawak double meaning di pentas Raja Lawak 3, perlahan-lahan awak naik ke puncak. Cuma satu pesanan saya, jangan lupa keluarga, jangan lupa saudara-mara dan jangan lupa rakan-rakan awak di bawah ya. Saya percaya, ini permulaan untuk awak terus maju kehadapan. Perjalanan awak untuk setaraf, atau melebihi Zizan Razak hanya satu langkah sahaja lagi. Pesan saya...............jangan cepat melatah dan tepis la gossip ataupun cerita yang tidak membantu langsung untuk karier awak. 

Rasa nak terjun masuk TV.........even baju repeat!! Heee sorry bro!

Kepada semua crew JSFC, teraju utama Cik Siti Nur Izaira Hamdan (Cik Siti), Presiden Cik Adila, saya selaku Setiausaha, Cik Eyma selaku AJK, Cik Naz Ahmad selaku Bendahari, Encik Hafizzudin @ Fiz selaku Jurugambar Rasmi, dan AJK 'Invisible' @ Di Belakang Tabir,  Cik Sabila, ......we made it team!!! Kepada team Sepahtu FC Official juga, Cik Wawa Azura, Cik Zulaila, Cik Atiq Aziz, juga terima kasih. To all Jep supporters di FB, Twitter dan IG, maaf tak leh sebut sebab terlalu ramai, terima kasih atas sokongan anda. Teruskan sokongan yang tak berhenti okay. Saya tahu, anda semua pertahanan paling utuh di belakang Jep. Kepada ahli keluarga Jep yang turut memberi sokongan kepada peminat seperti kami, Makcik, Pakcik Jenal, Abg Fadzli, Kak Norida, Abg Akim, Khaty, Lokhman dan Ridzuan.....terima kasih tak terhingga dari kami kerana kuat bersama kami. Tanpa anda semua, kami tak sekuat ini....terima kasih. 


Kepada Jep..............saya sangat speechless. Tahniah sekali lagi. Bersedia untuk menerima banyak tawaran selepas ini dan juga bakal menjadi duta-duta produk lagi....ewahhh! Kan saya dah cakap, masin mulut Zura ni Jep, bakal duta Garnier For Men sapa tahu tak??? Auwww................cuci mata I masuk farmasi, gambor Jep sesaje kalau macam tu. Okay, akhir kata dari saya, jaga diri, semoga terus success! Jangan lupa, ingat Allah, tanggungjawab utama jangan dilupa kerana dari Dia rezeki awak datang. Alhamdulilah........



Saya tinggalkan anda dengan klip (ni masa ABPBH dulu.....pun boleh la naaa). 
Dari kami untuk Jep...

~Aku gembira menyaksikan, kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga, kini di menara
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga kau tak abaikan amanah & kewajipan~

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Jep Di Mata Saya....Suatu Penghargaan


Assalamualaikum wbt…..

Dap Dup Dap Dup……..10 jam ke Anugerah Lawak Warna 2013. Ramai yang bergoncang hati ke? Hahaha rilex sisters. Yang bertandingnya Jep, kalah menang adat bertanding ok. Apa-apapun, kita doa yang baik-baik sahaja semoga segalanya berjalan lancar. Ada yang dap dup sebab nak tengok apa gaya abg tu dress up malam ni ke? Jangan membongak kata Nabil……mesti ada kan. Nanti ada je update status ‘aaa melting…’, ‘Jep handsome…..’..aih macam-macam! Bukan tak tau korang punya stail amacam kan? Biasalah tu……….faham sgt.

Okay, hari ni takde topic sangat nak tulis sebenarnya. Entry sebelum ni dah mentioned pasal Aidilfitri dan ALW kan…so takkan nak repeat, kot korang bosan lak nanti. Emmm, oh ye. Hari ni saya nak tulis Jep di mata saya. Wah…gitu kerlassss tajuknya. Jep Nadzri di mata saya. Wah, kalau Zizan dari Zizan Raja Lawak boleh jadi Zizan Razak, Jep Sepahtu sedap gak jadi Jep Nadzri (sesuka hati aku nak tukar nama orang!)





