Tuesday, 14 May 2013

Dugaan Demi Dugaan…JEPFC sentiasa bersama anda, Mr J!


Assalamualaikum semua sahabat yang disayangi dan pembaca blog,

Saya yakin ramai yang membaca satu ke dua gosip yang agak kurang menyenangkan tentang abang kawasan kita, Encik Mohd Nadzri atau Jep. Bagi saya secara peribadi, inilah adat dunia selebriti tanah air. Artis takkan lepas dari gosip, mata dan cakap-cakap wartawan. Maksud saya di sini, saya tidak pernah menyalahkan wartawan 100%, kerana itu sudah kerjaya mereka. Mereka memang di suruh untuk mencari berita dan cerita. Ye, sememangnya ada benar, kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Tapi pokok boleh bergoyang juga disebabkan tangan yang mengoncang di kala angin sedang bertiup.



Bagi saya secara peribadi juga, saya merasakan Jep seorang yang sangat profesional dalam kerjaya beliau sebagai seorang anak seni. Selama ini, saya mendengar khabar dari krew produksi sememangnya Jep tidak pernah memberi sebarang masalah. Seingat saya, ketika sesi jelajah Sepah The Movie, Jep komited walaupun Jep demam, batuk-batuk dan selsema pada waktu itu. Saya cuma berharap, jangan mudah melatah dengan sebarang berita atau gosip tentang Jep, tanpa mendapat sebarang penjelasan. Bagi saya, setiap yang berlaku, Jep pasti ada jawapannya sendiri. Saya bukanlah jenis yang apa je Jep buat betul sahaja. Tak…! Kalau dia buat silap, saya tetap katakan dia silap. Tapi dalam hal sebegini, ruang masih ada untuk Jep bercakap atau memberi kenyataan balas.




Jep juga insan biasa yang kadangkala akan hadapi masalah kesihatan atau masalah peribadi. Jadi, sebagai peminat kita seharusnya menjadi yang insan yang lebih memahami. Mungkin ada yang kecewa, Jep tak hadir lokasi persembahan dan sebagainya. Tetapi, kita tidak boleh nak menyelam masalah orang lain. Jep juga mengistilahkan anda semua sebagai sahabat. Jadi sebagai sahabat, senjata paling utuh adalah doa. Sama-sama kita mendoakan Jep supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah SWT. Amin…….! Good Luck Sahabat :)


Jep....jangan risau, awak jatuh, hulurkan tangan, kami bantu awak untuk terus bangun dan kembali berlari.


Tiada mutiara sesinar cinta, Tiada sutera sehalusnya kasih sayang,
Tiada embun sesucinya ketulusan hati, dan tiada hubungan seindahnya persahabatan..........


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



3 comments:

  1. will always support him. sobs. go jep go! jgn pernah mengalah. anggap saja ini dugaan utk awak berjaya. :'(

    ReplyDelete
  2. abg jep.. we'll always love u...
    smoge cpt sembuh~

    ReplyDelete
  3. seriusly i rase nak menangis tgk dugaan yg memdtang pade jepp nih..i doakan semoga jepp sihat walafiat dan sy doakan agar jep sepah dapat terus berkarya n menghiburkan kita semua serta dilimpah n dikurniakan rezeki yang murah n halal..go jeo go..:-)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.