Tuesday, 26 February 2013

Jep Situ Sana Sini......

Assalamualaikum w.b.t.......

Haiiiiiii......wah lamanya tak update blog ni. Ada sape rindu kita x? Haha...anyway, terima kasih kepada yang ternanti-nanti dan mencari-cari entri baru untuk blog ni. Maaflah, saya sememangnya terrrrrrrramat busy dengan kerja kebelakangan ni. Kadang-kadang tidur pun tak cukup. Kertas kerja punya pasal, tidur pukul 3 pagi, bangun balik pukul 6, maunya tidak pergi kerja kepala rasa berpusig-pusing. Hehehe. Takpelah, namanya adat mencari rezeki. Tanggungjawab namanya kan.

Anyway, taknaklah bercerita pasal saya...siapa je nak baca betul tak? Hari tu belek-belek Facebook terjumpa satu video di mana Jep memberi tips untuk bakal Raja Lawak Astro musim ketujuh nanti. Rasanya ramai yang dah tengok, kan? Antara tips yang paling saya rasa, bukan yang nak pergi ujibakat je, malah nak gi sekolah ke kerja ke wajib buat kot, "salam kedua tangan orang tua anda dan minta rezeki dari beliau'' kata Jep. 

Itulah attitude Jep yang saya suka. Dari kaca mata saya, he's got the humblesness. Tanyalah siapa-siapa yang pernah bersemuka atau pernah jumpa Jep secara live, mesti lepas tu akan terus jadi peminat setia. Ada seorang kakak di Facebook menjadi antara penyokong tegar Jep, gara-gara ter"pesona" dengan Jep yang sangat humble melayan peminat ketika sesi rakaman KKX baru-baru ni. Saya hanya mampu menjawab, "kak, saya faham....itulah Jep''. Malah ada juga yang macam mimpi tengok Jep senyum je. Hebatlah bro Johor ni.

Kadang-kala, lumrah artis adik-adik....tak terlayan depa ni terlalu ramai sangat peminat. Macam-macam permintaan. Bukan taknak di realisasikan apa yang peminat nak, tapi dah terlalu ramai.......acahner tu kan? Better jadi yang menyokong......dari minta dilihatkan. KEIKHLASAN itulah yang paling penting. Industri hiburan kita bukan Hollywood, malah kita orang Islam juga, sangat dan wajib untuk menjadi ikhlas dalam setiap aspek, kan? Jadi kepada semua peminat yang menggelarkan diri anda "JEPPERS'' ni, Jep telah beri yang terbaik untuk kalian. Jadi, kita sebagai peminat harus terus menyokong kerjaya nya. Banyak kali saya tekankan disini, Jep sekadar manusia biasa yang akan dan bisa lakukan kesilapan, malah tidak sempurna. Sebagai peminat yang matang dan cerdik, tak salah kita jadi antara yang ingat-mengingati kan? 

Jadi kepada semua peminat, Jep memerlukan anda sebagai barisan pertahanannya. Even tak nampak, tapi hakikatnya YA! teruskan sokongan......yang penting teruskan doa agar segalanya dimudahkan. Jangan lupa undi Jep okay untuk ABPBH 2012.


Sos TOMATO!! Aku heran, apasal itu yang disebutnya hujung video tu?? 
(Itulah Jep...suka merapu......hahahahahah ^_^) 

Moment yang paaaaaaaaling saya rasa....well dia sweet ^_^

Bila turun padang lagi?? Huuuuu

Amboi.......sakan!

Serius abg dua ni......

Hamboih.....cik Rak....over tau sengihnya..... :P

Saya pilih..................yang kanan :P

Momen terindah saya bersama Jep. Setiap satu punya cerita tersendiri. TQ JEP :)

-hanyadiajepsepahtu.blogspot.com-

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.