Saturday, 23 March 2013

Memoria Bersama......Jep Sepahtu.

Assalamualaikum..........

Amacam semua? Dah tengok Karoot Komedia Musim Kedua Episod Pertama? Amacam lawak tak Encik Napie yang cuba mengawal isteri dia? Bagi saya yang tengok live ketika rakaman itu sedang berlangsung memang lawak to the max! Rasa nak pecah perut tengok lawak keempat-keempat pelawak hebat tu, especially Encik Napie. Hehehehe. Mengikut kata team produksi KKX, rakaman KKX akan diteruskan dan rancangan itu akan terus ditayangkan sehingga hujung tahun. Jika tidak silap, baru-baru ini mereka selesai merakamkan KKX untuk episod Deepavali. Alamak....tak sabar nya nak tengok Jep memakai kurta. *Kurta ialah sepasang baju tradisi lelaki India. Selalu pelakon hindustan selalu pakai kalau ada perkahwinan ke.....alamak toqqq sure handsome seh. Ehemmmm maksud saya, pelakon hindustan yang memakai baju itu yang handsome, bukan Jep! heheheheh :P


Hmm, terdetik lah malam ni nak mengimbas setiap kenangan saya jumpa Jep Sepahtu yang saya sendiri tidak terfikir yang saya akan terus dan terus menyokong dan sedaya upaya berada di mana dia berada sebagai tanda sokongan. Bukan stalking ya....maksudnya hanya menjalankan tugas sebagai crew Jep FC. Bukan datang syok syok sendiri sebenarnya, datang sebagai menggalas tugas dan amanah yg diberikan oleh Cik Siti selaku penasihat Jep FC. Itu sahaja.........

Jadi, dalam banyak-banyak gambar dan kenangan, ini permulaannya.....


Pertama kali bersua muka dan bertentang empat mata dengan seorang yang saya kenal melalui program Raja  Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011, dan yang selama ini saya hanya menonton beliau di TV. Pada 1 September 2012 bertempat di Studio BKB, Kota Damansara, dia berdiri di sebelah saya. Terima kasih kepada Cik Siti dan Cik Naz Ahmad atas pertemuan ini. Saya kira ini adalah pertemuan yang paling tidak dirancang. Saya dapat tahu Betul Ke Bohong menjalani rakaman musim terbaru di FB We Love Jep Sepah. Saya hadirkan diri bersama Cik Siti, yang pertama kali juga saya jumpa. Dan...disinilah bermula, segalanya.

Ini juga antara memori yang takkan mungkin saya lupa. Siri Jelajah Sepah The Movie bertempat di AEON Bukit Raja pada 11 November kalau tidak silap. Saya sendiri tidak menyedari, dan menyangka apa yang membuat saya terlalu berani ke pentas bila ada sesi bersama pelakon di atas pentas. Malah, terima kasih kepada Shahrol Shiro atas capture yang cantik ini. Saya memang tidak sedar, dari mana datangnya keberanian saya itu......hmmm???


Selepas senyap sekejap, 14 Januari 2013, saya jumpa sekali lagi dengan Jep. Kali ini, lebih seronok sebab Jep dah mula kenal kami sekumpulan, Eyma, Naz, Adila, dan saya. Dan dia sudah sedar, kami adalah teraju kepada Jep FC yang membantu Cik Siti. Terima kasih Jep :)


Pertemuan kali ni agak menyentuh jiwa. Sebab, hanya sehari sebelum hari jadi saya, 24 Januari 2013. Kebetulan, hari tersebut adalah cuti umum. Terima kasih kepada cik Adila yang sudi menjadi peneman saya. 

Ini yang agak latest, 4 Februari 2013, sehari sebelum rakaman KKX Musim kedua, pusingan pertama. Jep sempat jemput datang Astro untuk rakaman. hehehe, tak jemput pun sure datang. Dan masa ini jugaklah saya dapat tahu Jep baca blog ni. Tiba-tiba muka tebal berinci-inci, tuhan je yang tahu.....uuuuuuu -_-!!

