Tuesday, 4 June 2013

Jep Puas Hati - JDT Ke Pentas Final Piala FA.

Assalamualaikum,

Memula sekali, tahniah kepada warga Johor Darul Takzim dan Jep juga kerana pasukan JDT layak ke peringkat akhir Piala FA. Sebelum tu, ehem.......saya cuba ulas permainan bola sepak okay. Mencuba lah ni, saki baki pengalaman ulas berita zaman belajar UiTM dulu.....hehehehe

Johor Darul Takzim (JDT)  berjaya melangkah ke pentas final Piala FA walaupun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Pahang, JDT bangkit mengikat kedudukan agregat 2-2 apabila pemain tengah JDT, Andre Francisco berjaya menjaringkan gol pada minit ke 48.

Tersentak dua gol Pahang, JDT cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi pemain pasukan tuan rumah berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Harimau Selatan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT yang pada mulanya turun dengan aksi suram, mula bangkit dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Dan akhirnya, gol yang dicari pasukan pelawat terhasil selepas pemain importnya, Andrezinho berjaya menyudahkan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-47 sekali gus menggamatkan suasana stadium.

Tiga minit berselang, JDT berpeluang menambah gol kedua apabila  Leonel Nunez mengejutkan seketika pasukan Pahang menerusi tendangan percuma tetapi sekadar melewati palang gol.

Pahang cuba menghidupkan peluang ke final tetapi penyudah Gopinathan hanya sia-sia pada minit ke-77.

Akhirnya, kegagalan Tok Gajah mencari tambahan jaringan membuatkan mereka gigit jari sebaliknya membenarkan JDT membuat perhitungan terakhir menentang juara bertahan, Kelantan di pentas akhir pada 29 Jun depan.




#betul ke nama-nama player tu. Adalah ayat2 curi juga...hehehe. Anyway, congrats JDT. Congrats Jep pasukan fav awak menang. Anyway, kepada yang nak tengok macam mana Jep happy to the max JDT ke final..........pergi ke Koleksi Video ye....saya up disana.







1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.