Thursday, 7 February 2013

Lakonan Jep dalam drama & filem

Assalamualaikum.....

Em....hujan-hujan ni sedap betul dapat layan teh tarik favourite ni. Panas lak tu. Sambil tu menggodek youtube la..apa lagi. Tgh-tgh layan movie dekat youtube ni, tiba-tiba dapat sesuatu untuk menulis blog malam ni. 

Haaa...kita dah tengok Jep punya reaksi muka dalam lakonan, Jep atas padang bola, gambar Jep pose dan yang candid....almost semua saya da cerita kan. Ha, apa kata kali ni, kita ulas atau mengimbau watak-watak yang pernah dipegang Jep dalam drama dan filem utama. (ini tak termasuk dalam sitkom macam Gelak Khas, Karoot Komedia ye...)

A) Bujang Sepah Silalalitamplom (Musim 1 & 2, Lemang Aidilfitri & Dodol Aidilfitri)







Dalam koleksi drama Bujang Sepah, Jep memegang watak sebagai Jep, abang kepada Mamat & Shuib. Seorang abang yang tegas, namun sangat penyayang dan suka memberi nasihat kepada adik-adiknya. Tapi, kalau saya dapat abg macam ni mahu memberontak jiwa..yelah hari-hari nak kena ketuk dengan periuk...dengan suara macam petir. Boleh kena sakit pankreas macam tu.


B) Ibu Mee Segera


Masih lagi mengekalkan watak Jep, Mamat dan Shuib sebagai adik beradik tapi bukan sebagai Bujang Sepah. Tapi sayangnya...hehehe saya tidak dapat nak ulas lebih sebab...saya tak habis tengok cerita ni. Heheheh maap Jep!! 

C) Burger Layan Diri


Masih bersama Shuib & Mamat, memegang watak sebagai Ipin seorang pemuda kampung yang nakal dan malas bekerja. Seorang yang mempunyai sifat setia kawan yang tinggi. Tak banyak beza watak Jep dalam BLD nak dibandingkan dengan Bujang Sepah. Cuma, kurus semacam Jep masa ni, kenapa eah? :P

D) Biar Betul Bendul


Agak lain watak Jep dalam Biar Betul Bendul...memegang watak sebagai Din Rambo, seorang lelaki buta, yang bersahabat dengan Awie (Shuib) yang bisu dan Mawi (Mamat) yang pekak. Masih mengekalkan persahabatan mereka. Walaupun buta, tapi tetap nakal dan bersuara ala-ala petir gitu! :)

E) SEPAH THE MOVIE


Finally, gabungan terakhir Sepah bersama untuk setakat ini. Jep memegang watak sebagai Jep juga (sesekali bagi lah nama betul kan Nadzri...nak dengar org panggil Jep, Nadzri). Seorang lelaki pekerja kilang, bersahabat baik dengan Mamat dan Shuib. Mencintai Ayu Sofea namun kecewa kerana cinta ditolak. Hmmm....I like him most in this movie.

F) Siapa Dapat Lisa



Gandingan bersama rakan ex-Sepah, Shuib. Masih mengekalkan nama Jep, watak seorang lelaki pemilik sebuah bengkel yang cuba mengurat dan mencuba nasib terhadap seorang wanita bernama Lisa. What can I say, Jep look sedikit boyish dalam drama nie. Sedikit tidak jauh beza macam dalam drama Sepahtu Angan Tak Sudah. 


G) Sebelum Raya



Ha........drama fav aku. Jep tampilkan kelainan dalam drama Sebelum Raya, sebagai Zamri, suami kepada Nana (Almy Nadia) yang berusaha mencari rezeki tapi isteri yang melabur dalam skim cepat kaya sehingga mereka tidak mempunyai sebarang harta. Jep nampak sempoi dalam drama ni....I like.

H) Bomoh Temberang



Yes....I love this drama even repeat banyak kali. Jep sbg Samad, seorang budak lelaki yang pemalas, tetapi mula jatuh cinta dengan Sheila. Samad berusaha bersungguh-sungguh nak dapatkan Sheila sehingga jadi bomoh palsu. Tapi ending cerita ni I suka u.....nak naik beca macam tu dengan Jep boleh ke??? (*sorry saya bergurau ^_^)

I) Sofazr The Movie - Jiwa Kacau


Ha...watak orang gila pulak dibawaknya. Even watak orang gila...saya pun naik gila tengok Jep dalam movie ni. Rasa macam...ehhh aku tampor dia nie kang!! Gila, tapi macam nakal. Loyar buruk pun ada...hahahaha.


Inilah antara drama dan filem lakonan Jep untuk setakat ini. Sebenarnya ada lagi, Tok Ketua, Dari KL ke Kedah...cuma x dapat nak screen capture drama tu akibat dari hasil video yang tidak memuaskan. Apa-apapun komen saya, Jep dah cuba banyak watak. Itu tak termasuk dalam sitkom. Dan, semua watak Jep saya boleh katakan, menjadi, dan masih mengekalkan jati dirinya sebagai PURE MELAYU JOHOR mari punya!! Hehehe. (Yup, saya akui, orang Johor sangat menitik beratkan nilai kemelayuan. My ex-bf halfly darah Johor so saya amat memahami..heheheh).

Saya teringin nak lihat Jep pegang watak gangster.....gangster betul..yang memang lari dari komedi. Emmmmm.....harap dapatlah agaknya....amin......

-Azura NAdzri-





1 comment:

  1. ni adik beradik jep ke? sy minat btul dengan jep ni

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.