*tak suka pic ni...muka saya sangat BUSUK sebab dah letih!!! uuuuuuu -_-
Finally the latest.........Jumaat lepas, 15 March 2013 ketika rakaman KKX Musim Kedua, Pusingan Kedua. Jep nampak kami dari atas pentas, sempat sapa dah makan ke belum. Signal saya untuk Jep jumpa diluar menjadi. Tak sangka Jep keluar....aduhai, terima kasih ye abang. Sebenarnya rakaman terakhir pada 21 March ada juga jumpa Jep. Tapi hanya sekejap, bila Jep melambai-lambai memanggil saya, katanya tak sempat nak jumpa di kereta dan minta kirim salam semua. 

Inilah antara memoir yang tak mungkin saya lupa. Tapi, saya ingatkan, saya tak pernah nak bagi cemburu kepada sesiapa pun, kehadiran saya dan rakan-rakan JFC lain di lokasi Jep berada, adalah sekadar menjalankan tugas sebagai antara teraju utama Jep Sepahtu Fans Club. Apa yang dapat, kami salurkan info kepada semua peminat, terutamanya di luar Kuala Lumpur. Saya agak takut sekiranya ada peminat mengatakan begini "dimana ada Jep, disitu ada Azura!'' oh.....jangan cakap begitu. Saya pun manusia biasa, cuba membantu sahaja selagi mampu ya.....

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat Jep Fc, Cik Siti atas amanah dan kepercayaan yang diberikan. Dan kepada semua Jep FC team, Adila, Eyma, Naz & Fiz.... anda semua adalah team yang paling best. Bestie forever okay. Untuk Jep......all the best!

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-













Friday, 22 March 2013

Jep, You Memang Best, Bro!

Assalamualaikum...........

Is barang baik...is barang baik! Hehe....dah habis dah rakaman Karoot Komedia X untuk block kedua. Dan mulai semalam, episod pertama KKX musim kedua mula ditayangkan di saluran 132, ASTRO COLOUR! hehehe. Anyway, jutaan terima kasih kepada semua yang hadir (eceh! macam aku pulak pelakon dia, kan!) Takpela, orang cakap bagi pihak..............dan kepada yang datang bersama rombongan Cik Kiah Jep FC juga terima kasih. Harapnya yang tak pernah jumpa Jep untuk pertama kali, lepas rindu hangpa no!

Sebenarnya, tertulis jauh disudut hati sebak dan terharu melihat kesungguhan Jep melayan peminat walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat letih saya fikir. Maklumlah, dua cerita nak dilakonkan dalam sehari.... dan selama seminggu! Dan macam-macam watak pulak tu. Saya yang datang dari pagi membawa ke malam pun dah letih, inikan pula mereka yang melakonkan. THUMBS UP to Pak Yus, Abg Ebby Yus, Nabil dan Jep atas kesungguhan mereka. Korang memang best, bro! Dan, Jep juga tidak lelah melayan peminat yang datang dari jauh dan juga yang sekali sekala dapat jumpa. Saya terharu, Jep! Bagi pihak mereka, terima kasih sangat2. Saya tahu mereka sangat2 terharu dengan layanan awak, even tak seberapa. 

Saya dan JEP FC sebenarnya cuba menepis tanggapan sesetengah orang atau peminat mengatakan JEP SOMBONG? Korang setuju ke dengan kenyataan tu ? Saya harap takda yang cakap ya, okay! Setakat ini, Jep belum pernah fail lagi melayan peminat rasanya. Cuma, kadang kala bertembung masa.....nak buat camna kan? Jadi, janganlah terus hentam ya. Biasalah, mulut orang kita tak boleh nak tutup! Biarlah apa pun mereka nak kata, asalkan ada peminat yang rasa terus ke hati layanan Jep yang paling terbaik to the max! 

