Friday, 22 March 2013

Jep, You Memang Best, Bro!

Assalamualaikum...........

Is barang baik...is barang baik! Hehe....dah habis dah rakaman Karoot Komedia X untuk block kedua. Dan mulai semalam, episod pertama KKX musim kedua mula ditayangkan di saluran 132, ASTRO COLOUR! hehehe. Anyway, jutaan terima kasih kepada semua yang hadir (eceh! macam aku pulak pelakon dia, kan!) Takpela, orang cakap bagi pihak..............dan kepada yang datang bersama rombongan Cik Kiah Jep FC juga terima kasih. Harapnya yang tak pernah jumpa Jep untuk pertama kali, lepas rindu hangpa no!

Sebenarnya, tertulis jauh disudut hati sebak dan terharu melihat kesungguhan Jep melayan peminat walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat letih saya fikir. Maklumlah, dua cerita nak dilakonkan dalam sehari.... dan selama seminggu! Dan macam-macam watak pulak tu. Saya yang datang dari pagi membawa ke malam pun dah letih, inikan pula mereka yang melakonkan. THUMBS UP to Pak Yus, Abg Ebby Yus, Nabil dan Jep atas kesungguhan mereka. Korang memang best, bro! Dan, Jep juga tidak lelah melayan peminat yang datang dari jauh dan juga yang sekali sekala dapat jumpa. Saya terharu, Jep! Bagi pihak mereka, terima kasih sangat2. Saya tahu mereka sangat2 terharu dengan layanan awak, even tak seberapa. 

Saya dan JEP FC sebenarnya cuba menepis tanggapan sesetengah orang atau peminat mengatakan JEP SOMBONG? Korang setuju ke dengan kenyataan tu ? Saya harap takda yang cakap ya, okay! Setakat ini, Jep belum pernah fail lagi melayan peminat rasanya. Cuma, kadang kala bertembung masa.....nak buat camna kan? Jadi, janganlah terus hentam ya. Biasalah, mulut orang kita tak boleh nak tutup! Biarlah apa pun mereka nak kata, asalkan ada peminat yang rasa terus ke hati layanan Jep yang paling terbaik to the max! 

Untuk Jep.....hmmmm ramaikan fans awak yang datang? bagi hadiah, kek in advance for birthday, macam-macam,kan? ..kan saya dah cakap...ini semua barisan pertahanan awak. Barisan pertahanan awak dalam industri ni supaya awak terus bertahan. Dan bertahan lagi. Jadi, satu je harapan saya........teruskan sikap awak yang macam ni ye. Kami yang dah biasa jumpa awak selalu ni xde hal, tapi mereka yang benar2 admire awak dari jauh tuu. Ramainya...adalah satu semenanjung + sabah dan sarawak. Tu tak masuk Brunei dengan Singapore.........ha ha tak tahu!!! heheheh! Sungguh idaman malaya awak kan?? hehehe. 

Apa-apapun, semua peminat Jep you all memang rock ah!! 







Haih....jadi idaman awak ye, Jep. Hebat.........teruskan down-to-earth, ok dear?

Gelak macam nie orang ramai suka ni....ada yang komen "akak saya suka gigi Jep tu, comel" 
Macam-macam la korang nie....:P


Ini antara pose dimana untuk pengetahuan awak Jep,
ramai yang dah separuh histeria....pengsan pun ada.....hehehehe


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


2 comments:

  1. Semoga dia success dunia akhirat..jangan lupa memandang bumi di saat dia melihat langit..jangan lupa Allah,Rasul dan keluarga,insyaAllah.seperti kata akak,kami ni barisan pertahanan dia insyaAllah smpai bila2 =)

    ReplyDelete
  2. kitorang semua doakan kejayaan abg Jep, bkn abg Jep je, malah abg Shuib sekali. bila abg dah berjaya, jgn lupa Allah, family dan semua peminat yg t'lah menyokong abg sejak RL3 ataupun sejak bila-bila pun. saya doakan kejayaan abg2 Sepahtu. do the best for your admire. ☺

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.