Monday, 10 June 2013

MASC vs Production Team - 10 Jun 2013

Assalamualaikum...

Hmmm.....lame x "hap-date' blog ni. Nak ngadap selalu tak dapat lately ni. Maklumlah, urusan kerja dan dari Sabtu ni hingga ke Khamis minggu depan, akan berada di Brunei Darussalam. Makin banyak keje di pejabat nak diuruskan sebelum flight petang Sabtu. Bye Malaysia, bye kawan-kawan, bye JEPFC....dan bye Jep! Hahaha hanya untuk 5 hari je........ :P 

Dalam pada masa yang sama, sempat juga ke Padang Kementah, Jalan Semarak tadi untuk perlawanan MASC vs Team Production. Sebenarnya ni game amal, mengutip dana untuk balu coach MASC yang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.....amin. 

Jep antara pemain untuk team MASC ari ni. Jep menyarung jersi no 8. Agak lewat sampai tadi, sampai je game dah mula. Segan juga datang memula sorang diri, barulah menyusul Ida dan Kaklong. Team kesayangan saya, Cik Dila, Eyma, Naz dan Cik Siti tidak berkesempatan kali ini. 

Emm takde apa yang menarik kali ni, semuanya biasa-biasa je. Terima kasih Jep atas signature yang grrr alamak tulisan awak....!! Heh...!! Saje je tu..........! Okay, kepada yang nak mengubat rindu Jep tu, abg korang ni sihat walafiat alhamdulilah. 

Penat-penat pun boleh bagi pose....khas untuk semua fans.

Err..... I hate this pic! dua-dua muka letih....! 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.