Sunday, 21 April 2013

Kelab Peminat Rasmi Jep - Jep Fans Club Official

Assalamualaikum.......

Hurmmm, entri kali ini sedikit tegas nada bahasa saya. Tidak terniat mahu marah, tetapi ingin memberi peringatan dan hala tuju kepada sesiapa sahaja, yang masih mencari apa dan mana kelab peminat rasmi Jep. Saya berharap selepas entri ini ditulis, tiada lagi persoalan "Official FC Jep apa eh?" "yang page itu Jep ke?" "yang twitter tu fake ke original?'' Hopefully dah tak ada! Kalau masih ada......tak tahulah nak habaq lagu mana dek oi. 

Kadang-kadang rasa sedikit kecewa apabila persoalan diatas, rupa-rupanya masih lagi kedengaran di Facebook dan juga Twitter. Sedangkan, setahu saya, pengurusan JEPFC Official bertungkus lumus menerangkan kepada semua tentang JEPFC. Malah ada yang terus dan terus membuat FB palsu, twitter palsu dan sebagainya. Saya sendiri kurang mengerti, apa tujuannya? Pendapat saya, tidak salah rasanya nak membuat sebarang sokongan kepada Jep melalui FB dan Twitter...tapi janganlah sampai membuat sesetengah pihak keliru. Tak perlu begitu ya. Sedangkan saya, terus menggunakan nama "Azura Nadzri" di semua Facebook, Twitter, Instagram dan WeChat. Alhamdulilah....sahabat saya dari kalangan peminat Jep semakin ramai. Saya ada dua akaun FB dan Twitter yang memisahkan antara Azura Nadzri selaku peminat Jep dan Azura Ashikin Azman selaku facebook peribadi saya. 

Nak tahu tak apa akibat dengan lambakan page Facebook atau Twitter berkaitan nama Jep ni? Kadang-kadang, ada pihak atau syarikat mahu dapatkan Jep sebagai artis jemputan ke, pengacara majlis ke atau apa-apa sahajalah. Mereka akan cuba cari di Facebook dahulu, itu sudah semestinya. Kalau mereka ke saluran yang SALAH.....apa jadi dengan rezeki Jep untuk job tersebut agak-agak ya? 

Saya faham, kebanyakkan peminat mahu saluran terdekat kepada Jep. Mahu bertanya khabar, kirim hadiah, jumpa dan sebagainya. Jadi kepada semua yang MASIH mencari-cari mana Kelab Peminat Rasmi Jep ye dan SALURAN TERDEKAT itu......kini sudah terang lagi nyata. Kami berjaya mengumpulkan peminat untuk bertemu dengan Jep ketika rakaman KKX, kami juga berjaya melaksanakan kejutan hari jadi untuk Jep dan.......semua hadiah yang dikirim kepada krew JFC sampai ke tangan Jep, malah Jep dah guna pun. Jadi.....apa lagi bukti yang perlu diberi? 


Ini logo rasmi Jep FC Official. 

Disini saya letakkan link, guide anda untuk terus kepada kami di Jep FC. Maaf diminta dahulu, selain page dan twitter di bawah, kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang hadiah atau pemberian anda untuk Jep tidak sampai ke tangan beliau. Kami di JEPFC menasihati anda jadilah peminat yang matang dan steady. This things is for fun...........

                                 https://www.facebook.com/jepsepah.fc.1?fref=ts
* FB JepFC ada dua, anda nak like boleh, nak add friends pun boleh.......

Twitter rasmi JEPFC : https://twitter.com/JEPFCofficial @JEPFCofficial

Dan dibawah adalah mereka bergelar CREW JEPFC :

Dari kiri : Azura Nadzri, Eyma Ismail, Adila Zainul, Naz Ahmad dan Cik CT.

Diharapkan selepas ini, tiada lagi isu mengatakan "mana kelab rasmi Jep ye?" "eh, Jep ada FC rasmi ke, page yang itu, apa ye?" Saya mohon.....takde lah lagi soalan macam ni. Kalau ada........entahlah nak jawab apa cara lagi. Dan, nasihat juga kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah, utamakan pelajaran okay. Itu yang lebih utama, kerana itu harapan ibu dan ayah anda....... peace yaw!




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-





Saturday, 20 April 2013

Hadiah Harijadi & Kenangan Terindah.......

Assalamualaikum.....

Hi...apa khabar pembaca semua. Harap semuanya sihat-sihat belaka lah ye. Saya, alhamdulilah sihat. Sibuk tu biasalah.....namanya mencari rezeki. Itu yang kadang-kadang lambat update blog.

Saya percaya semua dah menonton video Jep di"prank" oleh kami di Jep FC sempena belated birthdaynya yang ke 28. Terharu dengan sokongan Malaysian Artist Sports Club yang turut membantu majlis tu. Actually, ni dapat rasa, Jep dah dapat agak tau....hahahaha. Nak lari pulak dia ye.........nasib baik Fahrin Ahmad & Fiq Mentor cepat tangkap.......

