Sunday, 21 April 2013

Kelab Peminat Rasmi Jep - Jep Fans Club Official

Assalamualaikum.......

Hurmmm, entri kali ini sedikit tegas nada bahasa saya. Tidak terniat mahu marah, tetapi ingin memberi peringatan dan hala tuju kepada sesiapa sahaja, yang masih mencari apa dan mana kelab peminat rasmi Jep. Saya berharap selepas entri ini ditulis, tiada lagi persoalan "Official FC Jep apa eh?" "yang page itu Jep ke?" "yang twitter tu fake ke original?'' Hopefully dah tak ada! Kalau masih ada......tak tahulah nak habaq lagu mana dek oi. 

Kadang-kadang rasa sedikit kecewa apabila persoalan diatas, rupa-rupanya masih lagi kedengaran di Facebook dan juga Twitter. Sedangkan, setahu saya, pengurusan JEPFC Official bertungkus lumus menerangkan kepada semua tentang JEPFC. Malah ada yang terus dan terus membuat FB palsu, twitter palsu dan sebagainya. Saya sendiri kurang mengerti, apa tujuannya? Pendapat saya, tidak salah rasanya nak membuat sebarang sokongan kepada Jep melalui FB dan Twitter...tapi janganlah sampai membuat sesetengah pihak keliru. Tak perlu begitu ya. Sedangkan saya, terus menggunakan nama "Azura Nadzri" di semua Facebook, Twitter, Instagram dan WeChat. Alhamdulilah....sahabat saya dari kalangan peminat Jep semakin ramai. Saya ada dua akaun FB dan Twitter yang memisahkan antara Azura Nadzri selaku peminat Jep dan Azura Ashikin Azman selaku facebook peribadi saya. 

Nak tahu tak apa akibat dengan lambakan page Facebook atau Twitter berkaitan nama Jep ni? Kadang-kadang, ada pihak atau syarikat mahu dapatkan Jep sebagai artis jemputan ke, pengacara majlis ke atau apa-apa sahajalah. Mereka akan cuba cari di Facebook dahulu, itu sudah semestinya. Kalau mereka ke saluran yang SALAH.....apa jadi dengan rezeki Jep untuk job tersebut agak-agak ya? 

Saya faham, kebanyakkan peminat mahu saluran terdekat kepada Jep. Mahu bertanya khabar, kirim hadiah, jumpa dan sebagainya. Jadi kepada semua yang MASIH mencari-cari mana Kelab Peminat Rasmi Jep ye dan SALURAN TERDEKAT itu......kini sudah terang lagi nyata. Kami berjaya mengumpulkan peminat untuk bertemu dengan Jep ketika rakaman KKX, kami juga berjaya melaksanakan kejutan hari jadi untuk Jep dan.......semua hadiah yang dikirim kepada krew JFC sampai ke tangan Jep, malah Jep dah guna pun. Jadi.....apa lagi bukti yang perlu diberi? 


Ini logo rasmi Jep FC Official. 

Disini saya letakkan link, guide anda untuk terus kepada kami di Jep FC. Maaf diminta dahulu, selain page dan twitter di bawah, kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang hadiah atau pemberian anda untuk Jep tidak sampai ke tangan beliau. Kami di JEPFC menasihati anda jadilah peminat yang matang dan steady. This things is for fun...........

                                 https://www.facebook.com/jepsepah.fc.1?fref=ts
* FB JepFC ada dua, anda nak like boleh, nak add friends pun boleh.......

Twitter rasmi JEPFC : https://twitter.com/JEPFCofficial @JEPFCofficial

Dan dibawah adalah mereka bergelar CREW JEPFC :

Dari kiri : Azura Nadzri, Eyma Ismail, Adila Zainul, Naz Ahmad dan Cik CT.

Diharapkan selepas ini, tiada lagi isu mengatakan "mana kelab rasmi Jep ye?" "eh, Jep ada FC rasmi ke, page yang itu, apa ye?" Saya mohon.....takde lah lagi soalan macam ni. Kalau ada........entahlah nak jawab apa cara lagi. Dan, nasihat juga kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, utamakan pelajaran okay. Itu yang lebih utama, kerana itu harapan ibu dan ayah anda....... peace yaw!




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.