Sebagai peminat, di mata saya, Jep sudah secara keseluruhan menjalankan tugas memuaskan hati semua peminatnya. Tolak tepi perkara berkaitan IG, Facebook dan Twitter kerana Jep pasti punya alasan tersendiri mengapa dia tidak mengambil port perkara social networking sebegini. Bagi saya, apapun alasannya, itu adalah demi kebaikan dirinya dan semua pihak barangkali. Jadi, maafkan saja dirinya. Walaupun dia tidak bersosial network, tapi, Jep tahu gelagat peminat-peminatnya. Kekuatan ahli-ahli tertinggi Jep Sepahtu Fans Club menyampaikan dan mendekatkan peminat kepada Jep sudah cukup memberi impak besar kepada semua. 



Katakan apa sahaja ; hadiah, surat, salam, penghargaan semuanya telah sampai terus di tangan Jep. Sekalung tahniah buat penggerak dan penyelaras JSFC di atas sandangan tugas yang tak berbelah bagi.Sebagai kenalan, Jep cukup menyerlah di mata saya. Ucapan terima kasih yang tidak pernah berhenti dari Jep cukup menyentuh hati. Jep telah berusaha menjadi adil kepada semua. Tipulah kalau saya katakan, tiada peminat yang berasa cemburu dengan segelintir peminat lain kerana kerap jumpa Jep. Malah saya sendiri pernah mengalami saat yang sama. Namun bagi saya, itu lumrahlah. Tak perlu lah rasa cemburu, rezeki masing-masing kan? Jep hanyalah manusia biasa. 



Secara hakikat dan hakiki, Jep ada dua tangan, dua kaki, dua mata, satu hati dan perasaan. Pergerakannya juga terbatas sebagai manusia biasa, dan Jep juga hanya memiliki 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu untuk memuaskan hati 20,000, malah lebih jumlah keseluruhan peminat dalam satu Malaysia, Singapura dan Brunei. Itu tidak termasuk tugasan seharian dan tanggungjawab terhadap keluarga. Kesiankan? Jadi, sebagai peminat yang “hebat”, persefahaman itu perlu. Kadang-kadang saya sedih baca status-status atau tindakan segelintir peminat yang tak memahami ni. Eh kemon la bak kata Jambu, he’s already done his best. Paling terbaik yang paling Jep mampu. Jadi, kita pun perlu jadi yang terbaik, kan?

Saya juga akui, saya juga ada melakukan kesilapan dari mula saya terbabit dengan Jep sampai sekarang. Bagi saya, saya juga seperti Jep, seorang manusia biasa. Saya TAK AKAN bisa lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Keadaan kadang-kadang menuntut kita untuk cuba memberi yang terbaik tanpa disedar tindakan sebenarnya salah. Hidup tak buat silap, bukan hidup namanya. Kerana dari kesilapan, kita belajar erti dewasa. Yang penting, tutup mata, jalan terus, jangan toleh belakang. Wahhhh dah jadi pakar motivasi kejap, kerlasssssssss ko Zura!


Antara yang buat saya.....haaaa??? hadiah harijadi Jep dari saya. Terbaik!

Okay, taknaklah celoteh panjang. Ni curi masa dekat office nie. Apa-apapun teruskan sokongan dan dorongan kepada Jep. Teruskan juga tumpuan mata dan kerjasama kalian kepada team penyelaras JSFC untuk info seterusnya tentang pria idaman ramai ini. Sape lagi, Enche Nadzri korang laaaaaaa. Adios...


"Tak mungkin kerana sayang, cuma kadangkala aku terkenang....."


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-










Tuesday, 13 August 2013

Aidilfitri & Anugerah Lawak Warna 2013

Assalamualaikummmmmmmmmmmm.....

Hai, selamat ari raye semua!! Maaflah lama tak update ni. Maklumlah namanya pun berhari raya, jadi blog ni pun berhari raya juga. Macam mana dengan raya anda-anda semua tahun ini? Meriah atau sebaliknya? Diharapkan meriah lah hendaknya ye. Saya tahun ni macam biasa, setiap tahun sederhana sahaja. Persiapan raya juga sederhana. Saya pulang ke kampung nenek di Batu Gajah Perak, sebelum balik ke kampung arwah wan saya di Negeri Sembilan. Anda semua macam mana??