Untuk Jep.....hmmmm ramaikan fans awak yang datang? bagi hadiah, kek in advance for birthday, macam-macam,kan? ..kan saya dah cakap...ini semua barisan pertahanan awak. Barisan pertahanan awak dalam industri ni supaya awak terus bertahan. Dan bertahan lagi. Jadi, satu je harapan saya........teruskan sikap awak yang macam ni ye. Kami yang dah biasa jumpa awak selalu ni xde hal, tapi mereka yang benar2 admire awak dari jauh tuu. Ramainya...adalah satu semenanjung + sabah dan sarawak. Tu tak masuk Brunei dengan Singapore.........ha ha tak tahu!!! heheheh! Sungguh idaman malaya awak kan?? hehehe. 

Apa-apapun, semua peminat Jep you all memang rock ah!! 







Haih....jadi idaman awak ye, Jep. Hebat.........teruskan down-to-earth, ok dear?

Gelak macam nie orang ramai suka ni....ada yang komen "akak saya suka gigi Jep tu, comel" 
Macam-macam la korang nie....:P


Ini antara pose dimana untuk pengetahuan awak Jep,
ramai yang dah separuh histeria....pengsan pun ada.....hehehehe


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Monday, 18 March 2013

Karoot Komedia X Hari Kedua - Jep yang jadi rebutan

Assalamualaikum....

Lambat sikit updatenya untuk rakaman hari kedua KKX semalam. Maklumlah......badan dah sangat-sangat letih dari siang membawa ke malam berkampung dekat studio 1 tu. Semuanya untukmu...eceh ceh!! Pui, geli dengornya ye!! Anyway, penat yang bercampur happy, sebab kebanyakkan peminat yang hadir melalui Jep Sepah Fans Club, dapat bersemuka dengan Jep secara live. Teruja semuanya ya. Siap ada yang tarik-tarik baju saya "kak zura...please please nak satu gmbar dengan Jep!!'' Hah, itu belum Cik Siti ada tu, kalau ada, dia pun kepenatan agaknya. But, well JEPFC tak pernah lelah melayan anda semua. Heheheh sweet la tengok korang menyerbu abang J tu. Sangat terhangat di pasaran korang buat dia ye. Jep terlalu letih, tapi mampu bagi kerjasama sebaik mungkin. Terima kasih Jep sudi luang masa sekejap ya. Kepada semua yang hadir tu, itu lah yang mampu kami di JFC beri. Insha Allah, kalau ada masa, dan umur yang panjang kita jumpa lagi ya. Dan kepada crew JEPFC, anda semua memang best!! Jumpa lagi..............


This episode may be my FAVOURTE ever....why??? Korang tunggu je la nanti ye :)



Dari Studio 1, ASTRO - Karoot Komedia X

Cik Sahidatul Hartini, yang sentiasa baca blog saya.....terima kasih :)

Gelagat peminat-peminat Jep yang teruja menyaksikan beliau di pentas KKX :)

Kak Zyla ; antara yang "terpesona'' dengan ramah & mesra Jep. Terima kasih kak :) 



Tu dia..........girl-girl sahaja keliling!!! Lu best la bro :)

Busy yer kita ; Cik Naz & Cik Adila :)

Ini....tak tahu apa kes budak baju cekelat ni :P !!!! 



JFC Crews......sayang korang ketat-ketat!!!

Peace Yaw!!! Suka pic nie...sebab, tu gaya sos tomato!! ;)



-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-



Saturday, 16 March 2013

KKX Pusingan Kedua - Jep, Terima Kasih :)

Assalamualaikum.......

Hai semuanya....adehhhh letihlah baru balik dari Astro untuk rakaman kedua Karoot Komedia X. Serius letih. Maklumlah petang tadi dari pejabat terus ke Bukit Jalil. Sampai Astro rasa nak melompat juga nampak dah JFN 72. Memula hati x sedap juga, bimbang Jep x terlibat dengan rakaman kali ni. Manalah kot tau.... 

