Wednesday, 29 May 2013

Review OMK - Komedi Cemerlang dari Jep & Shuib

Assalamualaikum semuanya

Ha....rindu akak ye? Rindu new entri ye. Rata-rata bertanya dan rindu Jep juga. Sekadar menyampaikan pesanan dari Cik Siti selaku penasihat JEPFC, alhamdulilah Jep sihat semuanya. Rabu lepas, alhamdulilah, saya, Cik Naz dan Cik Adila sempat hadir ke rakaman Yang Luar Biasa Raya di Angkasapuri, RTM. Jep memang sihat walafiat. Dan, untuk minggu ini, kepada siapa yang masih tak tahu, Jep akan ke udara di Sinar FM untuk slot Sinar Pagi sampai Jumaat. Siapa yang rindu tu...dengarlah suara abang petir tu kat Sinar FM.


 Okay, sebenarnya entri kali ni nak review tentang filem Oh Mak Kau! yang dah hampir dua minggu berada di pawagam. Kebetulan hari ini cuti, sempat ajak Cik Adila join OMK sekali. 








Em, secara keseluruhan, saya boleh beri 3 bintang untuk filem ini. Syabas untuk saudari Nurul Ain Nordin, kerana percubaan pertama yang baik, dan segala kekurangan boleh diperbaiki. Untuk lakonan Jep & Shuib, saya beri 5 bintang. Lawak mereka membuat saya memang tak kering gusi. Jep & Shuib sememangnya tidak menghampakan. Dari segi jalan cerita, rasanya kalau Ain mengolah watak Jep & Shuib lebih mendalam, dari menampilkan adegan gangster tu, lagi perfect kot. Sebab, pada pandangan saya, isu gangster dalam OMK seakan takde motif sikit. Saya sedikit tertanya, apa yang Lutfan (Shamsul Yusof) buat sampai dia jadi gangster? Apa yang membuat dia dan Ain seakan tidak sebulu? 




Mungkin, pada pendapat saya, sekiranya jalan cerita lebih tertumpu kepada Jep dan Shuib selaku teraju utama, lebih menarik rasanya. Mungkin juga, sedikit adegan aksi dan serius boleh diberi kepada Jep dan Shuib kan? Kerana, adegan Sam & Mun dimarah dan dirotan ibu dalam hujan tu agak menyentuh jiwa saya, apatah lagi melihat Jep sangat protective sebagai seorang abang. 

Kap, mim, sim....kemas :)

Tengok muka kena piat telinga......! :)

I LOVE this scene....... 

Kumpulan Rap, Tumbuk!! Ya Aaw.... :)


Namun, sebagai pengarah muda, percubaan yang sangat bagus. Thumbs up to Nurul Ain Nordin dan syabas buat Jep & Shuib atas komedi yang sentiasa mencuit hati. 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-




Friday, 17 May 2013

Jep Sepahtu Nafi Ada Masalah Disiplin (Kosmo 17 Mei 2013)


Dipetik dari akhbar KOSMO! - 17 Mei 2013

SEBELUM ini pelawak Mohd. Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu agak jarang dikaitkan dengan cerita kontroversi, terutamanya berkaitan tentang masalah disiplin.
Bagaimanapun, kini sudah mula timbul rungutan terhadap sikapnya apabila dikatakan enggan terbabit dalam rangka promosi filem terbaharunya, Oh Mak Kau! yang mula ditayangkan di pawagam pada 16 Mei.
Selain itu, terdapat rungutan beberapa rakan artis yang pernah berlakon bersama-sama dengannya sebelum ini mengenai sikapnya yang tidak mahu memberikan kerjasama yang sewajarnya. Bagi mencari jawapan yang sebenar berhubung perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Jep untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.


