Friday, 26 July 2013

Iftar Bersama Jep Sepahtu FC & Angah Supporters Club

Assalamualaikum wbt...

apa khabar sahabat semua? Kita dah masuk hari ke 17th Ramadhan dah. Lagi 2 minggu sahaja menjelang Syawal. Macam mana persiapan anda semua? Saya, tahun ini sederhana sahaja. Balik ke Batu Gajah dua hari sebelum raya dan akan pulang ke kampung ibu di Rembau Negeri Sembilan pada raya pertama.Yeah.. I'm Rembau Most Wanted yaw!! Hahaha

Eh, bercerita psal diri pulak. Anyway, semalam berlangung Majlis Iftar Bersama Jep & Angah. Majlis kecik je pun, and tak official. Terima kasih kepada yang datang. Dan terima kasih kepada Jep dan Angah juga yang sudi luang masa. Bertempat di Restoran Adam Lai, Seksyen 15, Shah Alam, majlis kecil itu di susun atur oleh team JEPFC sendiri iaitu Cik Siti, Adila, saya dan Eyma. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar, dan banyak hadiah-hadiah hari raya untuk Jep dah sampai ke tangannya. 

Kami sampai sedikit lewat, maklumlah masing-masing dari tempat kerja. Jep dan Angah pun sedikit lewat. Jep datang gaya agak santai, bert-shirt putih dan jeans je. Jep sampai, ramai pelanggan lain yang tak berkelip mata tengok Jep. Malah, ada adik meja belakang aku terdengar "Ibu, itu abg karoot komedia'' (hahaha comel la adik tu)

Jep sampai duduk semeja dengan team. Banyak benda dibualkan. Maklumlah,ini lah kali pertama dapat duduk semeja, makan dan minum dengan Jep.


Angah yang sporting dan sweet..........

Presiden & Setiausaha JEPFC.....Seiring & Sejalan :)

Celebrate birthday Angah juga, tapi yang baju putih tu over-acting......heee

Cik Presiden merangkap jurufoto tak rasmi...sian kita jurufoto kite xde :(

Antara mereka yang hadir....terima kasih ye. Jep dapat hamper TESCO! hahahaha

With our abang, our buddy and our boss. TQ for coming :)

Naib Bendahari JEPFC, Cik Eyma.

Setiausaha JEPFC menambah koleksi. Heeee :)


Majlis berakhir agak awal dalam pukul 9 malam. Angah dan Jep bergegas ke Paradigm Mall Kelana Jaya atas urusan kerja katanya. Terima kasih kepada abang Amm yang datang juga. Anyway, InshaAllah tiada aral melintang, satu gathering besar JEPFC akan diadakan nanti. Khas untuk peminat-peminat yang memang nak sangat jumpa Jep. Mohon doa kalian supaya majlis itu berlangsung dengan jayanya. 

Perkembangan terbaru, Jep akan terlibat dengan Anugerah Lawak Warna lepas raya nanti sebagai calon kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan juga terlibat melakukan persembahan. 

Di kesempatan ini saya mewakili Crew Jep Sepahtu FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat-sahabat Jep di group FJS di Facebook dan juga yang membaca blog saya ini. Salah silap harap dimaafkan, kerana kami juga insan biasa bisa melakukan kesilapan. Selamat Hari Raya juga buat Jep & keluarga di Kulai, Johor. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat kalian. 

SELAMAT HARI RAYA................


-hanyadiajepsepahti.blogspot.com-

Friday, 19 July 2013

Jep bersama TESCO & Anugerah Lawak Warna

Assalamualaikum semua.....

Rindunya nak menulis untuk kalian. Diam tak diam, dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Macam mana dengan puasa semua? Ada yang dah tertinggal ? Hehehehe. Kalau perempuan itu perkara biasa, kalau lelaki, haaa kenapa ponteng??? Apa-apapun sama-sama lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk upgrade iman, upgrade doa dan upgrade ibadah kita. Bulan Ramadhan setahun sekali je pun......

Okay.....macam biasa rasanya apa yang saya nak letak ni, rata-rata dah tahu kan apa bendanya. Apa? Ye, abang kawasan kesayangan korang tu sekarang dah upgrade diri jadi WAJAH TESCO bersama Sharifah Shahira, Sheila Rusly dan Nabil Ahmad. Wah.......alhamdulilah rezeki nampaknya memihak kepada Jep tahun ni. Sememangnya, saya sendiri tidak tahu Jep terlibat dengan TESCO, tau-tau buka surat khabar terpampang muka bro saya ni. Sempat usik Jep, "lepas ni boleh jadi duta Garnier For Men ok!" Jawapan Jep mudah; "hahaha, alamat tak laku lah produk tu!" (Erkkk down-to-earth sangat la abang aku ni, cuma aaaaminnnn abang oi ! Rezeki tu mana tahu kan?)