Rakaman hari ni mula agak lewat....memang lewat. Masuk studio, perkenalkan barisan artis, Jep nampak kelibat kami. Dari atas stage sempat dok tanya "dah makan?" (belum Jep! kitorang sangat lapar.....!!!). Rakaman berlangsung tanpa sebarang gangguan, dan sesi rakaman dicepatkan sikit memandangkan dah agak lewat malam. Ketika break, aku sempat bagi signal kepada Jep untuk jumpa dan ambik gambar kat luar studio. Jep kata okay. Sempat dia cakap pada Nabil "ini FC aku...selalu datang tgk aku main bola" alamak sedikit terharu......! 

Tamat rakaman, kami berlima tunggu diluar studio. Seperti janji, Jep keluar untuk jumpa sekejap (maklumlah lama x jumpa weh!!) Fatah & Iwan, Floor Assistant untuk KKX pun dah tahu program kami utk jumpa Jep. Depa pun x banyak menghalang. Jep pesan, datang lagi ye esok. Insha Allah. Jep terlalu lapar dan letih. Tapi, dia cakap...dia nak balik je. Xlarat dah. (Jep memang all out malam tadi) Ikotkan kami pun x larat da Jep. Tapi, perut dah masuk angin. Makan je la.....! 

Kepada cik Diena & Tinie yang sempat jumpa Jep, itulah yang mampu saya bantu ye. Harap anda okay.To my lovely crews buddy, Eyma & Naz.....sayang korang ketat-ketat! To Jep, terima kasih penat2 pun sudi melayan yer. See you tomorrow....daaaaaaa



Is barang baik....is barang baik

before to studio.....itulah cik Tinie (pembaca setia blog saya :) )

My beloved JEPFC crews..

Abang dah letih, dik....hehehehe

Naz lepas rindu yer :P

Ketara muka Jep letih yer :)


Dieanna.......gugup dia depan Jep :P


Finally is me......muka kite da macam ape dah Jep!!!!! Soooooo 'busuk' lar!!

Yoooo.......ini kami yaw!!! 


-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

Tuesday, 5 March 2013

Rakaman Kedua Karoot Komedia X

Assalamualaikum....

Saya mohon untuk spread this news, dan kepada mereka yang tidak berkesempatan menyaksikan rakaman Karoot Komedia X, ini ada berita baik..........

Rakaman Karoot Komedia X pusingan kedua bakal bermula dari 15 Mac hingga 22 Mac. Masuk adalah percuma dan bertempat di Studio 1, Astro Bukit Jalil. Kepada anda yang ingin menyaksikan Yus Jambu, Nabil, Ebby Yus dan sememangnya Jep Sepahtu, anda boleh hadirkan diri ke ASTRO Bukit Jalil. Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kali ini, JEPFC tidak menyediakan bas ye. Anda harus pergi sendiri. Rakaman ada dua sesi, pada pukul 1.30 ptg dan kemudian disambung ke 8.00 malam. Wajib berpakaian kemas dan kasut bertutup. Untuk booking seat, anda boleh hubungi :



Cik Adila : 0123467050
Cik Azura : 0133274960

Jom kita berkaroot ramai-ramai............jumpa anda disana!

Sunday, 3 March 2013

Perihal dan Kisah Twitter.....

Assalamualaikum,

Ehem, kali ni entri kena nak serius sikit. Sebab, sebagai seorang yang lebih dewasa dan pangkat kakak rasanya, saya berhak bersuara. Ini bukan sekadar nama Jep Sepah secara peribadi, tetapi ia turut membabitkan peminat lain juga. Saya mungkin bukanlah insan yang besar di belakang Jep, tetapi selaku penyokong dan blog ini adalah RASMI milik saya, saya berhak menulis. Dan, pada masa yang sama sedihnya berganda-ganda. Bukan sebab Jep, tapi sebab yang melakukan perkara yang tak bertanggungjawab ini adalah remaja berusia 16 tahun dan masih bersekolah!

Saya pernah ditegur oleh beberapa orang yang saya kira besar dalam pengurusan Jep Sepah Fans Club, gara-gara cuba marah atau 'angin' dengan beberapa page FB palsu yang menyamar diri sebagai Jep. Lama-lama saya terfikir, hmmm betul juga. Kalau page tu tak menganggu, sebaliknya antara yang menyokong kuat kerjaya Jep, apa salahnya. Semua itu page sokongan. Malah, Jep juga turut bangga lihat banyak page FB yang menyokong kerjayanya. Jangan bergaduh kata Jep!

