Tuesday, 7 May 2013

Antara Dia dan Lagenda......

Assalamualaikum...


Hmm...malam ni Facebook saya dilimpahi lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Saya sememangnya antara peminat lagu-lagu dan filem P.Ramlee, apatah lagi filem komedi beliau. Lagu "Itulah Sayang" dari filem Anakku Sazali antara yang menjadi pilihan saya.

Hm, bukan tentang P.Ramlee yang mahu saya cerita. Tatkala saya asyik melayan lagu-lagu klasik P.Ramlee, peti inbox Facebook saya didatangi oleh seorang peminat dari Singapura. Katanya "Kak Zura, saya melihat sesuatu dari raut wajah P.Ramlee, especially P.Ramlee zaman muda. Ada iras Jep la kak...."

Saya agak terkejut dengan kenyataan peminat Jep itu. Puas saya disuruh meneliti wajah lagenda perfileman itu dan bekas anggota Sepah ini. Ya, hakikatnya mata saya tidak menipu. Nak kata terlalu seiras, tidaklah. Tapi, punya bayangan kata orang. Dan saya terus meneliti dan meneliti....rupanya ada sekeping gambar saya bersama Jep membuatkan ada yang mengatakan Jep seiras P.Ramlee. Dan rasanya, tidak melampau saya mengatakan, ye kot.





Saya kurang pasti dari segi mana yang sama.....(kalau Jep baca entri ni pasti dia tergelak besar). Tapi, saya percaya sekali lagi, bukan kerana minat semata-mata, saya merasakan kesamaan dari raut muka mungkin ada. Perkataan "jelmaan" itu mungkin kurang sesuai digunakan, tapi iras dari segi bentuk muka barangkali. Padanlah peminat tersebut beriya menyuruh saya meneliti. Hakikatnya, ya! :) 



Sebenarnya, perkara ni dah lama saya perasan. Sejak Jep bersama Bujang Sepah lagi. Saya tidak mahu menipu, saya akan teringat trio Bujang Lapok setiap kali teringat Trio Bujang Sepah. Malah, ketika ML 2011, Saiful Apek pernah komen "Bujang Lapok tahun 2000". Hakikatnya, mereka trio yang menjadi. Tapi sayang, jodoh tidak lama. Namun, Jep meneruskan perjuangan arena seni. Namun, tidak pula saya perasan, wajah kedua pelawak ini seiras. 

Sekiranya entri ini dibaca oleh Jep sendiri, saya ulang, mungkin dia tergelak besar, atau sepanjang saya mengenalinya, dia akan tersentuh terharu. Tengok cermin sekarang Jep.....ada iras tak? hahahaha. 




Hahahahahahahaha. Berhenti ketawa Jep...ini pandangan mata peminat awak okay. Sungguh mendalam dan tajamnya mata peminat awak meneliti. Apa-apapun, siapapun kamu menyerupai, harapan saya, semoga kamu terus maintain dan success dalam industri hiburan dan lawak tanah air. Mungkin, terlalu tinggi untuk kamu mencapai kejayaan setinggi P.Ramlee, kerana kamu pernah menyebut, "saya takut untuk terbang terlalu tinggi , kerana bimbang terlupa cara nak turun", tapi, kamu juga pernah berkata "tiada yang mustahil dalam hidup ini".....jadi segalanya tidak mungkin mustahil kan? All the best, Jep :)



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


5 comments:

  1. mmhh mmg terbukti ade dlm pic2 yg akk tmpilkan tuh, x salah lagi abg jep ade iras2 p.ramlee.. saya tg0k abg jep dah naik juling biji mata nk tg0k tang mana yg iras2 p.ramlee.. yg sy dapat tang senyuman, mata dahi n rambut... sy tenung sedalam-dalamnya nk cari ape yg sama, skang mmg trbukti abg jep irip2 p.ramlee.. ^__^

    ReplyDelete
  2. Senyuman tu seiras , kak . Kalau orang tengok senyuman Jep diorang akan teringat senyuman P Ramlee . Kalau orang tengok senyuman P Ramlee diorang akan teringatkan senyuman Jep :) hihihi :D

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum. betul kata peminat tu, mmg ada iras-2 muka abg Jep dan Allayarham Tan Sri P.Ramlee. bkn nak berlagak, tp sbnarnya bnda ni saya dah lama perasan. semenjak RL3 lg. mmg tak dinafikan, muka mereka ada iras-2. dah saya mendoakan abg Jep berjaya seperti Allayarham Tan Sri P.Ramlee. gudluck, abg Jep. =)

    ReplyDelete
  4. Haah jugak.. Tp klaw dari segi gigi Jep tu tak sama la . Haha pa pe pun always support abg dari blakang . :*)

    ReplyDelete
  5. yeesss ade iras... harap2 name jep akan same gemilang mcm @allahyarham tan Sri P.Ramlee ni... Amin...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.