Ini.....emmmm rasanya entah...website jugak barangkali.

Katalog TESCO Bulan Mulia Tawaran Berganda

Heading website TESCO MALAYSIA

Untuk video komersial TESCO pun ada juga. Boleh klik link bawah untuk tengok ye:

Pesanan "Manager" Tesco @ Jep Sepahtu : http://www.youtube.com/watch?v=xhtonJOt2J8
Komersial TESCO : http://www.youtube.com/watch?v=Ax36jUE9SzY

Ha, selesai satu kisah. Alhamdulilah rezeki juga, tahun ni pada 16 Ogos nanti inshaAllah, Jep tercalon untuk Anugerah Pelawak Lelaki Paling Popular untuk Anugerah Lawak Warna. Saingan sememangnya sengit, kerana Johan, Zizan Razak & Pak Yus ada sekali. Apa-apapun kepada semua peminat Jep, kita pulun boleh kali ni, sebab undian semua dekat SMS. Kalau ABPBH dulu mungkin susah sikit sebab by pos, so kali ni by SMS rasanya semua orang boleh SMS kot.......please kita bagi Jep chance grab award boleh sayang-sayang semua? Cara mengundi....mudah je :


Tak nampak eh? Okay cara dia : 

SMS :  Taip ALW <jarak> Kod Mengundi atau
           ALW <3/5/10><jarak>Kod Mengundi untuk (3/5/10)  undian dan hantar ke 32777.
           Contoh : ALW A4 ke 32777 untuk satu undian, ALW10 A4 untuk 10 undian.

UNDI UNTUK JEP TERUS : ALW A4 (1 UNDIAN) ATAU ALW10 A4 (10 UNDIAN) KE 32777. TAK PAYAH FIKIR KOD UNDIAN LAIN! ---- heheheh kejam siot aku!

Ok....full information untuk setakat ini. Sebelum habis ni, saya letakkan juga beberapa gambar terbaru Jep semasa Majlis Berbuka Puasa Keluarga Besar ASTRO Eratkan Jalinan di KL Hilton baru-baru ni, serta dengan Angah RL untuk minuman M7. Ehem untuk M7 tu kurang pasti duta atau saja-saja. Kalau duta, ALHAMDULLILAH..................... <3




Alahai kembar lain mak, lain abah ni! Hehehehe 








Monday, 8 July 2013

MASC vs KPDNKK, Stadium Mini Shah Alam : Saya Suka Ketawa Itu !

Assalamualaikum........

Hai hai hai...apa khabar semuanya? Sihat ye...! Alhamdulilah tuan empunya blog pun sihat juga. Eh, tak lama lagi dah nak puasa kan. Kejap je dah nak puasa, then raya. Alhamdulilah, syukur masih diberi kesempatan berpuasa pada tahun ini. Kalau nak dikira-kira, lagi beberapa hari pun nak masuk ke bulan September. Sebenarnya, saya agak menghitung hari ke 01/09/13....selain diri ini setahun menyingle, hehehe, maka setahun jugalah secara rasmi saya jumpa dan kenal Jep Sepahtu. Wow.....Jep, setahun dah la. Kejap je kan? Dan setahun jugalah saya bersama sahabat-sahabat yang lain seperti Cik Siti, Adila, Naz, Eyma, Fatin dari Angah Supporters Club dan juga yang lain-lain.

Em...apa nak update ye ? oh ye.....Jumaat lepas ada jumpa Jep kejap. Lama jugak tak jumpa bro saya yang tinggi lampai ni. Ada dalam...............ye almost sebulan. Tapi, sememangnya jumpa Jep dalam keadaan sangat tak terduga. Masa tu dah nak balik rumah, baru turun dari office, cik Dila whatapps mengatakan ada perlawanan MASC di Shah Alam. Nasib baik gua belum start kereta beb! Dari Gombak terus shoot ke Shah Alam. Meredah jem dan lapor! Selalu gitu, asal nak jumpa Jep je lapar.....! 