Itu perihal Facebook yang saya rasa sudah tutup ceritanya. Timbul pula di Twitter. Tak dinafikan, penyamaran masih berleluasa, walaupun Jep terang-terang memberi kenyataan mengatakan dia tidak membuat sebarang akaun Facebook mahupun Twitter. Hanya akaun Instagram sahaja. Malah, depan saya Jep mengaku sedemikian. Jadi, saya sekadar membantu pengurusan JFC memantau akaun-akaun Twitter yang ada ni, asalkan tidak memijak nama JEP SEPAH! Tapi, hakikatnya lain yang saya jumpa......

Satu akaun Twitter bernama @jepp_sepah, pada saya dirinya sudah melampaui batas. Saya boleh terima pada asal dia menyamar sebagai saudara kepada Jep. Tapi, sebenarnya, sudah lari dari landasan sebagai peminat. Dia hanya mahu meraih followers, dengan memetik nama Jep Sepah. Yang membuat saya lagi panas hati, hmm lihat sahajalah gambar di bawah ini......:

Dari akaun Twitter saya. See, she make use of Jep's name! 

Bahasanya cukup saya terguris...sebab dia masih bawah umur :(



Ha.......kau dah cakap abg aku bodoh kan! Suka suka hati 


Ini antara screen twitter sempat saya capture. Hakikatnya, bukan semata-mata nama Jep saya cuba pertahan, malah, peminat lain dan juga kasihankan adik ni. Saya analisa sendiri, cukup jauh "keberanian" peminat sekarang berbanding zaman saya di usia mereka. (saya tidak maksudkan semua, sesetengahnya sahaja). Saya masih ingat ketika saya menjadi antara peminat tegar kumpulan pelawak no 1 Malaysia dulu, Senario. Untuk mendekati setiap seorang anggotanya memang susah, namun email sahaja penghubung antara saya dan mereka, terutamanya abg Saiful Apek yang sememangnya humble, sampai detik blog ini ditulis. 

Bila orang bertanyakan kenapa Jep takda twitter? takda facebook ya? Well.......maybe anda sendiri tahu jawapannya kan? Kalau saya sendiri letih dan lelah melihat semua ini, apa lagi empunya diri bernama Mohd Nadzri bin Zainal Abidin @ Jep Sepahtu. Peminat akan boleh bercakap, "alah, rilexlah Jep, budak2!" tapi, yang diusik nama Jep. Sebab tu bila isu mengatakan Jep tiada Twitter atau FB, saya diamkan sahaja. Realitinya, ini lah dia! Jep tidak suka lihat peminatnya bergaduh sebenarnya adik-adik sayang. Sebab tu akak selalu tekankan, jadilah peminat yang matang, yang cerdik dan sentiasa hormat diri artis kesayangan kita tu. Tak semua aspek peribadi artis itu wajib kita hafal........kadang2 artis itu cukup menghargai seandainya kita ni menjadi antara yang menolak mereka ke puncak kegemilangan...dari hanya kenal tapi tak ikhlas.

Mendalamkan entri kali ni, sebab dah letih tengok gelagat adik-adik yang saya rasa, tak patutlah benda macam ni jadi. Pihak lain mungkin boleh bercakap, ala setakat Twitter Azura ni nak bising2! Ini bukan masalah Twitter atau FB, ini masalah attitude! Renung-renungkan... ^_^

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-


Friday, 1 March 2013

Luahan Hati Seorang Peminat (Part II)

Sedut habuk guna vakum, assalamualaikum......hehehe. Amboi, berpantun sakan yer pagi ni. Yelah, kitakan tinggi dengan adat dan budayanya, kenalah berpantun bagaikan. Makan mempelam tepi paya, apa khabar semuanya....ewahhhh!! 

