Wednesday, 3 July 2013

Semoga Sentiasa Murah Rezeki Jep...Amin.



Assalamualaikum....

Hai semua...apa khabar ? Sihat semuanya ya. Ada yang rindu blog ni ke ? Maaf tuan punya blog lama tak menulis. Bukan sebab tak nak dah, cuma banyak komitmen kebelakangan ni. Seminggu di Brunei untuk kerja, dan memang kerja terlalu banyak sekarang. Tapi, tetap juga intai-intai apa aktiviti group di Facebook dan Twitter. Maklumlah, kena sedikit "low profile" sekarang. Heeeee :)


Diam tak diam, dah hampir setahun blog ni bertemu dengan semua peminat Jep dan Jep juga. Terima kasih ya kerana sudi terus dan terus membaca. Dan yang paling penting, sokongan yang teramat padu buat Jep. Bercakap pasal Jep, alhamdulilah rezeki abang sorang ni murah sempena raya nanti. Banyak program-program raya Jep yang bakal menanti anda. Antaranya, Karoot Komedia X Raya (Astro), Edisi Khas Raya (TV3), Yang Luar Biasa Raya (RTM), Bapak-Bapak Aidilfitri (RTM), Maharaja Lawak Mega Raya (Astro), dan Busking Raya (TV3). Itu tak termasuk, tapi ini tidak pasti la, malam raya Jep akan bersiaran langsung untuk sampaikan raya atau tidak. Sebab dah dua tahun malam raya Jep bersiaran langsung kan, bermula dengan Gegar Raya Kg Pening Lalat dengan Raya Sama-Sama. So, sila penuhkan reminder HP, BB, Tab atau apa sahaja untuk semua program ni. Ini tak termasuk program2 raya yang lepas2, sure ASTRO siarkan balik macam Warna Raya 2012.

(Amin..........murah rezeki awak Jep. Kami doakan awak sentiasa murah rezeki......)

Gambar tahun 2012 ; Segak awe sorang ni berbaju melayu
Purple pulak...okay confirm Jep. Awak segak :P

Jadi di kesempatan ini, memandangkan lagi beberapa hari sahaja kita nak melangkah ke bulan Ramadhan, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua peminat-peminat Jep dari seluruh Malaysia & geng Jep's Lion dari Singapura. Semarak Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Siapa-siapa yang badan bams-bams macam Zura ni, jom kita amek kesempatan Ramadhan ini untu control diet kita. Hehehehehe.

Buat Jep & Keluarga, salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami warga JepFC dan semua peminat. InshaAllah ada rezeki, kita gathering untuk berbuka puasa ramai-ramai ya. 


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-






2 comments:

  1. Salam. Kak Zura, saya dengar Abang Jep nak tamatkan zamna bujang dia. Is it true?? :'(

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.