Friday, 8 February 2013

Ragam Peminat Jep...Terima Kasih Semuanya

Assalamualaikum semuanya....

"Mere sapno ki rani kaab ayegi tu...challeya tu challeyaaaaa"

Eh, eh melayan hindustan pulak saya nie time-time nak update blog ni. Biasalah selain Jep, saya mempunyai semangat melayan lagu hindustan yang tinggi!! Hahahaha...tapi berangan menari-menari dalam hujan tu tak pernah la dek non!! Tue bajet melampau!! Ha.....berangan menari tengah padang bola?????? Owh tidak!!!!!!! Saya tidak sebegitu ya!!

Okaylah cukup lah merepek tu cik Azura! Okay kali ni saya nak bercerita tentang...ragam peminat Jep. Sejujurnya, saya salute dengan semua peminat Jep.....tak kira lah yang fanatik, separuh fanatik, atau apa sahaja. Yang buat video, ish macam-macam...apa yang mampu saya katakan...teruskan sokongan ye. Semua utk Jep..saya yang terharu ! Dipihak Jep juga mungkin dia amat terharu... terima kasih terima kasih semua......

Kepada peminat yang jauh dari Kuala Lumpur, dan terutamanya adik-adik tu, saya faham anda ingin sangat nak jumpa Jep. Takpe, rezeki di mana-mana. Insha Allah, Jep sentiasa ada untuk semua. Tapi, bagi dia nak melayan semua serentak dalam satu masa yang sama, taklah dia mampu, adik-adik! Dia pun dua kaki tangan jugak. Tapi, bagi saya, sebagai peminat yang matang dan memahami, sokongan yang berterusan adalah paling penting. Saling menghormati ruang & privacy Jep.....itu juga tunggak utama sbg peminat setia.

Kepada adik-adik yang masih bersekolah, akak nasihatkan juga disini, pelajaran adalah yang perlu dikejar ya. Akak pasti, sebagai seorang berpangkat abang juga, Jep mahu peminat dia berjaya dalam pelajaran. Jangan terlalu asyik di FB & Twitter, sampai tanggungjawab utama dilupa....ish ish xmo xmo okay! Jaga solat, jaga pelajaran, hiasi peribadi dengan adap okay. Kalau adik-adik mahu yang terbaik dari abg Jep, abg Jep juga mahu adik-adik perform yang terbaik dalam pelajaran. Cun??

Okay, kat bawah ni antara yang sempat saya ambik berkenaan gelagat peminat Jep. Again, thank you so much......(maaf x dapat nak ambik semua.....)


Adik ni nama dia Nabilah, respect sungguh kesungguhan dia....


Ini dari peminat jauh di utara...nama dia Syahirah. 




Ragam peminat Jep di twitter saya.....terima kasih ya..... :)


Ini tak termasuk komen-komen dari page FB rasmi Jep Sepah Fans Club. Kalau letak, lenguh tangan dah.....saya letak yang ada je la ye :)


-Azura Nadzri-





2 comments:

  1. hai,kak,nieda pun salah satu peminat dia.he3...baguslah blog ni,,boleh tahu perkembangan dia(Y).

    ReplyDelete
  2. Hai nieda, terima kasih sudi baca. Emm ni dah like Jep Sepah Fans Club kat FB and follow di twitter belum? Buat cepat k...lagi byk perkembangan Jep dari JFC awak akan dapat..akak sekadar suka2 je :)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.