Friday, 1 March 2013

Luahan Hati Seorang Peminat (Part II)

Sedut habuk guna vakum, assalamualaikum......hehehe. Amboi, berpantun sakan yer pagi ni. Yelah, kitakan tinggi dengan adat dan budayanya, kenalah berpantun bagaikan. Makan mempelam tepi paya, apa khabar semuanya....ewahhhh!! 

Oklah, taknak lah berceloteh pepanjang. Rasanya kebelakangan ni jarak masa untuk menulis dari satu entri ke satu entri agak panjang kan....? Bukan apa, rasanya entri kali ni, saya kena jujur dari hati. Ehem, bukanlah sebelum ni saya tak jujur, NO NO NO! Jujur kali ni, saya rasa sedikit rindu (perkataan rindu ini universal, jadi usah disalah erti ye!) dengan Jep. Bukan rindu apalah.....rindu dengan keletah dia. Setakat ini, yang betul  membuat saya sedikit terubat rindunya sebab tengok BKB saja setiap hari Isnin, dan ulangan KKX dan Gelak Khas di Astro Warna. Tapi, hakikatnya, saya rindu seh tengok abg besar ni main bola sepak. Rindu giler. Sape2 pernah tengok Jep as striker atas padang tahulah terror tak terror kan. Huuuuu......

Selain dari itu, rindu juga nak jumpa cik abang ni lagi. Mungkin kenyataan saya ni orang akan cakap "geeeedik...........!'' Well, sapa yang pernah jumpa dan tahu sikap mesra Jep dengan peminat, orang tu je yang akan memahami. Well, saya rasa dah cukup pekak dan tuli dah telinga ni dengar macam-macam. Itu baru saya, yang bukan memegang JEP FC atau terlalu rapat dengan Jep. Apatah lagi untuk leader JFC yang sememangnya dah kenal Jep lama, kan? 

Saya sendiri kurang faham sebenarnya apa pandangan sesetengah peminat sampai sanggup downgrade maruah peminat lain. Saya sudah bersama media dan dunia selebriti cukup lama....(even belum 10 tahun), tapi pengalaman mengajar. Hakikatnya, artis adalah insan biasa yang bisa tidak sempurna juga. Hanya, mereka dikenali. Ikhlaskanlah hati bila menjadi peminat kepada seorang artis tu. Tak kira apa jua yang berlaku, jika salah tegurlah, jika tidak terus sokongan. Cukup dengan sifat dengki mendengki ni, tak bawa kemana pun. Bukan saya sahaja, malah semua orang rimas dengan situasi macam ni. Pernah dengar tak pepatah, "benda yang semakin kita kejar, semakin ia lari...?'' Hakikatnya, realiti. Hentikan sebarang tuduhan, fitnah atau apa saja. Be matured. Jadilah peminat yang matang. 

Jadi, kepada yang betul-betul rasakan semangat Jeppers dia tu membara, saya nasihatkan, tolong jangan berhenti menyokong Jep. Kehadirannya bersama Sepah dan kini bersama Sepahtu sudah cukup mewarnai hari-hari kita dengan lawak mereka, kan? Malah kehadiran Jep turut mewarnai industri seni tanah air kita, yang suatu ketika dahulu, pelawak tanah air kita hanya sandarkan kepada kumpulan Senario. Sekarang, selain Jep, kita ada Shuib, Mamat, Jozan, Jambu, Shiro, Jihan dan ramai lagi pelawak generasi baru. Jep down, kita turut jadi down, kan? Jadi saya mohon, teruskan sokongan.

Untuk Jep sekiranya awak berkesempatan membaca, semua peminat merindui awak. Rindu gelak dan usikan awak. Insha Allah, mula tayangan KKX nanti terubatlah rindu kot. Secara peribadi, saya turut rindukan awak turun padang bersama MASC. Insha Allah, ada rezeki kita jumpa lagi ya. Jaga diri, hiasi peribadi. Satu-satu pesan saya, jangan lupa kami di bawah ni, di saat awak sudah tinggi menggapai bintang. Jangan lupa mereka di belakang yang menolak awak ke atas puncak kegemilangan...juga satunya, selalunya panjatkan doa ke hadrat Allah, semoga urusan awak dipermudah dan rezeki dipermurah, serta, janganlah lupa keluarga, terutamanya orang tua. 

Adios................








Saya meminati pemain tengah MU, Paul Scholes!
Well, Paul Scholes Malaysia a.k.a Mr Nadzri......see you soon on field :)



Gelagat Jep yang sentiasa mencuri perhatian....

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-







3 comments:

  1. pd pendapat saya, abg Jep bkn calang2 penghibur. beliau mempunyai peluang yg sgt cerah utk menggantikan pelawak2 otai spt AR Badul, Senario dan ramai lg. sememangnya, sukar utk nafikan bhw abg Jep adalah seorang penghibur yg boleh dikatakan tiada galang ganti. malahan, beliau berkemungkinan merampas tmpt pelawak2 seperti Jozan di hati peminat. seringkali lawak yg beliau berikan adalah "fresh" kerana tiada unsur tiru mahupun mencuri idea pelawak lain. itu yg membuatkan saya terpegun dan tertarik dgn lawak yg beliau berikan, sehingga menyebabkan saya menjadi slh seorang peminat fanatik beliau dan saya benar2 jatuh cinta dgn lawak beliau. setiap satu drama, filem dan rencangan tv yg memperkenalkan beliau pasti tdk akan saya lepaskan. juga, abg Jep adalah seseorang yg sgt friendly. buktinya, beliau tdk pernah menolak permintaan peminat beliau utk bergambar. meskipun hanya mempunyai page dan instagram, tetapi, beliau sering mencuba utk berhubung dgn peminat beliau. akhir kata drpd saya, kita haruslah menyokong beliau utk terus berjaya dlm bidang seni hiburan tanah air. kpd abg Jep, semoga berjaya dan terus maju dlm bidang seni hiburan tanah air. semoga namamu dan lawakmu terus memikat hati peminat. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. akak... I'm so touching to read this entry. You're the best la kak! I'm so proud for having you as JEP FC crew!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.