Kosmo!: Adakah benar dakwaan yang mengatakan Jep cuba elak untuk menjayakan promosi filem Oh Mak Kau?
JEP: Sebenarnya saya agak terkejut dengan dakwaan sedemikian kerana ketiadaan saya dalam promosi filem tersebut memandangkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Memang benar saya ada pulang ke kampung di Kulai, Johor untuk pergi mengundi, tetapi selepas itu saya terus demam dan akhirnya saya ambil keputusan untuk berada di kampung selama seminggu.
Kosmo: Adakah pihak penerbit sudah diberitahu tentang keadaan Jep?
JEP : Saya ada menghubungi penerbit dan pengarah Oh Mak Kau! iaitu Ain Nordin untuk menjelaskan keadaan kesihatan saya dan dia faham dengan situasi saya. Selain itu, saya juga telah memberitahu rakan saya, Shuib dan dia sendiri telah menasihati supaya saya terus berehat di kampung kalau kesihatan saya masih lagi tidak pulih.
Kosmo : Apakah komen Jep apabila dikatakan tidak mahu memberi kerjasama terhadap filem lakonan sendiri?
JEP : Sebagai pelakon yang memegang watak utama dalam sesebuah filem, sudah tentu saya akan memberikan komitmen yang sewajarnya dan ingin melihat filem saya itu berjaya di pawagam dan mendapat sambutan daripada penonton. Kini, saya sudah kembali di Kuala Lumpur dan akan mula menyertai rangka promosi yang diaturkan di stesen radio dan televisyen untuk filem Oh Mak Kau!, meskipun belum pulih sepenuhnya daripada demam.
Kosmo : Berkenaan dengan kumpulan Sepahtu pula, adakah Jep dan Shuib masih lagi bersama sebagai anggotanya?
JEP : Untuk pengetahuan semua, Sepahtu masih lagi wujud sehingga sekarang. Cuma saya dan Shuib bergerak secara sendirian kerana tawaran yang diperoleh lebih banyak kepada individu. Lagipun kami sudah sepakat untuk bergerak secara solo kerana itu merupakan rezeki masing-masing. Sebenarnya, ada juga tawaran untuk Sepahtu membuat persembahan, tetapi kami terpaksa menolak kerana pertembungan jadual.


Kosmo : Bagaimanakah pula dengan proses penerbitan album Sepahtu sekarang memandangkan ia sepatutnya siap pada tahun lalu?
JEP : Setakat ini kami sudah merakamkan dua buah lagu iaitu Siapa Dapat Lisa dan Kerja Gila. Proses penerbitan pula masih lagi berjalan, cuma ia tertangguh kerana ada sedikit masalah yang timbul di bahagian pihak pengurusan. Bagaimanpun, baru-baru ini pihak pengurusan sudah menghubungi saya untuk proses rakaman lagu yang ketiga dan ketika ini saya dan Shuib sedang mencari mana yang sesuai.
*Sumber dipetik dari Kosmo! Online 17 Mei 2013, Jumaat.

Kan dah cakap...this is not big isu la. Saja je nak bagi Jep keluar surat khabar la ni ! Kesian bro aku semalam sehari suntuk promo sampai tak sempat tukar baju, itu nama xde komitmen ke sayang? Cakap cantek sikit! 

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Thursday, 16 May 2013

GUA StarChat bersama Pelakon OMK (16 Mei 2013)

Assalamualaikum,

Alahai, penatnya hari ni kerja banyak gila kat office. Nie tengah dok reda, keadaan office pun tak hingar bingar dah. Dok kerana dari kul 11 sampai kul 1 tgh berdiskusi dengan bos, terlepas promo OMK kat HotFM & Sesi Chatting bersama pelakon OMK kat Gua StarChat tadi. Huhuhu, takpelah. Takde rezeki.

