Friday, 19 July 2013

Jep bersama TESCO & Anugerah Lawak Warna

Assalamualaikum semua.....

Rindunya nak menulis untuk kalian. Diam tak diam, dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Macam mana dengan puasa semua? Ada yang dah tertinggal ? Hehehehe. Kalau perempuan itu perkara biasa, kalau lelaki, haaa kenapa ponteng??? Apa-apapun sama-sama lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk upgrade iman, upgrade doa dan upgrade ibadah kita. Bulan Ramadhan setahun sekali je pun......

Okay.....macam biasa rasanya apa yang saya nak letak ni, rata-rata dah tahu kan apa bendanya. Apa? Ye, abang kawasan kesayangan korang tu sekarang dah upgrade diri jadi WAJAH TESCO bersama Sharifah Shahira, Sheila Rusly dan Nabil Ahmad. Wah.......alhamdulilah rezeki nampaknya memihak kepada Jep tahun ni. Sememangnya, saya sendiri tidak tahu Jep terlibat dengan TESCO, tau-tau buka surat khabar terpampang muka bro saya ni. Sempat usik Jep, "lepas ni boleh jadi duta Garnier For Men ok!" Jawapan Jep mudah; "hahaha, alamat tak laku lah produk tu!" (Erkkk down-to-earth sangat la abang aku ni, cuma aaaaminnnn abang oi ! Rezeki tu mana tahu kan?)

Ini.....emmmm rasanya entah...website jugak barangkali.

Katalog TESCO Bulan Mulia Tawaran Berganda

Heading website TESCO MALAYSIA

Untuk video komersial TESCO pun ada juga. Boleh klik link bawah untuk tengok ye:

Pesanan "Manager" Tesco @ Jep Sepahtu : http://www.youtube.com/watch?v=xhtonJOt2J8
Komersial TESCO : http://www.youtube.com/watch?v=Ax36jUE9SzY

Ha, selesai satu kisah. Alhamdulilah rezeki juga, tahun ni pada 16 Ogos nanti inshaAllah, Jep tercalon untuk Anugerah Pelawak Lelaki Paling Popular untuk Anugerah Lawak Warna. Saingan sememangnya sengit, kerana Johan, Zizan Razak & Pak Yus ada sekali. Apa-apapun kepada semua peminat Jep, kita pulun boleh kali ni, sebab undian semua dekat SMS. Kalau ABPBH dulu mungkin susah sikit sebab by pos, so kali ni by SMS rasanya semua orang boleh SMS kot.......please kita bagi Jep chance grab award boleh sayang-sayang semua? Cara mengundi....mudah je :


Tak nampak eh? Okay cara dia : 

SMS :  Taip ALW <jarak> Kod Mengundi atau
           ALW <3/5/10><jarak>Kod Mengundi untuk (3/5/10)  undian dan hantar ke 32777.
           Contoh : ALW A4 ke 32777 untuk satu undian, ALW10 A4 untuk 10 undian.

UNDI UNTUK JEP TERUS : ALW A4 (1 UNDIAN) ATAU ALW10 A4 (10 UNDIAN) KE 32777. TAK PAYAH FIKIR KOD UNDIAN LAIN! ---- heheheh kejam siot aku!

Ok....full information untuk setakat ini. Sebelum habis ni, saya letakkan juga beberapa gambar terbaru Jep semasa Majlis Berbuka Puasa Keluarga Besar ASTRO Eratkan Jalinan di KL Hilton baru-baru ni, serta dengan Angah RL untuk minuman M7. Ehem untuk M7 tu kurang pasti duta atau saja-saja. Kalau duta, ALHAMDULLILAH..................... <3




Alahai kembar lain mak, lain abah ni! Hehehehe 








3 comments:

  1. kak..saya nak tanya..acc twitter ''sepahtu_jep'' tu, acc twitter abg jep yang betul ke?

    ReplyDelete
  2. seronok bace pasal perkembangan abg jep :)

    ReplyDelete
  3. eloo..fb dh try..nak try sini plak..hehe..member miri dtg bertanya kabar..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.