Sunday, 3 March 2013

Perihal dan Kisah Twitter.....

Assalamualaikum,

Ehem, kali ni entri kena nak serius sikit. Sebab, sebagai seorang yang lebih dewasa dan pangkat kakak rasanya, saya berhak bersuara. Ini bukan sekadar nama Jep Sepah secara peribadi, tetapi ia turut membabitkan peminat lain juga. Saya mungkin bukanlah insan yang besar di belakang Jep, tetapi selaku penyokong dan blog ini adalah RASMI milik saya, saya berhak menulis. Dan, pada masa yang sama sedihnya berganda-ganda. Bukan sebab Jep, tapi sebab yang melakukan perkara yang tak bertanggungjawab ini adalah remaja berusia 16 tahun dan masih bersekolah!

Saya pernah ditegur oleh beberapa orang yang saya kira besar dalam pengurusan Jep Sepah Fans Club, gara-gara cuba marah atau 'angin' dengan beberapa page FB palsu yang menyamar diri sebagai Jep. Lama-lama saya terfikir, hmmm betul juga. Kalau page tu tak menganggu, sebaliknya antara yang menyokong kuat kerjaya Jep, apa salahnya. Semua itu page sokongan. Malah, Jep juga turut bangga lihat banyak page FB yang menyokong kerjayanya. Jangan bergaduh kata Jep!

Itu perihal Facebook yang saya rasa sudah tutup ceritanya. Timbul pula di Twitter. Tak dinafikan, penyamaran masih berleluasa, walaupun Jep terang-terang memberi kenyataan mengatakan dia tidak membuat sebarang akaun Facebook mahupun Twitter. Hanya akaun Instagram sahaja. Malah, depan saya Jep mengaku sedemikian. Jadi, saya sekadar membantu pengurusan JFC memantau akaun-akaun Twitter yang ada ni, asalkan tidak memijak nama JEP SEPAH! Tapi, hakikatnya lain yang saya jumpa......

Satu akaun Twitter bernama @jepp_sepah, pada saya dirinya sudah melampaui batas. Saya boleh terima pada asal dia menyamar sebagai saudara kepada Jep. Tapi, sebenarnya, sudah lari dari landasan sebagai peminat. Dia hanya mahu meraih followers, dengan memetik nama Jep Sepah. Yang membuat saya lagi panas hati, hmm lihat sahajalah gambar di bawah ini......:

Dari akaun Twitter saya. See, she make use of Jep's name! 

Bahasanya cukup saya terguris...sebab dia masih bawah umur :(



Ha.......kau dah cakap abg aku bodoh kan! Suka suka hati 


Ini antara screen twitter sempat saya capture. Hakikatnya, bukan semata-mata nama Jep saya cuba pertahan, malah, peminat lain dan juga kasihankan adik ni. Saya analisa sendiri, cukup jauh "keberanian" peminat sekarang berbanding zaman saya di usia mereka. (saya tidak maksudkan semua, sesetengahnya sahaja). Saya masih ingat ketika saya menjadi antara peminat tegar kumpulan pelawak no 1 Malaysia dulu, Senario. Untuk mendekati setiap seorang anggotanya memang susah, namun email sahaja penghubung antara saya dan mereka, terutamanya abg Saiful Apek yang sememangnya humble, sampai detik blog ini ditulis. 

Bila orang bertanyakan kenapa Jep takda twitter? takda facebook ya? Well.......maybe anda sendiri tahu jawapannya kan? Kalau saya sendiri letih dan lelah melihat semua ini, apa lagi empunya diri bernama Mohd Nadzri bin Zainal Abidin @ Jep Sepahtu. Peminat akan boleh bercakap, "alah, rilexlah Jep, budak2!" tapi, yang diusik nama Jep. Sebab tu bila isu mengatakan Jep tiada Twitter atau FB, saya diamkan sahaja. Realitinya, ini lah dia! Jep tidak suka lihat peminatnya bergaduh sebenarnya adik-adik sayang. Sebab tu akak selalu tekankan, jadilah peminat yang matang, yang cerdik dan sentiasa hormat diri artis kesayangan kita tu. Tak semua aspek peribadi artis itu wajib kita hafal........kadang2 artis itu cukup menghargai seandainya kita ni menjadi antara yang menolak mereka ke puncak kegemilangan...dari hanya kenal tapi tak ikhlas.

Mendalamkan entri kali ni, sebab dah letih tengok gelagat adik-adik yang saya rasa, tak patutlah benda macam ni jadi. Pihak lain mungkin boleh bercakap, ala setakat Twitter Azura ni nak bising2! Ini bukan masalah Twitter atau FB, ini masalah attitude! Renung-renungkan... ^_^

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


3 comments:

  1. hrmm... betul3. x abis2 nak tipu peminat dgn membuat acc fake. cuba kau fikir dulu perasaan Jep, tak ke kesian dia kalau dibuat cam tu. sedarlah ckit diri tu masih bawah umur. haih... saya harap abg Jep bersabar dgn tindakan peminat yang belum cukup matang ini, sbb peminat abg bkn dia seorang, ada beribu lagi peminat abg yg sayangkan abg. jadi, anggap saja benda2 mcm ni sebagai dugaan dalam menjadi artis dan ujian yang harus abg tempuhi. ikhlas drpd saya. :)

    ReplyDelete
  2. sedih tengok budak budak sekarang ni . hmmm

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.