Thursday, 4 April 2013

Menjelang ABPBH 2012 – Best Of Luck, Jep!


Assalamualaikum…

Phuuuuuuuh! Berhabuk kejap blog ni. Maklumlah lama takde entri. Bertambah-tambah sibuklah menjelah April ni.  Banyak tanggungjawab di pejabat perlu diselesaikan. Nak nak pulak kebelakangan ni selalu je tak sihat. Yelah, mungkin tak cukup rehat dan tak cukup minum air.

Hmmmm, 3 hari lagi ke anugerah berprestij yang sememangnya dinanti-nantikan insan-insan seni tanah air – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. ABPBH mengiktiraf penglibatan selebriti tempatan mengikut bidang masing-masing. Dan tahun ini, Jep tercalon top 5 Artis Komedi Lelaki Paling Popular. Insha Allah Jep, kalah menang adat bertanding. Even kalah sekalipun, awak tetap JUARA di hati kami semua selaku peminat dan penyokong anda. Harapan kami, teruskan berkarya dan berkarya. Kadang-kadang, terharu juga melihat rakan-rakan peminat yang membeli surat khabar Berita Harian secara borong, berhabisan kredit dan bil melambung tinggi semata-mata mengundi ABP J2. Jika awak menang Jep, anugerah dan gelaran itu hadiah dari kami di Jep Sepah Fans Club dan peminat yang lain kepada awak, kerana selama ini tak pernah lelah  menghiburkan kami.

Sekali lagi, best of luck Jep. Doa kami sentiasa mengiringi anda. Satu sahaja pesanan saya, setiap kali awak rasa jatuh atau down, ingatlah…..kami semua…SEMUA….sentiasa di depan, belakang, kiri dan kanan awak untuk tarik awak bangun balik. All the best, dear. 

Dia yang selalu buat kita ketawa...all the best bro :)

Aminnnnnnnnnnn 

Idaman Malaya.......touch giler tgk pic ni ;(


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

7 comments:

  1. Insyaallah amin..
    Kak zura, sy mintak izin letak link blog akak kt ending each entry yg sy post kt blog sy ea?

    ReplyDelete
  2. goodluck jep!!!if die menang jom kite berzapin beramai2.hehehe

    ReplyDelete
  3. Gudluck JEP !!! Hehehehe , kak Zura pakai gamba yg kite edit :) terharuuuu :') ecececeh :p

    ReplyDelete
  4. Gamba jep time abpbh plssss....

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.