Saturday, 20 April 2013

Hadiah Harijadi & Kenangan Terindah.......

Assalamualaikum.....

Hi...apa khabar pembaca semua. Harap semuanya sihat-sihat belaka lah ye. Saya, alhamdulilah sihat. Sibuk tu biasalah.....namanya mencari rezeki. Itu yang kadang-kadang lambat update blog.

Saya percaya semua dah menonton video Jep di"prank" oleh kami di Jep FC sempena belated birthdaynya yang ke 28. Terharu dengan sokongan Malaysian Artist Sports Club yang turut membantu majlis tu. Actually, ni dapat rasa, Jep dah dapat agak tau....hahahaha. Nak lari pulak dia ye.........nasib baik Fahrin Ahmad & Fiq Mentor cepat tangkap.......

Alhamdulilah, hadiah semua peminat juga selamat sampai ditangan Jep. Termasuk satu parcel besar dari Singapura. Jauh sudut hati, terharunya ramai yang sayang Jep. Dan Jep berjanji akan pakai dan guna semua hadiah pemberian peminat. Memetik kata-kata Jep dari facebook Jep Fans Club :

"sy x reti mcm mana nk bgtau yg sy appreciate sgt2..mungkin itu kekurangan saya..tp hanya ALLAH yg tau mcm mana terharu nye sy rasa apabila ada BUKAN fan,BUKAN peminat tp sahabat2 yg hebat seperti kamu semua..peminat2 saya adalah sahabat2 .. Salam sayang"


Pandai pakcik susun hadiah..... :)


Saya juga berkesempatan membeli Jep sedikit hadiah yang tak seberapa, tapi mungkin selesa dipakai. SnapBackberwarna merah dan tshirt putih dari 2PM menjadi pilihan saya. Kenapa? Sebab, saya tengok Jep suka berSnapBack, dan baju tshirt warna putih bercorak simple menjadi kegemarannya. Menjelang hari nak shopping, macam-macam benda terlintas nak dibeli. Rancangan sebenar, nak beli sepasang kasut Adidas. Fikir balik, 'Jep mesti dah banyak kasut!" Kemudian nak pula belikan jersi......pun fikir "jersi dia dah banyak!!" Masuk pula butik Ripcurl & Quicksilver, tapi langsung tak menepati citarasa saya. Akhirnya kaki terhenti di butik 2PM di Sunway Pyramid. Hati tersenyum juga bila banyak SnapBack dan tshirt yang pada mata saya sangat suit dengan Jep. 

Dengan bantuan pilihan dari Cik Adila selaku Presiden JFC, saya terus membeli. Pada 17 April, saya serahkan sendiri ke tangan Jep. Dan, alangkah terkejutnya saya.......




Kedua-dua hadiah pemberian saya telah Jep pakai di hari pertama dan kedua rakaman Karoot Komedia X untuk block ketiga di Bukit Jalil, baru-baru ini. Sayangnya, saya tak pula ke rakaman tersebut. Tapi, menurut rakan-rakan peminat, tshirt putih tersebut sesuai dengan Jep. Cun...tepat saiznya. Terima kasih Jep. Terharu sangat. Yelah, walaupun awak cakap awak akan pakai semua pemberian peminat, at least saya nampak pada mata saya, awak pakai apa yang saya beri, dan alhamdulilah awak suka. TQ TQ......

#memang nampak dua gambar ni, sebak dan terharu sampai rasa nak nangis. Sememangnya ini satu antara momen paling indah sepanjang saya mengenali kamu dan selama saya berada bersama JepFC. Terima kasih sekali lagi............

Hajat nak dapatkan angle cantik dengan pakcik ni tercapai.....heheheh :D


Kepada yang tengok Jep kena siram.............boleh tonton disini okay :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.