Dan selalunya bila tiba MASC game ni aku je yang sampai dulu......! Aduhh malu beb ! Mesti Jep pun dah perasan, haaa kembara merah sampai...Zura la ni ! (erkk rasanya lah). Bergegas aku masuk stadium mini tu, nak elak Jep nampak sebenarnya! Uish...malu seh! Duduk dalam diam-diam......sebelum dengar suara petir tu semakin hampir di belakang aku!!

Zura!!! oi....kot ye pun perlahan bang! Terperanjat saya.......! Soalannya, seperti biasa, sihat ke? dari mana? tapi kali ni ada soalan cepu gangsa....' Dah makan belum Zura?' ---- uarghhh Jep....belum makan! sangat lapar! 

Then seperti biasa....game berjalan macam biasa. Ada satu part, Jep tergolek atas padang. Hehehehe. Eceh, xde hal la tu. Kadang2 tak fokus dia main pon, sebab sibuk borak dengan Dila. Sebelum balik, sempat serahkan satu hadiah peminat dari Terengganu. Jep, biasalah.....malu-malu ayam nak terima hadiah tu, katanya malu nak terima hadiah lagi. Tapi...............tanya pula, mana hadiah Brunei? Ehhhhhhhhhhh ? Amboi....thanks sebab ingat....hehehehe :P

Akhirnya ini lah hasilnya. Untuk kali ke............entahlah tak kira.


Dia ni, makin tinggi ke apa??? -_-


Itulah kisah yang seterusnya. Ingat sebelum puasa x dapat jumpa.....dapat jumpa juga. Anyway, thanks for the time. Ada masa jumpa lagi ye.........

~balik dari stadium mini terus singgah kedai mamak tapau roti telur! punyalah angin dah naik kepala! Jep punya pasal la ni...kekekekeke! Takdela, even dah banyak kali jumpa dan dah kenal, tapi nervous dan rerama dalam pewot tetap ado!

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Wednesday, 3 July 2013

Semoga Sentiasa Murah Rezeki Jep...Amin.



Assalamualaikum....

Hai semua...apa khabar ? Sihat semuanya ya. Ada yang rindu blog ni ke ? Maaf tuan punya blog lama tak menulis. Bukan sebab tak nak dah, cuma banyak komitmen kebelakangan ni. Seminggu di Brunei untuk kerja, dan memang kerja terlalu banyak sekarang. Tapi, tetap juga intai-intai apa aktiviti group di Facebook dan Twitter. Maklumlah, kena sedikit "low profile" sekarang. Heeeee :)


Diam tak diam, dah hampir setahun blog ni bertemu dengan semua peminat Jep dan Jep juga. Terima kasih ya kerana sudi terus dan terus membaca. Dan yang paling penting, sokongan yang teramat padu buat Jep. Bercakap pasal Jep, alhamdulilah rezeki abang sorang ni murah sempena raya nanti. Banyak program-program raya Jep yang bakal menanti anda. Antaranya, Karoot Komedia X Raya (Astro), Edisi Khas Raya (TV3), Yang Luar Biasa Raya (RTM), Bapak-Bapak Aidilfitri (RTM), Maharaja Lawak Mega Raya (Astro), dan Busking Raya (TV3). Itu tak termasuk, tapi ini tidak pasti la, malam raya Jep akan bersiaran langsung untuk sampaikan raya atau tidak. Sebab dah dua tahun malam raya Jep bersiaran langsung kan, bermula dengan Gegar Raya Kg Pening Lalat dengan Raya Sama-Sama. So, sila penuhkan reminder HP, BB, Tab atau apa sahaja untuk semua program ni. Ini tak termasuk program2 raya yang lepas2, sure ASTRO siarkan balik macam Warna Raya 2012.

(Amin..........murah rezeki awak Jep. Kami doakan awak sentiasa murah rezeki......)

Gambar tahun 2012 ; Segak awe sorang ni berbaju melayu
Purple pulak...okay confirm Jep. Awak segak :P

Jadi di kesempatan ini, memandangkan lagi beberapa hari sahaja kita nak melangkah ke bulan Ramadhan, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua peminat-peminat Jep dari seluruh Malaysia & geng Jep's Lion dari Singapura. Semarak Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Siapa-siapa yang badan bams-bams macam Zura ni, jom kita amek kesempatan Ramadhan ini untu control diet kita. Hehehehehe.

Buat Jep & Keluarga, salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami warga JepFC dan semua peminat. InshaAllah ada rezeki, kita gathering untuk berbuka puasa ramai-ramai ya. 


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-