Haaa....sapa cakap Jep lari dari komitmen OMK? Tu ada, alhamdulilah sihat dan segak nampaknya ya. Memang nak kena tangan-tangan wartawan ni......orang cakap demam, demam ler! Tapi, takpe, wartawan tersebut menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin. Tahniah :)

Tapi, satu je yang aku tiba-tiba rasa sebak, terharu and gembira, tiba-tiba group FANCLUB JEP SEPAH dihujani gambar dan video sesi chatting tadi. Adik-adik semua rindu bro Jep ye? Aloloooo.......takpe dah nampak bro Jep live kan tadi. Semoga terubat rindu ye. Maklumlah terlalu ramai sangat tadi...tak terbalas agaknya. Tengok video yang diupload oleh seorang fans tadi, macam blur-blur muka Jep tengok chat space tu. "Slow" sikit lak tu kan? Hahahaha.....Jep Jep!! Kalaulah open chat di Facebook, saya rasa tak tahulah Jep........tak berhentilah jawabnya. Okay, video ada dalam Koleksi Video Jep Sepahtu okay. Tapi, alah sure korang dah tengok, video yang sama je tu, takut hilang link, letak arr kat situ. Enjoy okay guys.

(Ada yang minta Jep nyanyi lagu Ku Bermohon Kasih tadi. Hey! sapa yang mintak tu...! lagu aku tu! Amek, Guru Malaysia perginya. Jom nyanyi....kami guru malaysia, berikrar dan berjanji......)

Eceh...segaklah. Dah macam manager kat office. Nak jadi Asst Manager boleh?? ^_^

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Tuesday, 14 May 2013

Jep Sepah Tidak Lari Komitmen Promosi Oh Mak Kau! (MStar)

Kenyataan Balas MNZA.....(MNZA means Mohd Nadzri Zainal Abidin ler....)


PETALING JAYA: Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepah, 28, kesal dengan dakwaan tidak bertanggungjawab dan lari dari komitmen dalam mempromosikan filem terbaru lakonannya Oh Mak Kau! (OMK!). Jelas Jep, dia tidak hadir pada sesi pratonton filem berkenaan berikutan tidak sihat dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak produksi.


"Saya demam dan ketika itu berada di Johor, perkara sakit begini kita pun tidak jangka akan berlaku dan saya tidak main-main. Shuib dan rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu keadaan saya kalau demam adalah agak teruk. Saya juga sudah beritahu produser dan minta maaf kerana tidak dapat hadir," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Jep diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar yang mendakwa produser filem tersebut kesal dengan tindakannya yang gagal menghadiri tiga kali sesi promosi yang dijalankan. Jelasnya lagi, sementara dua promosi lain yang tidak dapat dihadiri adalah disebabkan terlibat dengan penggambaran sitkom Karoot Komedia terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


"Saya bukan sengaja tidak mahu datang, lagi pula ini filem lakonan saya sudah tentu saya mahu ia berjaya. Tapi keadaan memang tidak mengizinkan dan ada komitmen yang lebih penting.Insyaallah promosi pada 16 Mei ini dan seterusnya saya akan datang," ujarnya.
Katanya, dia redha jika isu ketidakhadiranya ini mampu menjadi salah cara promosi filem tersebut biarpun menjejaskan kradibilitinya sebagai seorang pelakon.
"Saya kesal namun biarlah, saya anggap perkara ini adalah salah satu promosi filem tersebut," katanya.


Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka. Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.
Filem ini bakal ditayangkan pada 16 Mei 2013.


Dugaan Demi Dugaan…JEPFC sentiasa bersama anda, Mr J!


Assalamualaikum semua sahabat yang disayangi dan pembaca blog,

Saya yakin ramai yang membaca satu ke dua gosip yang agak kurang menyenangkan tentang abang kawasan kita, Encik Mohd Nadzri atau Jep. Bagi saya secara peribadi, inilah adat dunia selebriti tanah air. Artis takkan lepas dari gosip, mata dan cakap-cakap wartawan. Maksud saya di sini, saya tidak pernah menyalahkan wartawan 100%, kerana itu sudah kerjaya mereka. Mereka memang di suruh untuk mencari berita dan cerita. Ye, sememangnya ada benar, kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Tapi pokok boleh bergoyang juga disebabkan tangan yang mengoncang di kala angin sedang bertiup.



