Thursday, 21 February 2013

Setia Bersama Dia.....Hanya Dia

"Kalau belum bisa aku mendapatkan, oh pria tampan yang menjadi rebutan, sungguh nanti aku jadi penasaran, sampai mati pun akan ku perjuangkan, memang dia yang paling tampan, di antara pria yang ada, aku pun telah merasa hairan...kenapa dia jadi rebutan????" - Penasaran

Assalamualaikum...........
Ha.......bergelek sakan malam ni. Apa khabar semua....rindu entri baru eh? Sorry sibuk sikit kebelakangan ni. Maklumlah, mencari rezeki, dah nak masuk March ni semua planning nak direalisasikan. Planning apa? Kerja la dik oi. Kawin? Belum lagi.....masih menanti insan terpilih! Wah gitu! Lagipun baru baik demam nie ha....tersadai dah dua hari kat umah.... :(

Anyway, bercakap pasal demam, dua hari saya dirumah pulun marathon Bujang Sepah Silalalitamplom 13 Episod, Karoot Komedia 12 Episod, KKX ..emm bape episod tah, Sepah The Movie saya play sampai terlelap bagai, Gelak Khas dan juga drama Bomoh Temberang. Ish...nampak macam fanatik sangat kan? Bila demam, saya cuba mencari hiburan selain membca buku-buku ilmiah saya. Maklumlah sakit. 

Bila menonton Bujang Sepah Silalalitamplom, saya rasa mahu tersenyum sendiri tengok Jep dalam drama ni. So naif. Tapi, mulut serius minta kena cili. Asyik nak menengking saje...kesian Shuib la kan. hehe. Tapi, entah kenapa, 4 tahun lalu insan bernama Mohd Nadzri ni cukup saya anti. Cara cakap yang terpekik sana sini buat saya betul2 benci! Sebaliknya, Mamat & Shuib berjaya curi perhatian, Jep jauh sangat saya tinggalkan. Bagi saya, lawak dia takkan kemana.........



Kehadiran awal Jep & Sepah dalam industri hiburan tanah air


Tapi, ML 2011 mengubah pandangan saya terhadapnya. Lawak Jep yang lebih matang, lebih teratur, gaya yang lebih fresh, membuatkan saya membelakangkan Jozan! Saya dah jadi hard-core Sepah!! Dan akhirnya Sepah Juara!! Dari situ saya cuba selidik, siapa Mohd Nadzri bin Zainal Abidin ni ye? Tapi ketika itu, keadaan tidak mengizinkan untuk saya jadi die hard fan Jep, memandangkan bekas teman lelaki anti-Sepah tahap maximum! 



Jep tampil imej rambut panjang lepas ML 2011. 
You caught my eyes & attention, bro! ^_^

Bila da single ni, saya mencari kembali insan itu. Dan akhirnya, saya bersyukur! Saya menjalinkan ukhwah bukan sahaja Jep, malah semua peminat Jep dari seluruh Malaysia! Terharu sangat bila teringatkan ukhwah yang terjalin. Dan, dari sini juga, saya mengenali adik-adik kesayangan saya, Cik Siti, Adila, Eyma & Naz. Begitu juga rakan-rakan lain seperti Alin, Fiz, Fatin Syafiqah, Ella.....ramai tak tersebut. Terima kasih ya. 







Penampilan Jep terbaru : Lebih kemas, matang dan maskulin. 
Sesuai dengan lawaknya yang semakin matang....tidak terjerit2 macam dulu!


Apa-apapun, untuk Jep, saya ingatkan sekali lagi, peminat awak ramai....ramai sangat! Mereka ni yang mengundi awak untuk ABPBH 2012. Saya sampaikan salam mereka disini khas untuk awak...apatah lagi buat mereka yang jauh di utara, selatan dan pantai timur, malah Sabah & Sarawak. Malah ada yang mengikuti awak sejak Raja Lawak 3. Jadi, hargailah mereka....kerana mereka terlalu sayangkan awak. Mereka mahu awak terus kekal dalam industri ini sebagai pelawak dan pelakon serba boleh. Jangan hampakan mereka........Insha Allah, dengan doa yang kudus, Artis Komedi Lelaki Paling Popular di genggaman awak....amin.




-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

6 comments:

  1. akak nak tanya, kenapa fb aku saya tak boleh nak add yer? :)

    ReplyDelete
  2. boleh sahaja....maybe boleh message dulu ke... sebab maybe diprivatekan sebab ramai sgt minta approve akak pun xtau kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouhh. okey2 nanti saya inbox akak. ;) tengss akak :)

      Delete
  3. wawaa. saya pulak rasa terharu baca. :'( Jep! sila baca entry ini, terima kasih. HHEHEHEH.

    ReplyDelete
  4. Haha..sorry mencelah blog kak zura..i'm a half fan of sepah..actually say pun TAK lah berapa minat kat sepah nihh..sbbnya sy tak suka ngan jep sebb dia asyik mara kat shuib ngan mamat je..dah lame2,,betul lah kata pepatah orng tua2..kalau dah benci lama2 sayang@suka..huhu sekarang sy dah makin syang ngan SI ABANG KULAI,JEPPERS NIHH..kerana jepp dah berjaya menawan hati sy ngan lawak yng gila pecah perutt tuh dlm MLM 2011..thqnks kak zura..saya sayang blog nihh.. :* :D

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.