Friday, 26 July 2013

Iftar Bersama Jep Sepahtu FC & Angah Supporters Club

Assalamualaikum wbt...

apa khabar sahabat semua? Kita dah masuk hari ke 17th Ramadhan dah. Lagi 2 minggu sahaja menjelang Syawal. Macam mana persiapan anda semua? Saya, tahun ini sederhana sahaja. Balik ke Batu Gajah dua hari sebelum raya dan akan pulang ke kampung ibu di Rembau Negeri Sembilan pada raya pertama.Yeah.. I'm Rembau Most Wanted yaw!! Hahaha

Eh, bercerita psal diri pulak. Anyway, semalam berlangung Majlis Iftar Bersama Jep & Angah. Majlis kecik je pun, and tak official. Terima kasih kepada yang datang. Dan terima kasih kepada Jep dan Angah juga yang sudi luang masa. Bertempat di Restoran Adam Lai, Seksyen 15, Shah Alam, majlis kecil itu di susun atur oleh team JEPFC sendiri iaitu Cik Siti, Adila, saya dan Eyma. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar, dan banyak hadiah-hadiah hari raya untuk Jep dah sampai ke tangannya. 

Kami sampai sedikit lewat, maklumlah masing-masing dari tempat kerja. Jep dan Angah pun sedikit lewat. Jep datang gaya agak santai, bert-shirt putih dan jeans je. Jep sampai, ramai pelanggan lain yang tak berkelip mata tengok Jep. Malah, ada adik meja belakang aku terdengar "Ibu, itu abg karoot komedia'' (hahaha comel la adik tu)

Jep sampai duduk semeja dengan team. Banyak benda dibualkan. Maklumlah,ini lah kali pertama dapat duduk semeja, makan dan minum dengan Jep.


Angah yang sporting dan sweet..........

Presiden & Setiausaha JEPFC.....Seiring & Sejalan :)

Celebrate birthday Angah juga, tapi yang baju putih tu over-acting......heee

Cik Presiden merangkap jurufoto tak rasmi...sian kita jurufoto kite xde :(

Antara mereka yang hadir....terima kasih ye. Jep dapat hamper TESCO! hahahaha

With our abang, our buddy and our boss. TQ for coming :)

Naib Bendahari JEPFC, Cik Eyma.

Setiausaha JEPFC menambah koleksi. Heeee :)


Majlis berakhir agak awal dalam pukul 9 malam. Angah dan Jep bergegas ke Paradigm Mall Kelana Jaya atas urusan kerja katanya. Terima kasih kepada abang Amm yang datang juga. Anyway, InshaAllah tiada aral melintang, satu gathering besar JEPFC akan diadakan nanti. Khas untuk peminat-peminat yang memang nak sangat jumpa Jep. Mohon doa kalian supaya majlis itu berlangsung dengan jayanya. 

Perkembangan terbaru, Jep akan terlibat dengan Anugerah Lawak Warna lepas raya nanti sebagai calon kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan juga terlibat melakukan persembahan. 

Di kesempatan ini saya mewakili Crew Jep Sepahtu FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat-sahabat Jep di group FJS di Facebook dan juga yang membaca blog saya ini. Salah silap harap dimaafkan, kerana kami juga insan biasa bisa melakukan kesilapan. Selamat Hari Raya juga buat Jep & keluarga di Kulai, Johor. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat kalian. 

SELAMAT HARI RAYA................


-hanyadiajepsepahti.blogspot.com-

1 comment:

  1. bestt nyeee,,hope jep nnti wt rumah terbuka,nk sgttt jmpe jep

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.