Bagi saya secara peribadi juga, saya merasakan Jep seorang yang sangat profesional dalam kerjaya beliau sebagai seorang anak seni. Selama ini, saya mendengar khabar dari krew produksi sememangnya Jep tidak pernah memberi sebarang masalah. Seingat saya, ketika sesi jelajah Sepah The Movie, Jep komited walaupun Jep demam, batuk-batuk dan selsema pada waktu itu. Saya cuma berharap, jangan mudah melatah dengan sebarang berita atau gosip tentang Jep, tanpa mendapat sebarang penjelasan. Bagi saya, setiap yang berlaku, Jep pasti ada jawapannya sendiri. Saya bukanlah jenis yang apa je Jep buat betul sahaja. Tak…! Kalau dia buat silap, saya tetap katakan dia silap. Tapi dalam hal sebegini, ruang masih ada untuk Jep bercakap atau memberi kenyataan balas.




Jep juga insan biasa yang kadangkala akan hadapi masalah kesihatan atau masalah peribadi. Jadi, sebagai peminat kita seharusnya menjadi yang insan yang lebih memahami. Mungkin ada yang kecewa, Jep tak hadir lokasi persembahan dan sebagainya. Tetapi, kita tidak boleh nak menyelam masalah orang lain. Jep juga mengistilahkan anda semua sebagai sahabat. Jadi sebagai sahabat, senjata paling utuh adalah doa. Sama-sama kita mendoakan Jep supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah SWT. Amin…….! Good Luck Sahabat :)


Jep....jangan risau, awak jatuh, hulurkan tangan, kami bantu awak untuk terus bangun dan kembali berlari.


Tiada mutiara sesinar cinta, Tiada sutera sehalusnya kasih sayang,
Tiada embun sesucinya ketulusan hati, dan tiada hubungan seindahnya persahabatan..........


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Wednesday, 8 May 2013

Kerana Kau Menyakini Tuhanlah Yang Maha Esa.

Assalamualaikum,

Sebenarnya, amat tertarik dengan sebuah lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza berjudul Lelaki. Liriknya mendalam sangat. Entah apa yang membuat saya cepat mengimaginasi sesuatu. Terus laptop dan external hardisk saya selongkar, kumpul setiap gambar dan hasilnya, dalam hanya setengah jam, video di bawah terhasil. Hahahahah hebat!

Untuk Jep, sekadar bingkisan ringkas. Doa kami sahabat anda mengiringi setiap perjalanan awak sebagai anak seni. Bila dah terbang tinggi, jangan lupa untuk turun semula okay. All the best & Good Luck.






Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Tuesday, 7 May 2013

Antara Dia dan Lagenda......

Assalamualaikum...


Hmm...malam ni Facebook saya dilimpahi lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Saya sememangnya antara peminat lagu-lagu dan filem P.Ramlee, apatah lagi filem komedi beliau. Lagu "Itulah Sayang" dari filem Anakku Sazali antara yang menjadi pilihan saya.

Hm, bukan tentang P.Ramlee yang mahu saya cerita. Tatkala saya asyik melayan lagu-lagu klasik P.Ramlee, peti inbox Facebook saya didatangi oleh seorang peminat dari Singapura. Katanya "Kak Zura, saya melihat sesuatu dari raut wajah P.Ramlee, especially P.Ramlee zaman muda. Ada iras Jep la kak...."

Saya agak terkejut dengan kenyataan peminat Jep itu. Puas saya disuruh meneliti wajah lagenda perfileman itu dan bekas anggota Sepah ini. Ya, hakikatnya mata saya tidak menipu. Nak kata terlalu seiras, tidaklah. Tapi, punya bayangan kata orang. Dan saya terus meneliti dan meneliti....rupanya ada sekeping gambar saya bersama Jep membuatkan ada yang mengatakan Jep seiras P.Ramlee. Dan rasanya, tidak melampau saya mengatakan, ye kot.