Oklah, taknak lah berceloteh pepanjang. Rasanya kebelakangan ni jarak masa untuk menulis dari satu entri ke satu entri agak panjang kan....? Bukan apa, rasanya entri kali ni, saya kena jujur dari hati. Ehem, bukanlah sebelum ni saya tak jujur, NO NO NO! Jujur kali ni, saya rasa sedikit rindu (perkataan rindu ini universal, jadi usah disalah erti ye!) dengan Jep. Bukan rindu apalah.....rindu dengan keletah dia. Setakat ini, yang betul  membuat saya sedikit terubat rindunya sebab tengok BKB saja setiap hari Isnin, dan ulangan KKX dan Gelak Khas di Astro Warna. Tapi, hakikatnya, saya rindu seh tengok abg besar ni main bola sepak. Rindu giler. Sape2 pernah tengok Jep as striker atas padang tahulah terror tak terror kan. Huuuuu......

Selain dari itu, rindu juga nak jumpa cik abang ni lagi. Mungkin kenyataan saya ni orang akan cakap "geeeedik...........!'' Well, sapa yang pernah jumpa dan tahu sikap mesra Jep dengan peminat, orang tu je yang akan memahami. Well, saya rasa dah cukup pekak dan tuli dah telinga ni dengar macam-macam. Itu baru saya, yang bukan memegang JEP FC atau terlalu rapat dengan Jep. Apatah lagi untuk leader JFC yang sememangnya dah kenal Jep lama, kan? 

Saya sendiri kurang faham sebenarnya apa pandangan sesetengah peminat sampai sanggup downgrade maruah peminat lain. Saya sudah bersama media dan dunia selebriti cukup lama....(even belum 10 tahun), tapi pengalaman mengajar. Hakikatnya, artis adalah insan biasa yang bisa tidak sempurna juga. Hanya, mereka dikenali. Ikhlaskanlah hati bila menjadi peminat kepada seorang artis tu. Tak kira apa jua yang berlaku, jika salah tegurlah, jika tidak terus sokongan. Cukup dengan sifat dengki mendengki ni, tak bawa kemana pun. Bukan saya sahaja, malah semua orang rimas dengan situasi macam ni. Pernah dengar tak pepatah, "benda yang semakin kita kejar, semakin ia lari...?'' Hakikatnya, realiti. Hentikan sebarang tuduhan, fitnah atau apa saja. Be matured. Jadilah peminat yang matang. 

Jadi, kepada yang betul-betul rasakan semangat Jeppers dia tu membara, saya nasihatkan, tolong jangan berhenti menyokong Jep. Kehadirannya bersama Sepah dan kini bersama Sepahtu sudah cukup mewarnai hari-hari kita dengan lawak mereka, kan? Malah kehadiran Jep turut mewarnai industri seni tanah air kita, yang suatu ketika dahulu, pelawak tanah air kita hanya sandarkan kepada kumpulan Senario. Sekarang, selain Jep, kita ada Shuib, Mamat, Jozan, Jambu, Shiro, Jihan dan ramai lagi pelawak generasi baru. Jep down, kita turut jadi down, kan? Jadi saya mohon, teruskan sokongan.

Untuk Jep sekiranya awak berkesempatan membaca, semua peminat merindui awak. Rindu gelak dan usikan awak. Insha Allah, mula tayangan KKX nanti terubatlah rindu kot. Secara peribadi, saya turut rindukan awak turun padang bersama MASC. Insha Allah, ada rezeki kita jumpa lagi ya. Jaga diri, hiasi peribadi. Satu-satu pesan saya, jangan lupa kami di bawah ni, di saat awak sudah tinggi menggapai bintang. Jangan lupa mereka di belakang yang menolak awak ke atas puncak kegemilangan...juga satunya, selalunya panjatkan doa ke hadrat Allah, semoga urusan awak dipermudah dan rezeki dipermurah, serta, janganlah lupa keluarga, terutamanya orang tua. 

Adios................








Saya meminati pemain tengah MU, Paul Scholes!
Well, Paul Scholes Malaysia a.k.a Mr Nadzri......see you soon on field :)



Gelagat Jep yang sentiasa mencuri perhatian....

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-