Thursday, 13 June 2013

Suka, Duka, Pahit, Manis, Masam - Memori Terindah

Assalamualaikum............

Sedar tak sedar, dah hampir 7 bulan blog ni menemui pembaca-pembaca setia, merangkap peminat-peminat Jep Sepahtu dari seluruh Malaysia (wah...seluruh Malaysia ke? Hebat ayat tau). Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi singgah. Asalnya, blog ini adalah sekadar pengalaman dan coretan peribadi, tak sangka menjadi tumpuan. Sekali lagi terima kasih............sayang semuanya. 

Sedang membelek laptop ni, terbuka folder yang aku susun semua gambar aku dengan Jep sejak pertama kali aku jumpa pelawak meleTop Malaysia ni. Kemudian, tengok pula gambar-gambar bersama team JEPFC, rakaman KKX dan macam-macam lagi.........aku hanya mampu senyum dan ketawa sendiri. Kerana insan gambar di bawah ni.....satu ikatan persahabatan terjalin seeratnya, saling tak tumpah seperti kakak, adik & abang juga. Semua tak pernah kenal antara satu sama lain, tapi sebab dia, semua dah jadi macam satu family. Sentap, gelak, ketawa, menangis, merajuk, pujuk...........semua dah jadi. 


Terkenang masa sibuk rakama Karoot Komedia X bermula Februari dan berakhir April lalu. Keseronokkan menghadiri rakaman tersebut kadang-kala melebihi terujanya untuk jumpa Jep. Kadang-kadang kelakar pun ada. Berhujan, panas, berlapar, lambat masuk studio, arrange fans untuk Jep, ada yang xdapat datang, ada yang sesat nak ke Astro, ada yang kereta rosak, ada yang stuck dalam jem, ada yang xda kenderaan nak dtg, tukar baju dalam kereta pun ade nieh....hahahaha.....semua tu buat aku ketawa. Dan bermula disitu juga, nama-nama seperti Fatin Afiqah, Kaklong Zila, Teha, Diena Hana, Fahmi, Afiq, Cik Lyna,  Sahidatu Hartini, dan ramai lagi mula menjadi kenalan dan semakin dari semakin rapat seperti adik beradik. 










Ini tak ketinggalan untuk perlawanan MASC pula. MASC umum je ada game, team JEPFC aku antara yang standby. Terkena game sekitar Shah Alam atau Subang, memang complete team JEPFC aku datang. Mulalah macam wartawan masing-masing sebarkan info, "Jep ada game malam ni, datang tak?" semuanya semata-mata memberi sokongan padu kepada minat Jep yang sememangnya 'kaki bola'. Sedaya boleh, kami cuba turun padang.....even tak full strength orang kata, wakil JEPFC sama ada aku, dila, eyma, ct atau naz, akan berada di lokasi.

Salah satu game MASC di Persada PLUS Subang.

Sesungguhnya, syukur tak terhingga kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, semua cerita ini terjadi. Ini belum lagi termasuk adik-adik peminat Jep dalam facebook dan twitter dan tak pernah bersua. Apatah lagi geng bergelar JEP LIONS dari Singapura. Tapi semuanya dah macam satu keluarga. Tak dinafikan, cerita cerita mengatakan "kak Zura syok sendiri...", "dorang berlagak.....tak layan fans", itu semua dah lali sangat dah. Biasalah mulut orang, orang nak cakap apa, cakaplah kan....selagi terdaya cakaplah. Kita nafikan, lagi dikatanya kan. Takpelah....syok sendiri ke, asalkan akak tahu ini semua tugasan untuk buat you all happy. 

Untuk Jep, sekalung terima kasih dari kami semua. Dari Allah, kami semua dah macam satu keluarga besar, kerana awak. Terima kasih yang tak terhingga. Dan, syabas juga kerana awak dan mencuba sedaya upaya memuaskan hati semua peminat awak, even bukan melalui FB dan Twitter. Doa kami semoga awak dilimpahi rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin............




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.