Saya kurang pasti dari segi mana yang sama.....(kalau Jep baca entri ni pasti dia tergelak besar). Tapi, saya percaya sekali lagi, bukan kerana minat semata-mata, saya merasakan kesamaan dari raut muka mungkin ada. Perkataan "jelmaan" itu mungkin kurang sesuai digunakan, tapi iras dari segi bentuk muka barangkali. Padanlah peminat tersebut beriya menyuruh saya meneliti. Hakikatnya, ya! :) 



Sebenarnya, perkara ni dah lama saya perasan. Sejak Jep bersama Bujang Sepah lagi. Saya tidak mahu menipu, saya akan teringat trio Bujang Lapok setiap kali teringat Trio Bujang Sepah. Malah, ketika ML 2011, Saiful Apek pernah komen "Bujang Lapok tahun 2000". Hakikatnya, mereka trio yang menjadi. Tapi sayang, jodoh tidak lama. Namun, Jep meneruskan perjuangan arena seni. Namun, tidak pula saya perasan, wajah kedua pelawak ini seiras. 

Sekiranya entri ini dibaca oleh Jep sendiri, saya ulang, mungkin dia tergelak besar, atau sepanjang saya mengenalinya, dia akan tersentuh terharu. Tengok cermin sekarang Jep.....ada iras tak? hahahaha. 




Hahahahahahahaha. Berhenti ketawa Jep...ini pandangan mata peminat awak okay. Sungguh mendalam dan tajamnya mata peminat awak meneliti. Apa-apapun, siapapun kamu menyerupai, harapan saya, semoga kamu terus maintain dan success dalam industri hiburan dan lawak tanah air. Mungkin, terlalu tinggi untuk kamu mencapai kejayaan setinggi P.Ramlee, kerana kamu pernah menyebut, "saya takut untuk terbang terlalu tinggi , kerana bimbang terlupa cara nak turun", tapi, kamu juga pernah berkata "tiada yang mustahil dalam hidup ini".....jadi segalanya tidak mungkin mustahil kan? All the best, Jep :)



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Saturday, 4 May 2013

JepFC.....Mereka Yang Di Belakang Tabir.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua pembaca blog ku nan setia? Eceh, ada ke pembaca setianya? Hahahahaha. Okaylah, taknak celoteh panjang sebab sebenarnya. Bersesuaian dengan tajuk blog kali ini, saya disini ingin memperkenalkan mereka-mereka yang selama ini bertugas dan berada di belakang tabir JepFC yang rasmi. Ala yang ada logo rasmi yang bersayap tu kan. Sebab, saya masih terdengar-dengar, "yang ini FC sapa punya?", "yang ini sapa punya pulak, alamak confuselah?". 

Ha, jadi kali ini tak perlu ada sebarang kekeliruan. Saya perkenalkan mereka................


Ha......inilah mereka di sebalik tabir JepFC. Camkan muka masing-masing okay. Sebab, seandainya anda memerlukan dan ingin bertanya sebarang soalan berkaitan Jep, carilah mereka di atas. Nama yang di dalam kurungan adalah nama Facebook masing-masing. Dan, kami juga sentiasa "membuka pintu" JFC seandainya ada peminat yang ingin menjalankan apa-apa aktiviti bersama kami, tak kiralah futsal ke, badminton ke, bola jaring ke atau apa sahaja, boleh hubungi mereka di atas di Facebook. Insha Allah, anda tidak akan dihampakan. Lebih afdal kata orang, anda boleh berhubung terus dengan Penasihat Kehormat JFC, Cik Siti Nurizaira atau lebih dikenali sebagai Cik Siti. 

Jadi saya berharap, tiada lagi sebarang isu mengatakan "yang FC ini, siapa handle?" "yang berlogo tu siapa pula?". Sebab kami JFC adalah rasmi dan kami dinaungi sendiri oleh Jep selaku Penaung Utama dan kami juga adalah kelab peminat Jep yang berdaftar secara rasmi ( no pendaftaran : PPM-017-14-29012013).

