Friday, 17 May 2013

Jep Sepahtu Nafi Ada Masalah Disiplin (Kosmo 17 Mei 2013)


Dipetik dari akhbar KOSMO! - 17 Mei 2013

SEBELUM ini pelawak Mohd. Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu agak jarang dikaitkan dengan cerita kontroversi, terutamanya berkaitan tentang masalah disiplin.
Bagaimanapun, kini sudah mula timbul rungutan terhadap sikapnya apabila dikatakan enggan terbabit dalam rangka promosi filem terbaharunya, Oh Mak Kau! yang mula ditayangkan di pawagam pada 16 Mei.
Selain itu, terdapat rungutan beberapa rakan artis yang pernah berlakon bersama-sama dengannya sebelum ini mengenai sikapnya yang tidak mahu memberikan kerjasama yang sewajarnya. Bagi mencari jawapan yang sebenar berhubung perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Jep untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.


Kosmo!: Adakah benar dakwaan yang mengatakan Jep cuba elak untuk menjayakan promosi filem Oh Mak Kau?
JEP: Sebenarnya saya agak terkejut dengan dakwaan sedemikian kerana ketiadaan saya dalam promosi filem tersebut memandangkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Memang benar saya ada pulang ke kampung di Kulai, Johor untuk pergi mengundi, tetapi selepas itu saya terus demam dan akhirnya saya ambil keputusan untuk berada di kampung selama seminggu.
Kosmo: Adakah pihak penerbit sudah diberitahu tentang keadaan Jep?
JEP : Saya ada menghubungi penerbit dan pengarah Oh Mak Kau! iaitu Ain Nordin untuk menjelaskan keadaan kesihatan saya dan dia faham dengan situasi saya. Selain itu, saya juga telah memberitahu rakan saya, Shuib dan dia sendiri telah menasihati supaya saya terus berehat di kampung kalau kesihatan saya masih lagi tidak pulih.
Kosmo : Apakah komen Jep apabila dikatakan tidak mahu memberi kerjasama terhadap filem lakonan sendiri?
JEP : Sebagai pelakon yang memegang watak utama dalam sesebuah filem, sudah tentu saya akan memberikan komitmen yang sewajarnya dan ingin melihat filem saya itu berjaya di pawagam dan mendapat sambutan daripada penonton. Kini, saya sudah kembali di Kuala Lumpur dan akan mula menyertai rangka promosi yang diaturkan di stesen radio dan televisyen untuk filem Oh Mak Kau!, meskipun belum pulih sepenuhnya daripada demam.
Kosmo : Berkenaan dengan kumpulan Sepahtu pula, adakah Jep dan Shuib masih lagi bersama sebagai anggotanya?
JEP : Untuk pengetahuan semua, Sepahtu masih lagi wujud sehingga sekarang. Cuma saya dan Shuib bergerak secara sendirian kerana tawaran yang diperoleh lebih banyak kepada individu. Lagipun kami sudah sepakat untuk bergerak secara solo kerana itu merupakan rezeki masing-masing. Sebenarnya, ada juga tawaran untuk Sepahtu membuat persembahan, tetapi kami terpaksa menolak kerana pertembungan jadual.


Kosmo : Bagaimanakah pula dengan proses penerbitan album Sepahtu sekarang memandangkan ia sepatutnya siap pada tahun lalu?
JEP : Setakat ini kami sudah merakamkan dua buah lagu iaitu Siapa Dapat Lisa dan Kerja Gila. Proses penerbitan pula masih lagi berjalan, cuma ia tertangguh kerana ada sedikit masalah yang timbul di bahagian pihak pengurusan. Bagaimanpun, baru-baru ini pihak pengurusan sudah menghubungi saya untuk proses rakaman lagu yang ketiga dan ketika ini saya dan Shuib sedang mencari mana yang sesuai.
*Sumber dipetik dari Kosmo! Online 17 Mei 2013, Jumaat.

Kan dah cakap...this is not big isu la. Saja je nak bagi Jep keluar surat khabar la ni ! Kesian bro aku semalam sehari suntuk promo sampai tak sempat tukar baju, itu nama xde komitmen ke sayang? Cakap cantek sikit! 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

3 comments:

  1. tolonglah...jep sepahtu bukan macam nie..dia sentiasa rendah diri..dia baik...hmmm..jep,saya doakan anda agar tabah...k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jep please sabar..saya terasa kot ngan paper tu..rasa cam nak koyak jer...k. relax...cool jerr...omk memang gempak...jangan pijak maruah jep...luv u jep sepahtu...

      Delete
  2. Walaupun saya tak jmpe jep, tp dua memang seorang yg baik dan seorang penghibur. TQVM JEP!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.