Tahun ni, Jep sekeluarga bertemakan biru gitu. Ramai biru tahun ni eh. Saya sefamily juga biru tapi, biru turqoise. Wah...mungkin sejuk mata memandang kot warna biru, pakai pun tak panas. Hehehe. Tapi, itulah yang sedihnya, banyak program raya Jep saya miss-out. Nak buat camne, kampung TVnya sebuah, berebut sampai kena sorok remote control! wah kejam!! Mana-mana program di ASTRO mungkin ada maaflah juga sebab boleh record dan berulang tayang, macam telmovie Bapak-Bapak Aidilfitri tu, memang tak dapat tengok. Sape-sape yang simpati dengan saya, letaklah link citer tu kat wall FB saya ye....sian saye T_T!!

Jep Sekeluarga. Credit kepada Syahirah Jep yang bagi gambar ni.

Semua tau yang Jep suka budak-budak. Steady Pakteh!! :)

Dikesempatan ini juga, saya nak promote sikit tentang Anugerah Lawak Warna 2013 yang akan bersiaran secara langsung di ASTRO Mustika HD 134 dari Istana Budaya, 16 Ogos ni, 9.00 malam. Kepada semua yang sudah mengundi, terima kasih (eh eh aku ke yang bertanding???). Takpelah on behalf. Kita doa semoga kemenangan berpihak pada Jep kali ni. Jep berpotensi menang sebenarnya dan mengalahkan Zizan. Secara jujurnya, Jep ada cara lawak tersendiri dan begitu juga Zizan. Semoga kali ni dapat tebus kekalahan ABPBH  yang lalu. InshaAllah la kan. Walau apapun keputusannya, menang kalah adat bertanding. Jep dah menang di hati semua...betul kan??

Jep, Angah dan Shahrol berhari raya di rumah big bos M7.

Antara peminat yang datang berhari raya rumah Jep di Kulai. Sempoi je 
ngadap tetamu berkain pelikat. Tapi yang saya kisah satu je, t-shirt tu!!
Sssssseemmmputtttttt~~~

Ok, done pasal hari raya Jep. Sekali lagi saya ingatkan, teruskan sokongan anda untuk Jep untuk Anugerah Lawak Warna 2013 nanti. Semoga kejayaan milik Jep kali ni. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini, maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlebih gurau, termarah tak tentu pasal, blablabla.....sebab saya juga manusia biasa. Saya tidak mungkin terlepas dari kesilapan dan kesalahan. Ampun dan maaf dari saya, Cik Azura Ashikin Azman, atau nama "femes" saya Azura Nadzri (wahhhh ada nama femes!). Sesiapa yang nak dtg beraya rumah, jangan segan-segan datang je. Tapi gitau dulu naa.......jangan attack rumah saya time hari bekerja. Tak pasal-pasal beraya depan pintu je kang!! heeeeeee. Last but not least, saya tinggalkan anda dengan klip video dari Jep sempena ALW 2013.


*saje mau bikin #throwback!! ^_^ 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-






Monday, 5 August 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semuanya.......

Lagi 3 hari kita akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ini, saya Cik Zura atau ramai kenal saya dengan nama panggilan Azura Nadzri, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua peminat-peminat Jep Sepahtu, serta untuk Jep dan keluarga juga. Seandainya saya ada melakukan salah dan silap, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf dari anda semua. Sesungguhnya saya manusia biasa yang tidak sempurna dan bisa melalukan kesilapan tanpa sedar. Sekiranya juga, sepanjang saya bersama anda di blog ini, saya ada mengguris perasaan anda, bergurau agak kasar dan apa sahaja, saya memohon maaf seadanya. 

Jangan lupa, saksikan Jep dalam banyak program raya ni, antaranya, Warna Raya 2013 (ASTRO), Karoot Komedia X Raya (ASTRO), Busking Raya (TV3), Edisi Khas Raya (TV3), Telemovie Bapak-Bapak Aidilfitri (RTM), Yang Luar Biasa Raya (RTM). Malam raya saya kurang pasti Jep akan bersiaran langsung atau tidak untuk sampaikan salam aidilfitri. Tunggu je la malam raya nanti ye. Kepada yang belum habis shopping raya, atau sehari sebelum raya tu nak beli ayam, daging, bahan-bahan nak buat rendang, serunding, peralatan rumah dan sebagainya, jangan lupa membeli belah di TESCO. Maaf, Manager TESCO yang korang cari tu, tak on-duty raya ni. Heee........




Salam Aidilfitri buat semua.......................