Jadi, setia bersama kami. JFC....luaskan kuasamu. #dah macam JDT dah ^_^ 

*Jadi, dah tahu kenapa saya ada blog? Kerana saya seorang setiausaha. Setiausaha Kelab Peminat je. Setiausaha Jep? Untonglaaaaaaah! hehehehe. :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Thursday, 2 May 2013

Realiti Kehidupannya...Jep Sepahtu (Kosmo)


Assalamualaikum, disini ada sedikit update. Hmmm, lama tak nampak Jep di akhbar kan. So, kepada yang terlepas akhbar Kosmo hari ni, boleh baca disini okay :)


Dipetik Dari HabHib, Kosmo, 2 Mei 2013, Khamis.


SEGENGGAM duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu. Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
Ujar Jep, 28, atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, dia dan dua teman serumahnya merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep membuka bicara.
Dia yang ditemui sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.
Katanya: “Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar. “Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Pemain bola sepak
Jelas Jep, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.
“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.
Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.
“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.
Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi. Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.
“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. “Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.


Sensitiviti
Lawak yang mempunyai dwi makna dan perlakuan yang menyerupai wanita mengajar Jep untuk lebih berhati-hati. Jep mengakui kesilapan lampau dan cuba mencatur langkah dengan lebih berwaspada.
“Lawak double meaning adalah universal dan sebagai pelawak tugas kami adalah memberikan hiburan. Apabila orang tidak suka saya akan ubah dan lawak sebegitu bukan senjata untuk melawak walaupun dalam niat mahu memuaskan hati penonton. Saya banyak terima teguran apabila berpakaian wanita dan saya akui hukumnya haram. Selepas ini saya akan lebih mengambil berat dan jika karakter itu menuntut saya menjadi wanita, saya hanya akan ambil syarat saja tapi tidak akan berpakaian wanita lagi selepas ini. Perkara itu mungkin tidak keterlaluan kerana menyampaikan pengajaran dan orang tahu itu saya. Kenapa orang tidak pandang nasihat sebaliknya pakaian saya? Apapun, salah tetap salah dan selain lawak slapstik, ada banyak alternatif melawak. Semua orang belajar daripada kesilapan dan saya jadikan ini pengajaran masa hadapan,” kata Jep.
Wanita Dalam Hati Jep

Ditanya soalan mengenai wanita dalam kehidupannya, katanya ringkas "Ibu saya adalah awek saya". 

Diasak lagi mengenai wanita yang mungkin pernah atau bakal bertakhta dalam hatinya, Jep menunduk malu. Ulasnya, dia buka terlalu obses dengan wanita. Jangan salah sangka! Maksud Jep, dia tidak mengejar wanita kerana kariernya masih muda dan menantikan saat sesuai apabila betul-betul sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. 

"Kalau diletakkan wanita sebagai ujian, Insha Allah saya boleh lepas. Tapi saya tetap ada keinginan untuk berkahwin suatu masa nanti. Kalau sebelum ini saya pernah dikaitkan dengan seorang producer, saya hanya ketawa apabila gosip itu timbul. Cerita itu tidak benar dan saya kasihan apabila dia menjadi mangsa" katanya yang menyifatkan gosip itu timbul gara-gara pembabitan mereka bersama dalam satu projek.

Terbaharu, Jep khabarnya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang kelibat mereka dalam keadaan mesra di Damansara baru-baru ini dilaporkan menerusi sebuah akhbar Ahad lalu. Bagaimanapun, Jep menyifatkan wanita yang mampu mencuri hatinya adalah wanita yang boleh menghormati ibu dan bapanya.

"Saya mengidamkan wanita yang jujur dan mendengar kata walaupun tahu memang susah mencarinya. Cantik itu satu bonus tapi asalkan sedap mata memandang sudah memadai'' kata Jep yang menyasarkan mahu menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun.


Fakta Menarik Tentang Jep

  • Pernah membuka sebuah restoran di Kulai, Johor selama empat bulan, namun gagal
  • Jep anak keempat dari tujuh beradik, dan tidak pernah berenggang dengan keluarga sejak kecil.
  • Lima perkara mengenai Jep ; panas baran, suka budak kecil, suka bola sepak dan PS3 serta menggemari masakan asam pedas.