Alhamdulilah, hadiah semua peminat juga selamat sampai ditangan Jep. Termasuk satu parcel besar dari Singapura. Jauh sudut hati, terharunya ramai yang sayang Jep. Dan Jep berjanji akan pakai dan guna semua hadiah pemberian peminat. Memetik kata-kata Jep dari facebook Jep Fans Club :

"sy x reti mcm mana nk bgtau yg sy appreciate sgt2..mungkin itu kekurangan saya..tp hanya ALLAH yg tau mcm mana terharu nye sy rasa apabila ada BUKAN fan,BUKAN peminat tp sahabat2 yg hebat seperti kamu semua..peminat2 saya adalah sahabat2 .. Salam sayang"


Pandai pakcik susun hadiah..... :)


Saya juga berkesempatan membeli Jep sedikit hadiah yang tak seberapa, tapi mungkin selesa dipakai. SnapBackberwarna merah dan tshirt putih dari 2PM menjadi pilihan saya. Kenapa? Sebab, saya tengok Jep suka berSnapBack, dan baju tshirt warna putih bercorak simple menjadi kegemarannya. Menjelang hari nak shopping, macam-macam benda terlintas nak dibeli. Rancangan sebenar, nak beli sepasang kasut Adidas. Fikir balik, 'Jep mesti dah banyak kasut!" Kemudian nak pula belikan jersi......pun fikir "jersi dia dah banyak!!" Masuk pula butik Ripcurl & Quicksilver, tapi langsung tak menepati citarasa saya. Akhirnya kaki terhenti di butik 2PM di Sunway Pyramid. Hati tersenyum juga bila banyak SnapBack dan tshirt yang pada mata saya sangat suit dengan Jep. 

Dengan bantuan pilihan dari Cik Adila selaku Presiden JFC, saya terus membeli. Pada 17 April, saya serahkan sendiri ke tangan Jep. Dan, alangkah terkejutnya saya.......




Kedua-dua hadiah pemberian saya telah Jep pakai di hari pertama dan kedua rakaman Karoot Komedia X untuk block ketiga di Bukit Jalil, baru-baru ini. Sayangnya, saya tak pula ke rakaman tersebut. Tapi, menurut rakan-rakan peminat, tshirt putih tersebut sesuai dengan Jep. Cun...tepat saiznya. Terima kasih Jep. Terharu sangat. Yelah, walaupun awak cakap awak akan pakai semua pemberian peminat, at least saya nampak pada mata saya, awak pakai apa yang saya beri, dan alhamdulilah awak suka. TQ TQ......

#memang nampak dua gambar ni, sebak dan terharu sampai rasa nak nangis. Sememangnya ini satu antara momen paling indah sepanjang saya mengenali kamu dan selama saya berada bersama JepFC. Terima kasih sekali lagi............

Hajat nak dapatkan angle cantik dengan pakcik ni tercapai.....heheheh :D


Kepada yang tengok Jep kena siram.............boleh tonton disini okay :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Thursday, 18 April 2013

Perlawanan MASC & Belated Birthday Suprise Jep

Assalamualaikum.....

Okay straight to the point. Semua ternanti-nanti update terbaru kan? Okay kita tak yah panjang lebor sangat introduction lah ye. hehehehe.

Semalam berlangsung perlawanan MASC vs PKNS di Padang PKNS, Kelana Jaya. Dan, Jep antara artis yang turun padang menjadi kesebelasan utama. Okay, macam biasa, sampai-sampai sahaja, sibuk bercerita tentang JDT yang menang menentang Selangor, sehari sebelum perlawanan. Semangat JDT pakcik menebal sungguh ya. Tapi, tak berapa nak fokus sangat sebab kesana-sini dengan team JFC sebab.......sebab utama kami nak prank Jep sempena belated birthday dia yang ke 28. Lewat seminggu...hehehehe.

Terima kasih kepada abg Nizam selalu pengelola MASC yang memberi kerjasama 100% untuk suprise party ni. And terima kasih juga kepada artis-artis seperti Syed Aiman, Fahrin Ahmad, my ex-bf Zahid AF hehehe, Azrul RL, Black, Gambit....ramai lagi yang membasahkan pakcik dengan air. Kelakar giler sebab semua artis da standby nak prank dia masa tu...semua dok pegang botol air. Terima kasih.......bagi pihak Jep Fans Club sangat terharu. Bak kata Fahrin "Jep....FC ko jep!!" dan bak kata Black "Untunglah ada Fans Club..." hehehehe :)


 Best tak rasa kena prank gitu.........ini baru sikit jer pakcik...


Habis prank, sudah basah lenjun, sesi makan-makan kek dan makanan yang disediakan oleh JepFC dan MASC. Sweet sangat bila presiden dan penasihat JEPFC, Cik Adila & Cik Siti memotongkan kek. Macam Jep cakap "eh awak potongkanlah, nanti saya potong jadi bersegi..." haih..pakcik!pakcik! Lepas memotong, hidangkan untuk Jep dan artis lain. (Honestly tak rasa apa....pdahal artis sehandsome Fahrin Ahmad aku serve kek tu....kosong giler rasa....) 

Terima Kasih Jep FC...kata Jep




Birthday Boy terlalu happy.......cik Adila cover gelak :)

Fans yang datang.....muka-muka familiar semuanya kan...heheheh

Crew yang bertungkus lumus untuk Jep ; Azura, Eyma, Adila, Naz & Cik CT.

Sebelum pulang, kami crew JEPFC sempat menyerahkan semua hadiah-hadiah yang dikirimkan kepada cik Adila, Cik CT dan saya sendiri untuk diserahkan kepada Jep secara by hand. Alhamdulilah semuanya sampai direct kepada Jep, especially kiriman dari Singapura. Terima kasih semuanya. Jep ada upload gambar hadiah berkenaan di Instagramnya. Korang dah add Jep di Insta kan...so tengoklah sendiri okay.

Last but not least, saya selaku pemilik blog hanyadiajepsepahtu.blogspot.com, menambah koleksi peribadi gambar bersama Jep untuk kali ke.............entah tak ingat!




Terima kasih Jep...happy belated birthday pakcik. Terima kasih MASC sebab bantu kami semua JFC untuk prank pakcik.....dan I really love my JEPFC team. Sayang u alls semua ketat-ketat. To JEPFC lovely crews, alhamdulilah, terlaksana plan kita. Kepada JEPFC lain yang seperti Tinie, Fahmi, Afiq, Kaklong Zyla, Tyha, Kak Ida dan semua......terima kasih kerana make this suprise party success........

#Gambar kredit kepada pemilik asal : Kaklong Zyla untuk JEPFC.

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-







Tuesday, 9 April 2013

Anugerah Bintang Popular 2012 & Birthday Boy

Assalamualaikum...

Alamak sungguh kelewatan! Maaf ye......banya perkara terkejar sana dan sini. Sedar atau tak dah nak masuk pertengahan April. Wuhuu....kejap je masa berlalu, kan? Anyway, ABPBH 2012 telah pun berlalu. Kemenangan tahun ini tidak berpihak kepada Jep, tapi tak mengapa. Rezeki ada di mana-mana kan? Menjadi calon top 5 pun bersyukur sangat-sangat. Bukan mudah nak menumpaskan barisan pelawak lain dan berada di calon akhir. Tapi yang pasti rezeki tetap dimana-mana. Untuk Jep, nasihat saya sebagai peminat dan penyokong, teruskan kekal di dalam industri ini dan apa yang perlu anda perbaiki, boleh perbaiki. Tidak genggam anugerah tidak semestinya tidak terus gemilang. Macam orang belajar setakat SPM je. Tak semestinya hanya sampai SPM, tak boleh survive. Dan, tidak semestinya dengan segulung Ijazah, anda terus kerja bagus. Pusing-pusing kok sama juga ya! heheheh.....alah, jangan downlah Jep! 

Dan dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28 tahun untuk Jep. Semoga Allah sentiasa merahmati anda dan keluarga, dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatannya untuk bekerja dan beribadah. Semoga peningkatan usia ini, saya harap anda semakin matang meniti perjalanan hidup yang sememangnya semakin berliku dan mencabar.......amin.

"Makan ayam Nando's dengan sos peri-peri, selamat hari jadi Enche Nadzri....''




*Gambar ABPBH kalian carilah di Facebook atau Twitter ye. Maap tidak berkesempatan di karpet merah*

Thursday, 4 April 2013

Menjelang ABPBH 2012 – Best Of Luck, Jep!


Assalamualaikum…

Phuuuuuuuh! Berhabuk kejap blog ni. Maklumlah lama takde entri. Bertambah-tambah sibuklah menjelah April ni.  Banyak tanggungjawab di pejabat perlu diselesaikan. Nak nak pulak kebelakangan ni selalu je tak sihat. Yelah, mungkin tak cukup rehat dan tak cukup minum air.

Hmmmm, 3 hari lagi ke anugerah berprestij yang sememangnya dinanti-nantikan insan-insan seni tanah air – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. ABPBH mengiktiraf penglibatan selebriti tempatan mengikut bidang masing-masing. Dan tahun ini, Jep tercalon top 5 Artis Komedi Lelaki Paling Popular. Insha Allah Jep, kalah menang adat bertanding. Even kalah sekalipun, awak tetap JUARA di hati kami semua selaku peminat dan penyokong anda. Harapan kami, teruskan berkarya dan berkarya. Kadang-kadang, terharu juga melihat rakan-rakan peminat yang membeli surat khabar Berita Harian secara borong, berhabisan kredit dan bil melambung tinggi semata-mata mengundi ABP J2. Jika awak menang Jep, anugerah dan gelaran itu hadiah dari kami di Jep Sepah Fans Club dan peminat yang lain kepada awak, kerana selama ini tak pernah lelah  menghiburkan kami.

Sekali lagi, best of luck Jep. Doa kami sentiasa mengiringi anda. Satu sahaja pesanan saya, setiap kali awak rasa jatuh atau down, ingatlah…..kami semua…SEMUA….sentiasa di depan, belakang, kiri dan kanan awak untuk tarik awak bangun balik. All the best, dear. 

Dia yang selalu buat kita ketawa...all the best bro :)

Aminnnnnnnnnnn 

Idaman Malaya.......touch giler tgk pic ni ;(


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-